Tak sah kalau bela kucing tapi tak kene cakar. Antara kucing betina dan kucing jantan, mana yang paling suka mencakar? Kucing jantan yeeeee. Sejak bela si hitam Hiroki & Ottet ini, aku memang sokmo kene cakar.
Satu perkara lagi yang aku admit. Kuku kucing jantan lebih tajam berbanding kucing betina. Addduuuuhhh, memang sakit. Kalau kene cakar, memang dalam + agak banyak darah keluar.
Kekadang, rasa macam nak campak keluar je yang suka mencakar tu. Nak juga beritahu diorang, cakar sapa lagi tajam. Aku atau diorang? Hahahaha.