Proses Beli Rumah Baru Dari Pemaju

Proses beli rumah boleh menjadi mudah dan kekadang boleh jadi sangat mencabar iman. Kesemua itu bergantung kepada banyak faktor seperti kemudahan kelulusan pinjaman, pemaju, peguam dan sebagainya. Bersama ini disertakan urutan proses jual beli rumah yang biasa dilalui untuk pembelian rumah baru dari pemaju yang sedang dalam pembinaan:

PERTAMA: Research & Survey Rumah Yang Ditawarkan & Pilihan Lain Jika Ada (Harga, Lokasi, Kemudahan, Latar Belakang Pemaju)

KEDUA: Menyediakan Wang Tunai Yang Secukupnya (15-20% daripada harga rumah)

KETIGA: Membuat Pendaftaran/Tempahan Dengan Pemaju (Sediakan Dokumen Yang Berkaitan, Bayar Booking Fees)

Tip elakkan wang pendahuluan / booking fees anda hangus begitu saja.

  • Pastikan kita berurusan dengan perunding hartanah yang berdaftar. Sebagai bukti, minta mereka tunjukkan tag & business card
  • Jika beli terus dengan pemilik, booking fees perlu dibayar kepada peguam sebagai pemegang amanah,
  • Baca, teliti dan patuh klausa perjanjian (Offer to Purchase),
  • Pastikan kita layak meminjam berkadaran dengan harga rumah. Pastikan ada klausa booking fee akan dipulangkan jika pinjaman tidak lulus.

KEEMPAT: Membuat Permohonan Pinjaman Dengan Bank (Sekurang-kurangnya 3 bank yang berlainan)

Tips Memilih Bank Untuk Memohon Pinjaman Perumahan

  • Jika kewangan pembeli kukuh dan komitmen rendah, mungkin Maybank dan CIMB sesuai. Dua bank ini memang pantas. Kelulusan pinjaman boleh tahu dalam 5 hari sahaja jika dokumen lengkap.
  • RHB sesuai jika anda perlukan bank yang mempunyai Debt Service Ratio yang sedikit tinggi. Kelulusan juga agak pantas.
  • Untuk pembelian pangsapuri berumur lebih 10 tahun tapi masih tiada geran strata, sesuai dekat BSN dan Ambank. Bank lain majoriti tak terima.
  • Untuk pinjaman 100% melalui Skim Rumah Pertamaku, kebanyakan bank boleh buat. Tapi ramai orang kata Bank Islam yang terbaik. Untuk Skim Perumahan Belia pula, sudah pasti BSN.
  • Hantar permohonan sebolehnya ke 2 buah bank.

Tips Sebelum Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan

  • Semak laporan CCRIS. Tuan puan boleh cetak laporan CCRIS ni di Bank Negara. Laporan CCRIS ni nak pastikan tiada kelewatan pembayaran apa-apa komitmen dengan bank.
  • Buat pre-qualification dengan jurubank. Tuan puan juga boleh hubungi jurubank untuk buat saringan awal dari segi kelayakan pinjaman perumahan. Jurubank boleh beritahu berapa jumlah pinjaman yang boleh dipohon berdasarkan pendapatan tuan puan.
  • Sediakan dokumen selengkapnya. Untuk membeli rumah pastikan dokumen sokongan adalah lengkap. Bagi mereka yang berkerja tetap, berikut adalah dokumen yang diperlukan: Salinan kad pengenalan , Slip gaji 3 bulan , Bank statement 3 bulan , EPF statement dan /atau borang EA , Dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB dll.) , Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat / ‘booking form’) dll.

Kelulusan pinjaman anda boleh tahu sekitar 2 minggu secara kasar.

KELIMA: Menerima Tawaran Pinjaman Dari Bank (Tandatangan Surat Tawaran/Letter of Offer oleh pihak bank)

KEENAM: Penyediaan Dokumen Perjanjian (Perjanjian Jual Beli dengan Pemaju dan Perjanjian Pinjaman dengan Bank)

KETUJUH: Tandatangan Perjanjian Pinjaman Dengan Bank

KELAPAN: Tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) Dengan Pemaju

Dalam tempoh 14 – 21 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, pembeli dan pemaju akan menandatangani perjanjian jual beli atau ‘Sales and Purchase Agreement’.

