Bulu Kucing Najis ? Betul ke bulu kucing adalah najis? Hari ini baru pertama kali aku dapat info mengenainya. Itupun selepas ada kawan yang komen di Entry Bulu bulu Kucing. Hihi nampak sangat aku baru terperasan komen dia. Lagipun, bukan ke kucing itu binatang peliharaan kesayangan Nabi? Pengsan
Betul ke bulu kucing adalah najis? Aku ada rujuk beberapa laman blog yang berkaitan seperti mohdisa, affanruslan, hanifiyah, soalsolatumum dan beberapa lagi laman termasuk keterangan video mengenai persoalan ini di Youtube by Ustaz Azhar Idrus.
Ada pihak yang kata Najis dan ada pihak yang kata tidak najis. Tapi, dalam banyak banyak jawapan yang diberikan aku lebih tertarik dengan jawapan hanifiyah dimana antara lain jawapan yang diberikan ialah :-
————————————-
Memang ada ulama (mazhab Shafi’ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.
Namun, saya condong pada pendapat yang sebaliknya (Hanafi dan Maliki) kerana
1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.
Lihat hadits — diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda, “Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)
2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.
Wallahu A`alam
——————————————–
Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah : Bulu Kucing Tidak Najis