HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #5

Semalam, sebelum menonton The Expandables 2. . . sempat lagi tu bayar zakat fitrah di kaunter zakat yang dibuka berhadapan dengan carrefour. Syukur, dapat jugak akhirnya aku bayar zakat kat sini. Pengsan

image
Resit Zakat Fitrah

Ini pertama kali aku bayar zakat melalui di Wilayah Persekutuan. Sebelum sebelum ini bayar di kampung sahaja. Tapi dek kekangan masa dan risau tak sempat nak bayar time kat kampung, tu yang aku bayar dulu. Lagipun, lebih afdal kot bayar di tempat kita bekerja.

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #4

Alhamdulillah, akhirnya aku sampai ke kampung. Bangun pukul 2.30pagi untuk siap siap. Kemudian bertolak dalam pukul 3.45pagi dan sampai ke rumah dalam lingkungan pukul 6pagi lebih. Pengsan

Tak tahu pulak jarak masa perjalanan aku lebih kurang 2jam lebih sahaja. Betul ke nie? Ke aku salah tengok jam? Apapun, perjalanan pulang ke kampung untuk hari raya ini smooth sahaja. Kenderaan memang agak banyak, tapi taklah sampai jem. Memang perancang perjalanan yang baik.hahaha

Mulanya, takut gak aku cz di awal perjalanan tu aku bertembung dengan 2 ambulan dan beberapa kenderaan yang berhenti ditepi jalan. Risau cz aku bawak banyak barang yang berat dan gabas.

Aku tak dapat bayangkanlah kot macam mana keadaan highway untuk semalam semalam / siang hari. Mesti lagi hebat cabarannya kot.

Sleepy

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #3

Raya tahun ini aku tak ada baju raya. Akak aku baru call, baju raya yang ditempah sejak bulan mei yang lalu tak siap lagi. Alasan tukang jahit tu – DEMAM. Kepala hangguk makcik tu. Ko tau tak sempat buat. . Pandai pandailah contact owner awal awal. Ini tak, nak jugak tunggu owner datang rumah dulu baru bagitahu. Ahad ini nak raya makcik oooiiitttt

Ko demam nak berapa bulan makcik? Rumah aku dengan rumah ko bukannya sejauh KL London! Kampung sebelah je kot.

Sentap

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #2

image
Parking Lengang

Jumaat aka hari terakhir bekerja sebelum kita semua menyambut hari raya aidilfitri pada hari ahad nanti – dijangkakan. Suasana pagi di kawasan perumahan dan tempat kerja aku amat lengang. Rasa hening, sunyi dan nyaman yang amat. Kereta amat jarang jarang kelihatan. Ahaks

Kalau ko nak baring atau tidur kat tengah jalan pun tak apa kot. Yelah. . .Ops Selamat dah dijalankan – hadlaju diturunkan 10km/j. Pengsan

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #1

Insyaallah, umat islam.di Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri pada hari ahad ini. Aku balik kampung area pukul 4pagi sabtu nanti. Alasannya, aku tak suka jem + mahu sampai pagi + mahu pergi hantar mak aku pergi pekan pada pagi sabtu nanti. Of cz jumaat petang atau jumaat lepas buka puasa nanti jalan akan jem – dijangkakan.

Banyak kot barangan yang aku bawa dari sini untuk persiapan hari raya di kampung nanti. Beli mana yang murah dan berbaloi. Vice versa. . . .

Ramadhan kali ini benar benar mencabar dan tanggungjawab pun rasa macam makin bertambah. Pengsan lagi

Apa yang bagusnya, puasa kali ini telah berjaya menurunkan berat badan aku dari 60kg kepada 57kg kepada 54kg. Ahaks. . .harapnya penimbang di Warta Bangi dan Carrefour Alamanda tu tak rosak. Harapnya berat badan aku tak bertambah sangat sepanjang open house sana sini time lebaran nanti. Nyum nyum