KESEMBILAN: Pembayaran Baki Berperingkat Oleh Pihak Bank Kepada Pemaju (Perlu dikeluarkan dalam masa 3 bulan selepas S&P ditandatangani untuk mengelak Late Penalty)

KESEPULUH: Mula Membayar Ansuran Pinjaman Perumahan (Sebulan selepas pihak Bank mula membayar kepada Pemaju)

KESEBELAS: Penyerahan Kunci & Geran (Pemaju akan menyerahkan rumah dan semua hak yang berkaitan)

KEDUA BELAS: Pemeriksaan Kecacatan & Perolehan Sijil Layak Menduduki (Periksa mengikut kondisi yang telah dipersetujui dalam S&P)

KETIGA BELAS: Kemaskini Maklumat Utiliti & Cukai Pintu (Api, Air, Pejabat Tanah dll.)

KEEMPAT BELAS: TAHNIAH!!! Anda sudah mempunyai rumah sendiri!

Sumber: http://cheahmad.blogspot.my , http://gilahartanah.com, https://arifhussin.com

Proses Beli Rumah Baru Dari Pemaju, proses beli rumah, proses membeli rumah,

 

 

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Rumah

Ada 2 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah. Pertama faktor bukan kewangan dan kedua faktor kewangan.

FAKTOR KEWANGAN.

1.Lokasi
Antara perkara yang perlu difikirkan ialah kemudahan asas seperti kedai yang menjual barangan keperluan asas (Mydin/Tesco/Giant etc), bank, pejabat pos, sekolah dan jenis kejiranan. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam serta jarak perjalanan untuk ke pejabat serta tahap kesesakan lalu lintas pun perlu diambil kira. Semak juga suasana persekitaran khususnya perkara yang melibatkan keselamatan diri dan keluarga.

2.Jenis Rumah
Mahu rumah yang bertanah (teres/banglo etc) atau bertingkat (Apartment etc). Lokasi hartanah turut mempengaruhi harga jualan. Secara umumnya, harga rumah yang bertanah adalah lebih mahal ‘sedikit’ berbanding rumah bertingkat seperti apartment / service apartment atau kondominium.

3.Jenis Pegangan Hal Milik
Pegangan bebas atau pegangan secara pajak? Hartanah yang punya status pegangan bebas atau hak milik kekal membawa maksud, anda mempunyai hak ke atas hartanah tersebut buat selama-lamanya. Berbeza pula halnya dengan hartanah pegangan secara pajak. Anda hanya memiliki hartanah tersebut dalam tempoh tertentu (selalunya selama 99 tahun). Selepas tempoh tersebut, hartanah tersebut perlu dipulangkan kepada pihak berkuasa. Oleh itu, selalunya nilai pasaran hartanah pegangan bebas lebih tinggi berbanding pegangan secara pajakan.

4.Jenis Surat Ikatan Hak Milik
Surat ikatan hak mkilik adalah bukti anda pemilik sesebuah hartanah. Pemilik akan diberikan hak milik individu bagi umah bertanah dan hak milik strata bagi rumah bertingkat. Perlu diperiksa sama ada yerdapat sebarang halangan ke atas hartanah yang ingin dibeli sebab ianya boleh menjejaskan proses pemindahan hak milik atau penjualan tanah di masa hadapan (jika mahu jual)

5.Reputasi Pemaju
Jika bercadang untuk membeli rumah yang masih dlama pembianaan, anda perlu kaji dahulu latar belakang dan prestasi projek perumahan mereka yang telah siap sebelumnya. Adakah projek siap mengikut jadual? Kualiti kerja mereka bagaimana? Adakah pembeli rumah untuk projek sebelum ini berpuas hati? Pemaju terkenal yang punya reputasi yang baik selalunya akan meletakkan harga jualan hartanah yang lebih berbanding pemaju yang baru nak ‘menapak’.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Rumah

FAKTOR KEWANGAN

Periksa kemampuan diri dari segi aliran tunai dan nilai harta bersih. Anggaran untuk bayaran wang pendahuluan sesebuah rumah ialah sekitar 10 hingga 20 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli. Pembeli juga perlu menyediakan sekitar 5 hingga 10 peratus untuk kos sampingan seperti kos guaman dan duti setem. Ada juga kes duti setem dan kos guaman adalah percuma. Semuanya bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh pemaju.

Jika anda punya tabungan di akaun 2 KWSP yang mencukupi, boleh buat pengeluaran untuk bayaran wang pendahuluan.

Rumah Contoh Albury Mahkota Hills

wpid-picsart_04-09-09.04.53.jpg

Awal bulan April yang lalu, tertengok update status di Laman Facebook Albury @ Mahkota Hills (aku pasang notifikasi) mengenai pembukaan rumah contoh mereka. Ohhh, ada rumah contoh rupanya. Aku ingatkan mereka tidak buat rumah contoh.

