Beli Rumah di Albury Mahkota Hill – Part 7

keluar duit kwsp beli rumah

Alhamdulillah, cepat betul urusan pengeluaran duit KWSP untuk pembelian rumah. Khamis lepas hantar borang dan hari ini ( rabu ), duit masuk dalam akaun. Urusan serba serbi mudah setakat ini. Urusan pembukaan akaun di Public Bank pun sudah selesai. Itupun nyaris-nyaris disuruh balik sebab dia mahu bill telefon nombor celcom (nombor utama) aku. Sebab aku bagi mereka bill statement nombor Maxis yang mak aku gunakan. Sudahlah susah nak dapat parking, tempat sesak dan akhirnya aku main parking di tepi jalan – kene saman. Sentap dengan Majlis Perbandaran Kajang. Saman cepat je. Walhal tempat untuk parking kereta tidak mencukupi. Serba serbi tidak puas hati. Positif je lah.

Chur

Dapat duit KWSP, terus cepat-cepat bayar Lawyer Fees – RM4,438.66. Katanya lawyer fees untuk Pinjaman Perumahan Islamik lebih murah. Aku pun anggukkan sahaja. Sebab, katanya kalau guna pinjaman konvensional, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM6,000.00.

What is next step? Urusan peguam katanya. Segalanya dia akan uruskan. Aku menanti sahaja rumah siap etc. Semoga dipermudahkan segalanya. Tugas aku sekarang ini ialah dapatkan duit sampingan untuk menampung bayaran balik pinjaman rumah 2 tahun lagi selama 35 tahun – RM1,500.00. Pengsan.

Beli Rumah di Albury Mahkota Hill – Part 6

wpid-wp-1446174408091.jpg

Alhamdulillah, Dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan dengan Public Bank + perjanjian jual beli antara pembeli dan pemaju telah SELESAI. Lama juga urusannya – lebih kurang 2 bulan lebih juga gamaknya proses. Aku pulak memang terlebih teruja yang amat. Biasalah, rumah pertama kan hahahaha.

Ada 2 lagi proses yang perlu aku buat iaitu buat akaun di Public Bank dan juga urusan EPF (untuk bayar upah lawyer). Setakat ini, permohonan keluar duit EPF sudah selesai. Tinggal tunggu duit masuk ke dalam akaun bank sahaja (jika permohonan berjaya). Lawyer aku memahami dan dia siap bagi salinan / dokumen berkaitan gitu. Terima kasih. Smooth setakat ini.

Manakala urusan buka akaun di Public Bank yang annoying , aku plan nak buat pada hari isnin ini. Semalam aku pergi ke Public Bank Balakong. Mereka tidak terima permohonan aku untuk buka akaun disana sebab alamat rumah aku adalah Kajang. Jadi, aku perlu buka akaun di cawangan Kajang. Apabila diberitahu aku bekerja di Bandar Tasik Selatan, mereka perlukan bukti aku bekerja di sana. Pengsan tak? Katanya ini aalah syarat baru Bank Negara. Ada lagi ke Cawangan Public Bank yang lebih hampir dengan pejabat tempat aku bekerja? Sebab mereka tidak percaya dan katanya JAUH. Sedangkan setiap hari aku lalu situ. Paling dekat dan aku pun rasa dekat.

Its OK dan aku pun gigih pergi ke Cawangan Public Bank. Punyalah susah nak cari parking. Aku ingatkan proses berjalan dengan lancar. Rupanya 2 x 5 juga. Mereka perlukan bukti aku duduk di Kajang pulak. At least bagi salinan bil elektrik / unifi / telefon. Sebab mereka hendak kepilkan dalam borang permohonan aku. Apa punya pening prosedur sekarang.

Last-last aku malas nak urus. Jadi, aku uruskan minggu depan sahaja. Insyaallah, semoga dipermudahkan urusan. Beli Rumah di Albury Mahkota Hill – Part 6

Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Alhamdulillah, baru selesai membuat permohonan pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah di KWSP Cawangan Cheras. Sebelum pergi berurusan di kaunter, saya buat kajian di Laman Web KWSP dahulu. Tengok apa keperluan / borang / dokumen yang diperlukan dahulu. Apa borang / dokumen yang diperlukan bagi pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah?

  • Borang Permohonan KWSP 9(c).
  • Salinan dokumen perjanjian jual beli dengan pemaju perumahan.
  • Salinan dokumen surat tawaran pembiayaan pinjaman daripada bank.

Sebelum pergi, saya double check dengan Customer Service via phone call. Yeah, semuanya ada dan minta saya bawa sekali dokumen asal untuk semakan oleh pegawai di kaunter.

