MENU HARI RAYA ORANG JAWA

Salam Aidiladha anak-anak semua. Alhamdulillah, dapat dipanjangkan umur untuk sambut raya korban tahun ini. Syukur sebab dapat bercuti panjang dan ketenangan tahap maksimum. Aku percaya kepada ketentuan dan perancangan – Nya.

Aku dilahirkan dikalangan masyarakat jawa. Disini aku sertakan beberapa masakan jawa yang wajib mak / kakak aku masak tatkala menyambut hari perayaan pada Aidiladha tahun ini. Secara umum, tiap tahun memang masak menu macam ini. Rumah jawa yang lain aku tidak pasti, tapi pusing-pusing lebih kurang sama je kot.

image

Kentang goreng yang dimasak dengan tempe, bawang, cili kering, soon etc. Tidak pasti namanya aku. Kegemaran aku sebab dibubuh kicap. Nyum nyum sedap.

image

Haaaa ini pun kegemaran aku juga. Hati dan pedal ayam yang ala-ala dimasak sambal. Nampak gaya lebih kurang macam masak kentang. Agaknya just tukar bahan utamanya kot. Entah…aku tak pernah membantu dalam bab memasak.

image

Sayur lodeh dikkk. Semua rumah orang jawa mesti ada sayur ini. Kalau tak ada tu, something wrong agaknya. Macam dalam keluarga aku, lain orang yang masak dan lain tahun, mesti rasa dan warna sayur lodeh ini berbeza hihi. Ikut mood mereka agaknya. Aku pencinta lodeh tegar. Punya style lodeh tersendiri ahaks. Aku suka lodeh yang punya kuah yang pekat dan berwarna kuning kunyit.

image

Dulu, tatkala kecil-kecil, mak aku jarang masak rendang. Kalau ada pun, bapak aku yang incharge. Dek kerana itulah, aku agak kurang makan rendang. Aku lebih gemar makan ayam masak kicap atau merah. Sekarang, kalau ada pun kakak aku yang masak. Sebab abang ipar aku suka makan.

image

Aku tak pasti kenapa Aidiladha tahun ini mak/kakak aku goreng ayam. Sebab, kalau nak diikutkan diorang akan masak kicap atau masak merah.

Kuah kacang pula memang sejak azali lagi keluarga aku import daripada rumah pakcik aku. Dulu embah / nenak aku yang buat. Tapi sekarang diwarisi oleh makcik / pakcik aku pula hihi. Kami bagi kacang je kepada diorang.

MASAK SAYUR LODEH

Aku rasa, tak lengkap sesuatu perayaan tu tanpa sayur lodeh yang super sedap + pekat. Nak makan kat mana je? Tak tahu. So, aku decided beli bahan bahan mentah dan masak sendiri kat rumah 🙂 Nyum nyum

Tak reti sangat nak masak lodeh ni sebenarnya. Bahan bahannya ada sedikit perbezaan dengan masak lemak. Tapi aku bedal sokmo. Janji sedap. Aku guna bahan bahan mentah yang pure. No serbuk2 OK

Continue reading MASAK SAYUR LODEH

LEMANG ?

Lepas habis sembahyang hari raya, aku pergi ke rumah mak saudara kawan aku. Biasalah, malas nak masak kat rumah + nak ambil mood raya kene datang rumah yang berkeluarga. Aku nak makan makanan raya 🙂 Disini aku dapat rasakan bahawa Aidiladha pun merupakan perayaan juga. Sebelum ini aku buat dek je. Oh…sedih cz berjauhan dengan family gamaknya.

Datang rumah orang takkan dengan tangan kosong je kan? Mesti nak kene bawa somthing. Tu yang beli lemang kat mana mana tepi jalan tu. Yang kecil harganya RM10 dan yang besar sedikit harganya RM12. Ini pertama aku aku beli lemang. Tiada pengalaman. Mahal or murah tu aku tak pasti.

Plus aku tak pasti samaada lemang ini benar benar lemang atau lemang yang direbus dahulu 🙂 Continue reading LEMANG ?

PAGI RAYA AIDILADHA

Aku tak balik raya cz beberapa minggu yang lalu aku dah balik kampung – ada kenduri akikah. Mean aku balik awal bulan November nanti. Nasib baik adik beradik aku yang lain balik. So, mak aku tak terasa sangat la kot. Lagipun hanya aku je yang balik untuk kenduri akikah yang lepas – selamat. Nak balik selalu pun nak kene fikir monetary jugak bukan?

Oh….dapat tahu kat mana-mana je jalan sesak untuk otw balik kampung Utara Selatan Timur. Apa ke maknanya tu huhu. Pilihan aku tepat lah tu kot. Apapun, ini adalah kali kedua aku tak balik beraya untuk Aidiladha. Yang 1st time punya pada tahun 2003 rasanya. Aku pergi jalan-jalan kat Cameron Highland huhu. Pengsan

Continue reading PAGI RAYA AIDILADHA