Nak membela kucing. Jadi, susah senang perlulah ‘bersama’ kan? Tatkala dia sihat, dialah penawar. tatkala dia sakit, kita kenalah jaga dia pula. tak gitu? Sama seperti manusia juga, kucing pun mahukan perhatian yang lebih tatkala sedang sakit.
Kita kongsikan beberapa perkara asas yang boleh dibuat dalam membantu kucing comel kita berasa selesa dan dibelai manja tatkala ‘gering’ :-
Perhatian
Kucing yang sedang sakit selalunya akan cuba untuk bersendirian atau bersembunyi di tempat yang tersorok. Biarkan sahaja dia pergi menyorok di mana yang dia suka. Tapi, kita sebagai pembelanya perlulah menjenguk dia sekali-sekala. Contohnya sebelum pergi kene dan balik dari kerja. Kemudian sebelum tidur jenguklah dia juga. Luangkan masa mengusap kepala dan badan. Bagi dia rasai kasih sayang dan belaian manja sama seperti selalu.
Selimut
Tengoklah kucing comel anda suka ‘selimut’ yang bagaimana. Macam kucing aku dia suka selimut kertas atau kain cotton. Hangat nampak gayanya.
Makanan
Bagi kucing comel makan makanan yang dia gemar. Contohnya macam aku, bagi sup ayam kosong. Mereka suka jilat airnya. Kucing sakit, memanglah susah dan tak ada selera sangat nak makan. Pandai-pandailah pujuk. Tunggu dia makan sampai habis ataupun at least habis separuh. Walau sakit bagaimanapun, makan tu penting untuk tenaga. Pastikan bekas makanan dan minuman tersebut dekat dengan tempat dia berehat. Air pun kene tukar setiap hari.
Kalau nak lagi okay, cuba suapkan apa-apa vitamin atau makanan tambahan.
Tempat Buang Air
Sakit…mana nak jalan jauh sangat. Jadi, cuba dekatkan bekas pembuangan najis tu dengannya.
Ruang dan Persekitaran
Kalau ada bilik kosong, letak je dia dalam bilik tu. Asingkan dengan kucing-kucing yang lain. Tak pun kurung dalam sangkar. Kita tak nak dia bercampur dengan kucing lain. Takut nanti berjangkit dll.