Lokasi KWSP Cheras

Susah nak mencari Pejabat Cawangan KWSP Cheras. Ingatkan terletak di tepi jalan sahaja. Rupanya tersorok dalam kompleks bangunan bersama 1001 macam pejabat syarikat lain.

lokasi kwsp cheras

Apapun, urusan di Pejabat Cawangan KWSP Cheras yang sangat cepat dan senang. Sebab semua dokumen lengkap dan orang tak ramai sangat kot.  Ohhh, pada asalnya aku guna akaun CIMB untuk pemindahan. Tapi tak boleh pakai sebab nombor akaun aku itu baru. Katanya, untuk CIMB, mereka guna nombor akaun yang lama (setakat ini). Jadi, aku bagi nombor akaun Maybank.

Khabarnya, SOP mereka ialah 15 hari selepas dokumen diserahkan. Tapi, ramai je orang kata dalam masa 3 atau 4 hari, duit sudah masuk dalam akaun bank. Apapun, mereka akan bagi notifikasi melalui SMS. Harap semua berjalan dengan lancar.

kwsp cheras

Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Rumah Mampu Milik

Sebenarnya, berapakah harga hartanah di sekitar Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Bangi, Nilai dan sekitarnya pada masa ini? Apakah generasi muda macam saya benar-benar tidak mampu membeli hartanah sendiri? Kelihatannya seakan ‘rumah mampu tengok’ tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sebaliknya, ‘rumah mampu milik’ umpama melukut di tepian gantang gamaknya. SUSAH MENCARI RUMAH MAMPU MILIK

Continue reading Rumah Mampu Milik

BELI RUMAH DI ALBURY MAHKOTA HILL – PART 5

image

Gigih betul hari ini aku ke pejabat urusan REI Properties Sdn Bhd. Ohhh rupanya wujud syarikat yang bertindak sebagai ejen harta tanah. Baru aku tahu.

Kami berjanji pukul 5 petang. Tapi aku datang seawal 4 petang. Konsepnya mudah, biar awal jangan lewat hihi. Alhamdulillah, ejen yang menguruskan pinjaman perumahan aku memang terbaik dan efficient. Adeline namanya. Selama ini aku hanya berurusan via phone/whatsapp sahaja. 1st impression yang meyakinkan dan setakat ini aku mudah berurusan dengan dia.

Seperti biasa, aku kene sign berhelai-helai dokumen hari ini. Seronok pula sign sana sini hahaha. Pada masa yang sama dia terangkan secara terperinci mengenai pinjaman aku itu. Public Islamic Bank luluskan 90% pembelian rumah itu. Jadi, pusing sana sini aku kene bayar lebih kurang RM1400 sebulan. Not bad dan insyaallah akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Dia ada bagitau, susah nak dapatkan loan Public Bank. Akulah orang pertama yang dapat pinjaman daripada Public Islamic Bank untuk projek perumahan ini. Katanya, banyak juga loan reject dek kerana pinjaman PTPTN. Nasib baik aku peminjam/pembayar tegar PTPTN. Bank ini yang bagi offer terbaik pada ketika ini katanya. Terbaik tapi susah sebab ada juga peminjam yang lulus permohonan di RHB tapi tak lulus di Public Bank. Lain bank lain pengiraannya kot. Katanya lagi, rate setiap orang berbeza-beza. Ia bergantung kepada skor individu. Ohhh, ilmu baru yang bagus untuk dipelajari lagi.

Pinjaman yang ditawarkan ialah berupa skim pembiayaan Ijarah – Musyarakah Mutanaqisah. Katanya, ramai juga cina yang guna pinjaman yang guna islamic financing. Ada PRO and CONTRA.Tergamam dan seronok melihatnya sebab thesis aku dulu pun mengenai Islamix Finance – Musyarakah Mutanaqisah hahahaha. Kalau Prof Dr Maheran tahu ini, mesti dia happy.

Adeline ada tawarkan aku life insurance agaknya (sebab tak pasti namanya) – dari AIA. Aku kene bayar RM163 sebulan. Untuk cover aku dan rumah incase ada apa-apa terjadi nanti. Nak kene study balik, apa sebenarnya insurance yang dia offer. Sebab blur tadi hahahaha. Nak kene buat perbandingan dengan skim/syarikat lain.

Ohhh..still eligible untuk discount. Next step aku kene deal dengan lawyer pula – Ting Ting. Ohhhh orang yg aku kene berurusan semuanya adalah perempuan cina cantik dan punya personaliti hebat. Kagum melihat mereka.

Untuk urusan pinjaman perumahan ini pun aku ada dapatkan nasihat peribadi daripada kawan yang bekerja di Maybank. At least ada tempat untuk buat rujukan dan bertanya itu dan ini hihi. Apapun, lain bank lain pengendaliannya.

Ada banyak urusan menanti aku lepas ini. Take time dan sangat merisaukan sebab nilainya ratusan ribu ringgit dikkk.