Pada masa yang sama, aku pun dapat msg whatsapp daripada sales girl projek perumahan Albury ini :-

Good afternoon, we are please to inform our Albury single storey show unit is open for viewing coming weekend.

Open hour : 12pm to 6pm (Saturday to Sunday)
Address : Jalan Tasik Senangin 7, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Any inquiry please visit / call (11AM – 7PM)
Albury at Mahkota Hills Sales Gallery
13, Jalan Kiara 1, Kawasan Perniagaa n Kiara, 43500 Semenyih, Selangor
0194151343

Continue reading Rumah Contoh Albury Mahkota Hills

Rumah Albury Mahkota Hills

beli rumah albury mahkota hills

Rumah Albury Mahkota Hills – Aku beli rumah pertama disini. Kalau ikutkan kepada kedudukan geografinya, Albury @ Mahkota Hills ini terletak di Mukim Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan. Tapi, kalau ikut kepada keadaan persekitaran, memang dekat dengan Semenyih dan Nilai. Mungkin atas faktor itu juga mereka guna term ‘ Semenyih South Mahkota Hills’.

albury mahkota hills 2

Rumah Albury Mahkota Hills

Aku mula buat urusan pembelian pada akhir bulan Ogos 2015 dan tamat urusan pinjaman Bank pada awal November 2015. Lain-lain urusan, akan diuruskan oleh peguam. 1001 cabaran, kaernah birokrasi dan halangan. Tapi, alhamdulillah cabaran itu mendewasakan kita. Selesai sudah urusan. Tunggu rumah siap dalam masa 2 tahun + kumpul duit untuk bayar ansuran bulanan.

Lagi? Double confirm untuk urusan rebet 2% = lebih kurang RM6,000 seperti yang dijanjikan. Dikatakan, rebet akan diberikan pada sekitar bulan Mac hingga Jun. Urusan dengan REI Group of Company (urus hal jual beli sahaja) sudah selesai. Jadi, apa-apa hal hanya perlu rujuk peguam. Sebab urusan jual beli ini tidak dibuat secara terus dengan syarikat pemaju – Kia Ace Development Sdn Bhd – katanya syarikat subsidari UMLand Berhad. Cuba google mengenai latar belakang syarikat ini. Tapi tidak banyak info berkenaan.

Masuk dalam laman web UMLand Bhd, akhirnya jumpa info mengenai Kia Ace Development Sdn Bhd. 

kia ace development sdn bhd

Jadi, boleh yakin dengan status kredibiliti syarikat ini. We all know UMLand Bhd. Insyallah. Semoga semuanya dipermudahkan dan lancar hendaknya. Disini aku ceritakan sedikit sebanyak ‘perjalanan’ dalam membeli rumah di Albury @ Mahkota Hills ini. Sebagai catatan memori MNM.

image

image

image
Gambar progres semasa ini aku ambil pada pertengahan bulan Oktober 2015 yang lalu. Jalan untuk masuk ke sana sedang dalam pembangunan lagi.
image

image

 

Rumah Contoh Di Albury Mahkota Hills

rumah contoh albury

Lama menanti pemaju Albury @ Mahkota Hills buka rumah contoh untuk projek rumah setingkat mereka. Risau, takut kene tipu atau apa-apa hal terjadi ke kan. Sebabnya aku main beli je rumah di situ. Beli tanpa fikir yang panjang (rasanya). Desperate yang amat pada ketika itu. Fikir bab rumah, rumah dan rumah sahaja.

Baca : Albury @ Mahkota Hills, Rumah Pertama Aku

Terkini, Facebook Rasmi Albury @ Mahkota Hills published gambar-gambar rumah contoh yang hampir siap sepenuhnya untuk dikunjungi oleh orang ramai yang berkaitan. Terus, aku update di blog ini hihi. Saja dapatkan sedikit sebanyak gambaran. Cara ambil gambar agak teruk. Tapi tak apa, kita tunggu gambar rasmi daripada mereka. Im sure mereka akan update di laman web Albury.

Lagipun, oneday nanti aku sendiri akan datang melihat rumah contoh disana. Usha-usha tempat. Mana tahu ada something untuk aku update di sini. Update sebagai salah satu catatan keterujaan aku menanti rumah pertama. Pengsan.

Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Rumah Contoh Di Albury Mahkota Hills

Rumah Contoh Di Albury Mahkota Hills

Rumah Contoh Di Albury Mahkota Hills

rumah contoh albury 2

rumah contoh albury 3

rumah contoh albury4

rumah contoh albury5

rumah contoh albury6

rumah contoh albury7