Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Vakum

Vakum rumah kita terutamanya pada karpet dan sofa sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Ini dapat menyingkirkan kutu dewasa serta telur kutu. Bersihkan beg vakum dengann cermat sebab kutu boleh hidup di dalam mesin vakum tersebut.

Buah lemon

  • Belah atau hiris 6 biji buah lemon (bukan limau) dan masukkan ke dalam air.
  • Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4 jam supaya larutan menjadi pekat.
  • Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dalam botol spray.
  • Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam (tempat kutu kucing bersarang)
  • Gunakan larutan ini untuk mencuci dan mop lantai, kerusi, meja atau dimana-mana sahaja dimana kutu boleh kelihatan.
  • Semburkan juga pada kucing (berpada-pada)

Kalau kita rajin menyinggah pet shop, ada juga produk semburan yang berasaskan lemon yg boleh kita beli.

Baca : Marine Essence Termurah Di Pasaran

Garam

  • Taburkan garam dan biarkan selama 24jam. Tindakan ini membuatkan kutu mengalami dehidrasi atau pengeringan dan mati. Kemudian Vakum dan bersihkan terus beg vakum.
  • Garam dikatakan berupaya memutuskan ‘kitaran hidup kutu kucing’

Lilin/Lampu

  • Nyalakan lilin dan letakkan di dalam bekas berisi air pada dasarnya. Atau nyalakan lampu dan letak berhampiran dengan takungan air.
  • Letakkan di sudut bilik dalam keadaan bergelap. Seperti yg telah diterangkan di atas tadi, kutu amat tertarik pada warna dan cahaya putih.
  • Kutu akan segera terbang ke arah cahaya lilin lalu jatuh ke dalam takungan air dan lemas.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI