HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #10

Hari raya kedua yang memenatkan dek kerana berhari raya di setiap rumah dikampung aku. Penat tapi seronok. Daripada sini aku boleh update new story kat kampung aku dan juga berkenalan dengan orang orang kampung. Jarang balik. . .so kene lah update sedikit akan kewujudan kita di sini. Beramah mesra dan berbual bual sesama sendiri. Huhu Kat tempat lain susah kot dapat yang camnie

Lainnya hari raya dahulu dan sekarang. Memang berbeza. Dahulu, sewaktu kecil kami memang ada banyak group budak budak sekolah yang dok berhari raya. Naik basikal dan sama sama lawan siapa collect paling banyak duit. Penat kot mengayuh basikal keliling kampung sendiri dan kampung kampung sebelah. Tapi sekarang aku tengok keadaannya jauh berbeza. Tak nampak lagi group group budak kecil yang berbasikal atau pun bermotor keliling kampung untuk berhari raya. Pelik. . . Diorang tak beraya ke? Budak budak yang aku nampak nie pun dok join bara’an orang dewasa. Pengsan

Lagi. .  Apa yang lain? Of cz nilai ringgit yang dibagi. Time aku kecil kecil dahulu, nilai paling minimum adalah RM0.20 atau RM0.30 atau RM0.50. Manakala nilai paling maximun pula ialah RM1 atau RM2 – jarang jarang. Tapi sekarang tengoklah. .average tiap rumah bagi min RM1. Hebat betul hahaha.

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #9

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk semua yang berkaitan. Huhu. . . Cepat je masa berlalu. 1 Syawal rupanya hari ini ahaks. Dan tak sangka plak anak anak lek Misran karo Lek Sijam wes gede kabehe. Sa’ eke kabahe wes arep eneng telu putu.
image

image

Raya kat kampung area tempat aku ini meriah yang amat. Hari pertama beraya dikalangan ahli keluarga. Hari kedua pula beraya sekampung. Raya ketiga pula beraya kat kampung sebelah. Raya keempat pula raya kat kampung sebelah lagi 🙂 ini untuk bara’an lelaki. Bara’an perempuan pula dilakukan pada sebelah malam bermula pada hari raya kedua sampai siap. Ahaks. . . Manakala hari raya kelima dan seterusnya pula adalah aktiviti bebas – beraya rumah kawan2, cikgu etc. Fakta ini based on pengalaman aku hidup disini sejak lahir lagi hihi.
image

image

Aku nak ambil banyak gambar. Tapi bateri plak kong awal. Pengsan

image

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #8

Hari raya aidilfitri seakan tidak sempurna dirumah kalau tak ada lampu pelita / lampu punjut atau dimar dalam bahasa jawanya hihi. Aku tak tahulah ditempat lain. Tapi, inilah keadaannyadi kawasan kampung tempat aku tinggal. Tak kisahlah ko pasang lampu via minyak atau elektrik ( mentol ). Yang penting, rumah nampak terang dan unik disinari cahaya lampu kecil itu. Sweet bukan? Hihi
image

Dahulu, sewaktu kecil aku memang rajin bab bab menghias rumah dengan menggunakan lampu pelita ini. Berpuluh puluh lampu aku gunakan. Adalah dalam lingkungan 60 ke 80 buah lampu pelita. Aku guna banyak cz aku susun rapat rapat dan aku buat bentuk. So, nampak cantik je kalau tengok dari jauh. Aku pernah buat bentuk love, buruj etc. Kreatif kan aku!!
image

Kekadang guna lampu pelita dan kekadang guna mentol je. Depend on masa aku nak susun. Agak agak tak sempat buat, guna je lampu pelita. Senang sikit. .gitu gitu je

image

Continue reading HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #8

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #6

Dengar pengumuman raya di radio. . . YES, esok raya hahaha. Syukur tahun ini dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Tahun ini, aku sembahyang terawih dirumah sahaja. Kadang sembahyang sendiri dan kekadang sembahyang secara berjamaah dengan housemate aku. Pengsan

Klu boleh, nak try puasa 6 pulak nanti hihi. Tapi, boleh ke puasa tu dinamakan puasa 6 kalau bilangan hari kita berpuasa itu tak cukup 6. Macam mana pahala puasa 6 itu dikira?

Emmm. . . Aku sangat tension dengan jawasan sekeliling aku. Bising dengan dentum mercun sana sini. Rimas dan rasa terganggu pun ada. Ditambah lagi dengan bunyi motor kapcai yang ditekan tekan minyak. Hello adik adik semua. . Ko ingat dah cukup macho sangat ke kalau bunyi motor ko tu kuat? Meh aku campak korang semua dalam parit.

Pakcik aku ada cerita, kat kampung sebelah ada orang tua yang sakit hati sangat dengan budak budak motor kapcai ini. Dikejarnya sorang sorang sampai ke rumah. Pastu ditamparnya sorang sorang. Padan dengan muka korang!!!

Hairan, apa ke faedahnya ko pusing dari kampung ke kampung dan pada masa yang sama ko tekan tekan minyak. Bingit telinga ok dengar bunyi ekzos motor korang. Mak bapak korang tak ajar korang cara hidup beradap ke?

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #7

image

Hangguk betul monyet yang dok merayap depan rumah aku tu. Elok elok orang pasang pelita depan rumah, boleh plak ko bergayut sakan kat buluh pelita tu kan. Ko ingat kayu tu pokok balak ke apa?

Yang lucunya, akak aku nampak kejadian tu. Seekor dok atas tanah, seekor lagi panjat kat atas buluh pelita tu. Mau tak rosak. Last2, buluh xstabil . . . Dua dua ekor terjatuh dalam parit. Padan dengan muka korang!

image

Patutlah tahun ini kampung aku tak pasang lampu sekampung. Rupa rupanya, semua ini ko punya angkara.

Siap ko. Aku cari lastik utk ajar korang semua!!!!