Mee Kuning Juwita

Petang tadi, oleh kerana mood memasak tengah onz, aku pun gigih masak mee goreng ala mamak / bodoh. Ada sebungkus Mee Kuning Juwita yang perlu segera dihabiskan.

Pada masa yang sama, hajat nak makan Mee Bodoh di Tengkera Melaka tidak dapat ditunaikan. Itu yang lebih buat aku gigih nak masak Mee Goreng. Nyum Nyum Nyum.

Aku guna sepenuhnya bahan-bahan yang ada di peti sejuk. Sesambil tu boleh habiskan stok terus hihi

Bumbu – Bawang Putih, Bawang Merah, Cili Padi dan Cili Boh

Sos – Tiram dan Cili

Aksesori – Udang, Lemon,

Tadaaa, siap sudah. Makan mee goreng dengan telur mata dan mempelam. Uitttt sedap yang amat. Terasa kemewahannya sebab diperah dengan lemon. Alhamdulillah.

Sedap betul mee kuning Juwita ini. Langung tak rasa kapur. Terasa segar, kenyal dan sedap. Beza betul dengan mee kuning yang selalu aku beli di pasaraya. Lebih terasa enak sebab keluaran Bumiputera Muslim.

Meh sini, kita cerita serba sedikit mengenai pemilik perusahaan Mee Kuning Juwita.

Hajah Juwita binti Abu Hassan menjalankan perusahaan membuat mee kuning, taugeh dan cincau. Perniagaan yang mula ditubuhkan pada tahun 1997 ini dimulakan secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal pusingan daripada simpanan keluarga.

Pengeluaran mee kuning daripada kilang ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Produk jualan syarikat ini telah dipasarkan ke kawasan sekitar seperti AEON, Mydin, pemborong, peruncit, kantin sekolah, pasar basah, pasar tani dll.


Selain mendapat pembiayaan daripada bank tempatan, belia turut mendapat bantuan dari beberapa agensi kerajaan yang lain. Antaranya ialah Jabatan Pertanian Malaysia, FAMA, RISDA, MARA, TEKUN Nasional dan SIRIM.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi ialah Usahawanita Jaya Industri Desa, Naib Johan Usahawan Jaya kategori Jualan dan Usahawan Jaya Wanita sempena HPPN Melaka.

Beliau boleh dihubungi ditalian 019-6695811 beralamat di PS 273 Kampung Kemuning 78000 Alor Gajah Melaka.

Hujung Minggu yang Janggal

Alhamdulillah, minggu ini aku berjaya habiskan kerja luar dengan penuh jaya. Dok mengikuti kawan untuk penggambaran video usahawan berjaya sekitar Alor Gajah. Secara kebetulan, minggu ini aku tiada larian. Lupa, rupanya aku hanya daftar 2 acara sahaja untuk bulan November ini. Tak tahu kenapa. Mungkin time aku shopping acara larian tempoh hari, duit tak berapa nak lebih kot huhu.

Jadinya, lepak rumah sahaja lah agaknya untuk hujung minggu ini. Insyallah kalau petang ini cuaca helok, boleh beriadah sedikit di Putrajaya.

Pepagi buta pergi beli barang basah di kedai runcit di Bukit Mewah Kajang. Beli udang besar , mempelam, halia, sawi dan cili padi. Total harga hanya RM15 sahaja.

L

epas tu, terus aku berkentang kentung didapur masak menu makan tengahari – Tomyam Kung, Sawi Tumis, Mempelam dibuat ulam dan Telur Masin.

Kali ini aku buat lain sikit untuk Tomyam Kung – letak santan, cili padi dan cendawan tiram kelabu. Apabila masam, pedas dan lemak bersatu…wow alhamdulillah sedap rasanya ahaks.

Semakin hari, semakin bijak memasak tomyam. Air sedikit je. Selama ini aku bubuh air selambak. Tu yang tak sedap mana hahaha. Haaaa jenama pes tomyam ini pun baru pertama kali aku guna. Terpaksa back to back masak tomyam sebab nak habiskan cepat.

Satu pes untuk tomyam kung dan satu pes lagi untuk tomyam biasa.

Masak di Petang Ahad

Menjadi kelaziman aku, sebaik sahaja habis lari, ambil medal dan benda percuma sana sini (jika ada), aku akan terus balik rumah atau pergi makan (kalau lapar). Itu pun kekadang aku akan singgah kedai runcit untuk beli barang basah.

Yes, i am fussy eater. Yelah kan, aku merasakan harga makanan di luar merepek. Walaupun kekadang berbaloi, aku yang reti memasak ini kekadang memikir – baik aku masak sendiri di rumah. Contohnya semalam, gigih aku beli udang saiz besar, kerang, sayur sawi, serai dan limau kasturi. Sebab teringin nak makan seafood ahaks.

Aku masak kerang rebus, tomyam kung, sawi tumis dan telur dadar. Puas hati beb. Sebab sedap yang amat. Kos bahan mentah hanya RM15 je ahaks. Lain-lain bahan itu memang sudah ada dirumah. Yeah, bab bahan didapur kena sentiasa tip top dikk.

Tomyam Kung tu pesnya import mari dari Bangkok. Aku hanya tambah sedikit santan dan daun limau je. Itu pun sudah cukup menyelerakan sebab masam, lemak dan pedas. Wowwww

Kerang rebus pula masak macam itu je lah kan. Simple. Aku letak serai, lengkuas (sebab halia habis), asam jawa, bawang putih dan bawang merah serta garam. Actually aku lupa resepinya macam mana. Tapi aku main campak-campak je dalam itu. Hasilnya sedap. So, berterusan lan resepi itu aku pakai hahahaha.

Lain-lain menu – sayur, telur dadar dan mempelam itu memang sokmo ada dalam makanan yang dihidangkan dirumah. Wajib ada sebab aku memang suka makan lauk pauk. Nasi biar sedikit tapi lauk kena meriah huhu.

Alhamdulillah.

Petua Masak Sotong


Terasa laka benar tidak makan sotong segar. Asyik-asyik makan luar je. Lama dapur kat rumah tu tak berasap. Jadinya, hari ini gigihlah aku pergi pasar beli barang basah / keperluan memasak. Cuti sabtu ahad ni je lah dapur berasap. Lain-lain hari, memang kirim salam lah. Tu pun kalau nasib baik tidak outstation.

Sotong ni sedapnya masak sambal pedas citcit. Sotong segar masak sambal lepas tu makan dengan nasi panas-panas…memang berselera betul lah kan. Boleh menambah-nambah.

PERTAMA: Mula-mula sekali, anda haruslah membersihkan kulit sotong yang meliputi bahagian luar sotong. Sotong dan semua jenis makanan laut tidak perlu di masak terlalu lama kerana ini akan menjadikan sotong liat seperti getah. 

Sesambil masak tu, tangan pun gigih browse internet. Tengok apa-apa petua yang boleh diamalkan. Ilmu baru ke camtu. 

Haaaa, ada rupanya petua untuk pastikan sotong tidak liat dan kelihatan cantik je. Lets :-

KEDUA: Jika sotong digunakan di dalam resepi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air ddih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air dingin supaya sotong tidak liat. 

KETIGA: Jika ingin menggoreng sotong, pastikan segala yang ada di dalam perutnya dibersihkan. Kemudian sotong dipotong bulat, digaul dengan serbuk gorengan dan digoreng di dalam minyak yang banyak. 

Pisang Kepok Pisang Nipah

Di kawasan perumahan aku di Kajang, agak susah nak cari pisang kepok nie. Agak jarang nak dapat lihat pisang kepok ini digantung di kedai runcit aceh.

Jenis pisang kegemaran aku sebab kat kampung, mak aku suka buat pisang goreng dengan menggunakannya. Jenis pisang lain aku rasa macam jarang / tak pernah.

Kekadang, bising juga sebab makin lama makin mahal harga pisang goreng. Makin nipis je aku tengok. Jadinya, ni haaa aku terus beli seikat pisang. Boleh siap jamu kawan untuk 2 pejabat lagi. Hebat bukan?

Kat kampung namanya pisang kepok. Google punya google, nama melayunya ialah pisang nipah. Makan cicah dengan sambal kicap pedas memang layan habis.