CAFE SEBELAH MAYBANK DI PERBADANAN PUTRAJAYA

image

Agak janggal sebenarnya melihat kewujudan cafe yang terletak bersebelahan dengan Kafeteria Hazni di Perbadanan Putrajaya (Maybank). Dok tengok makin hari rasa macam makin ramai plak yang beli makanan kat situ. Waktu pagi dan tengahari memang agak ramai. Silap timing, memang tak ada tempat duduk.

image

Waktu pagi, diorang ada serve nasi lemak, mee hoon goreng dan nasi putih berlauk. Kesemuanya berkonsepkan nasi bungkus. Pastu airnya plak via machine. Picit je mana suka hihi.

Agak sedap juga rasa makanan kat sini. Sesuai dengan konsep kafe yang ringkas, cepat dan mudah. Everything was there. Menunya tak banyak, tapi kira ok lah tu. Ada kepelbagaian untuk datang lepak makan di Bangunan Perbadanan Putrajaya.

Tengahari pulak aku tengok menu utamanya ialah Laksa Johor, Grilled Chicken dan Spagetti. Aku ambil Grilled Chicken dan wawa plak ambil Laksa Johor. Sedap dan yummy rasannya. Not bad. Next time boleh datang lagi. Harganya pun ok je. Sesuai dengan konsep santainya. Dah macam kat drama pun ada jugak hahaha.

image

Aku bagi gambar kat makcik2 kat opis. Terus diorang suruh tapau Laksa Johor dan Grilled Chicken. Pengsan.

Apapun, aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan disini. Semoga maju jaya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI