CAT LITTER – SISA KAYU PAIN

image

Sebelum ini aku ada buat entty mengenai Tempat Buang Air Kucing – Silka vs Sisa Kayu Pain. Time tu aku buat eksperimen di hadapan tandas. Kiranya kat tengah laman dalam rumah. Memang agak bersepah cz anak anak kucing ini dok kuis kuis sana sini. Anak anak yang baru membesar camtu kot.

5 ekor kucing kalau berak dalam satu masa mau jenuh nak bersihkan. Betul tak? That why we decided untuk letakkan sahaja bekas tempat buang air diorang tu ke dalam tandas je terus. Nah kau. Berak dan kencinglah korang sepuas puasnya.

image

image

Dalam tandas tu, terus letak 3 bekas ‘ cat litter’. Makin banyak kucing. makin banyak tahi. Besar besar pulak tu. Tak padan dengan kecil. Tahi anak anak lebih besar dari tahi mak. Acaner tu?

Yang jadi tension tu, pantang seekor pergi buang air, adik beradik yang lain mesti akan join sekaki. Tunggu giliran. Kekadang tu diorang akan buang air dalam satu bekas yang sama. Dok berak bersebelahan. Pengsan 150 juta kali.

image

Dek kerana anak anak kucing bertambah, kami try untuk gunakan semula cate litter yang diperbuat daripada sisa kayu pain tu. Yelah, nak jimat kos dan guna secara praktikal kan. Cat litter yang diperbuat daripada pasir memang out terus. Tak sesuai untuk kucing apartment huhu.

image

Seriously, lama kelamaan kitorang rasa macam lebih suka dengan sisa kayu pain nie berbanding silika. Lebih jimat dan praktikal kot. Kenapa?

image

  • Gumpalan najis yang dibuang samaada tahi / air kecingnya lebih melekat berbanding silika. Kiranya sisa ini lebih ‘kuat’ mencengkam najis tu. Besar besar belaka najis anak anak kucing nie haha.
  • Sebelum ini aku tengok diorang nampak tak berapa suka buang air kat bekas yang ada sisa kayu pain ini. Tapi tengok gaya lama kelamaan diorang boleh adapt 2 jenis cat litter ini dalam satu masa. Kiranya diorang tak kisah buang di mana sahaja.
  • Jika dahulu sisa kayu pain ini bersepah sepah, tapi kini macam tak sangat. 2 x 5 je macam silika. Anak anak kucing dah membesar kot. Lagipun cat litter tu diletakkan dalam tandas. So tak terasa sangat bersepah.
  • Cuba perhatikan perbezaan gambar gambar cat litter yang aku paparkan.  Sisa kayu pain nampak lebih bersih berbanding silika bukan? Aku rasa, dari segi jangka masa penggunaannya, sisa kayu pain lebih baik berbanding silka. Now i realise. Berdasarkan kepada pengalaman, silika ini hanya boleh digunakan dalam lingkungan 2 minggu je kot. Bergantung kepada jumlah najis yang diorang hasilkan huhu. Semakin banyak diorang buang air, semakin cepat ‘kotor’ dan warna silika itu akan bertukar jadi kuning. Silika silka yang dah ‘mengecut’ dan bertukar warna ini selalunya akan berkumpul di bahagian paling bawah.
  • Berbeza dengan sisa kayu pain, ia punya daya resapan dan cengkaman yang lebih baik. Memang tak boleh ‘lari’ najis tu huhu. Tu yang warnanya nampak smart je tu. Warna coklat je pun. That why tak nampak kotor sangat. Tapi memang diakuilah. Ia lebih parktikal dan tahan lama. So far sejak menggunakan sisa kayu pain ini memang kesemuanya fully utalize lah. Tak pernah lagi nampak kotor. Jz topup je kalau rasa dah tinggal sedikit. Nak buang pun senang. Cuma perlu buang kat lubang tandas dan flush je. Simple as that.

image

Ini hanya pandangan dan pengamatan peribadi aku sahaja. Harap maklum.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI