Agak susah sebenarnya mahu mengajar / menjaga / membela anak kucing yang dibeli daripada orang lain. Banyak perkara yang perlu di ajar. Buang air dimana + menyesuaikan anak kucing itu dengan kucing sedia ada.
Nasib baiklah, anak kucing Calico yang baru dibeli ini agak pandai menyesuaikan dirinya. Cepat belajar / tahu mahu buang air dimana. Sekali ajar, terus pandai cari dimana tempat untuk buang air.
Emm, agak lama juga anak anak kucing sedia ada kat rumah aku ini untuk menyesuaikan diri masing masing dengan kehadiran anak kucinh calico ini. Emosi diorang menjadi tidak stabil + stress. 1 minggu lebih juga lah untuk bagi diorang mesra dan mahu bermain sama.
Bab penjagaan bulu pun satu hal. Pemilik sebelum ini kelihatan tidak pandai menjaga kucing sangat. Time aku ambil, anak kucing ini ada masalah fungus, selesema dan mata berair. Dek kerana inilah tarikh untuk cucuk vaksin terpaksa ditangguhkan. Bagi settle dulu sakit dia hihi.
Aku agak kurang berminat dengan bau anak kucing calico ini dulu. Gigih mandikan dia samaada dengan air atau spray. Bau ‘asap’ kuat sangat. Sabar je lah.