Cara Menukar Makanan Kucing

Cara Menukar Makanan Kucing

Daripada hanya membela seekor kucing, aku akhirnya membela 7 + 2 ekor kucing parsi yang comel sekarang ini. Pengsan tak? Hampir 7 tahun lamanya berkecimpung dalam dunia penjagaan kucing parsi. Jadi, sedikit demi sedikit, tahulah rencah kehidupan pembela kucing parsi sejati ini bagaimana ahaks.

Perkara paling utama sekali ialah makanan kucing. Banyak jenis dan jenama aku telah cuba. Royal Canin, Science Plan, Orijen, Equilibrio dan akhirnya kekal dengan jenama Royal Canin. Kalau orang kata kucing parsi ini spesis kucing yang memilih makanan dan cerewet. Ya, aku setuju. Pernah beberapa ketika makanan dalam mangkuk tak terusik. Nampak sangat mereka tak suka. Kiranya boikotlah tu. Lagi satu, salah satu petanda mereka tak gemar adalah kucing jantan especially, mereka akan berak di ruang tamu tanda boikot. Adalah beberapa hari nak tunjuk protest kata tak suka makanan tu. Demand tak?

 

Yelah kan, makanan kucing memang akan aku tukar mengikut selang masa tertentu. Antara sebabnya adalah jenis makanan tertentu punya isi kandungan yang berbeza-beza. Contohnya untuk indoor, outdoor, hairball, persian dan mother & baby etc. Kekadang, kalau bulu mereka banyak gugur, aku akan bagi mereka Royal Canin Hairball. Dulu tatkala mereka masih kecil, aku bagi Royal Canin Kitten. Sesekali tukarlah selera. Pada masa yang sama ikut je keperluan dan bajet masing-masing.

Nak survey harga makanan kucing? Buatlah di Lazada atau 11Street. Dari situ bolehlah dapatkan gambaran awal. Kalau murah, beli je terus disana. Borong pada waktu pomosi Okay.

Berdasarkan kepada pengalaman dan pembacaan, cara terbaik untuk menukar makanan kucing adalah buat secara beransur-ansur. Proses ini selalunya ambil masa antara 3 hingga 10 hari. Semuanya bergantung kepada kucing itu sendiri.

  • Mulakan dengan menggantikan makanan baru sebanyak 25 peratus dahulu ke dalam mangkuk makanan mereka. Cuba lihat bagaimana penerimaan mereka terhadap bau/rasa makanan baru tersebut. Kita buat dalam anggaran 2 hingga 3 hari.
  • Kemudian, jika Okay, naikkan peratusan makanan baru kepada 50 peratus pula. Tengok macam mana selera mereka. habis atau tidak. Buat dalam anggaran 2 hingga 3 hari juga
  • Seterusnya buat dalam anggaran 75 peratus pula.
  • Apabila nampak berselera dan makanan dalam mangkuk pun habis, tukar sepenuhnya makanan baru.

 

Macam aku cakap tadi, normally ada kucing yang egonya tinggi akan berani buat protest dengan berak atau kencing di tempat lain (ruang tamu / depan pintu). Ada juga yang muntah dan berak cair. Kira ikut kekuatan tubuh badan kucing masing-masinglah kan.

 

Dalam kes aku pula, kini aku hanya menggunakan produk Royal Canin sahaja. Kalau nak tukar pun, hanya tukar jenis pada jenama yang sama sahaja. Biasalah, kita beli ikut harga promosi tertentu ahaks.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI