DATO NORAINI AHMAD AHLI PARLIMEN PARIT SULONG

Sepanjang aku tinggal disini, aku rasa bertuah cz kesemua ahli parlimen yang dilantik memang nampak ‘buat kerja’. Ini pandangan peribadi aku.

Tapi, dalam banyak banyak ahli parlimen yang mewakili Parit Sulong, aku rasa Dato Noraini nie memang nampak sangat usaha dan semangatnya. Ini berdasarkan kepada pemerhatian aku since aku start bekerja dan mengenali erti kenegaraan / politik / pentadbiran.

Sebelum ini, aku hanya berkesimpangan dengan dia di mana mana majlis sewaktu parlimen bersidang. Semalam, buat pertama kalinya aku berpeluang untuk hadir ke majlis yang dirasmikan oleh beliau. Dan pertama kali juga aku face to face melihat cara beliau bekerja. Nice and I can feel effort beliau…

Even beliau tidak pandai sangat membuat pengucapan awam, tapi semua itu aku maafkan dek kerana sikap beliau yang aku sifatkan ‘banyak buat kerja’ – sangat rajin.

Same goes to what Dato KSU said.

Yelah, sepanjang aku hidup di kampung dulu memang susah aku mahu jumpa mana mana kain rentang atau banner yang menunjukkan kehadiran ahli parlimen di kawasan aku.. Tapi time dia nie, memang ada sahaja aktiviti yang dibuat oleh beliau. Tiap kali balik kampung, pasti akan nampak kain rentang baru bagi program beliau.

Oh, lupa. Mak aku sendiri pernah menerima bantuan daripada beliau. Tahun lepas rasanya. Time banjir kot. Not sure.

ADUN Sri Medan? Aku tak nampak apa usaha beliau. Apa sumbangan beliau? Aku sendiri pun tak pernah bersua muka dengan dia. Kita tengok siapa calon ADUN / PERLIMEN bagi PRU13 nanti. Kalau Noraini dicalonkan, memang aku akan mengundi beliau. Kalau ADUN sedia ada, let me think first.

Posted from WordPress for BlackBerry.

KEMATIAN

Aku terbaca mengenai arwah Yasmin di blog NURIZSPACE. Tergamam seketika. Nama arwah menjadi trending di twitter pada masa itu dek kerana gambar dan coretan beliau di blog sebelum kematiannya. Al Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Ajal maut ditangan Allah. Aku sendiri masih kurang yakin dengan mutu dan kualiti amal ibadah aku. Aku malu dengan diri sendiri. Teringat akan bait lagu ‘ Aku tak layak ke syurga mu, namun aku juga tak sanggup untuk ke neraka mu’..

Aku ada juga terbaca beberapa kisah dan fakta mengenai petanda dari 100 hari akan saat saat kematian seseprang itu. Sesungguhnya aku sangat takut akan kisah kisah yang berkaitan dengan kematian. Ya Allah, semoga dikau mengampuni segala dosa dosa ku. Semoga aku berada dalam keadaan yang elok dan bersedia tatkala menghadapi saat itu. Semoga aku sempat membersihkan diri aku dar noda noda hitam dan 1001 dosa yang telah dilakukakan samaada secara sengaja atau tidak. Semoga aku dijauhkan daripada ujian yang dikuatiri aku tidak mampu mengharunginya. Semoga godaan syaitan dan iblis dijauhi daripada aku, kedua ibu bapaku, keluarga aku, sanak saudara aku, kenalan aku serta umat Islam secara keseluruhannya.

Seriously, dalam diam jiwa aku kacau dan risau yang amat since last week lagi.

Aku akan banyak berjalan untuk 2 – 3 hari ini. Putrajaya – Batu Pahat – Melaka – Batu Pahat – Putrajaya. Satu perjalanan yang aku sifatkan 1st ever yang belum pernah aku lalui. Sedih cz aku kene bajet bajet perjalanan cz account bank aku kene sekat + risau kalau ada apa apa perkara terjadi. Harapnya semua OK sahaja Esok, lusa dsn tulat ๐Ÿ™‚

Kalau ikut perancangan, esok petang after meeting aku akan bertolak pulang ke kampng bersama sama denan keluarga aku. Harapnya perjalanan kami esok berjalan dengan lancar. Lori beso kurang dan kereta pun kurang juga. Yang penting cuaca elok sahaja.

Emmm, dek kerana ini malam last family aku ada di sini. So, aku menggedik minta mak aku masakkan sardin esok. Boleh bawak bekal makan di Pejabat ๐Ÿ™‚ Jimat sikit duit aku hihi. Tapi sebenarnya aku baru teringat meeting DTS untuk pagi esok mesti ada makan heavy punya.

Alamak

Lama tak merasa masakan kampung, jemu sebenarnya makan masakan catering nie.

I wish oneday nanti aku akan punya kelapang masa dan kewangan yang kukuh untuk membawa famil aku bercuti di mana mana sahaja yang dirasakan sesuai untuk mereka.

ERROR

Baru balik dari berbelanja di Mydin Putrajaya. Hantar family aku beli barang untuk dibawa pulang ke kampung. Kiranya banyak juga barangan di Mydin ini yang jauh lebih murah dari apa yang dijual di kampung aku. Normal lah tu kot.

Aiii, runsing dengan paparan utama blog mykeledek ini. Pelik cz susunan frame nya macam lari. Sebelum ini elok je time aku view via iPad. Lain macam lah pulak. Harapnya ini error daripada tempat lain. Rasanya aku tak ada godak mana mana bahagian. Ke cz Worpress via iPad? Belek punya belek, Yes memang punca daripada post via iPad. Pengsan

Kuuu semangat..

Posted from WordPress for BlackBerry.

PETANDA ANGGOTA BADAN BERDENYUT DENYUT

Sejak dari dulu lagi, setiap kali ada anggota badan yang berdenyut dan bergerak banyak kali, aku mesti akan surf internet untuk mengetahui akan sebab musabab / musibahnya. pengsan.

Niatnya sekadar untuk rujukan dan suka suka sahaja. Sebab kekadang apa yang dikatakan memang berkait dan memang terjadi pun ๐Ÿ™‚ Pengsan. Contoh terdekat, sejak kebelakangan ini kelopak / ekor mata aku kerap berdenyut denyut. Nah, beberapa hari ini juga aku peroleh kesusahan dan kepayahan. Ada juga komentar komentar yang mengaitkan dengan kematian kenalan. Semoga dijauhi sebab minggu lepasย pun aku 2 kali mimpi akan kematian. 1st : 1 jenazah dan 2nd : 4 jenazah. Semoga semuanya hanya permainan tidur dan syaitan yang direjam sahaja.

Pada masa yang sama, tadi petang…bibir atas kanan aku pun ada bergerak gerak. Dikatakan petanda akan peroleh kebahagiaan dan keamanan yang tidak terhingga. Banyak pulak yang gerak dan denyut denyut. Tapi, memang jaranglah aku mengalami situasi ini. Sangat jarang jarang

Baca : Doa Penerang Hati

Disini aku sertakan alamat / petanda gerakan anggota tubuh yang lain

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

1001 FEELING

Muka penat dan menghampiri kepam hahaha. Oppst.. Aku baru je habis mandi. Letih giler giler hari ini. Same like last 2 years ๐Ÿ™‚ Full Stop

Muka penuh kerisauan dan kebimbangan dek masalah dengan akaun bank. Entah apa apa. Aku sendiri tidak faham apa yang terjadi sebenarnya. Masuk gaji 2 kali sebulan?? Untuk 2 bulan?? OMG!!! Means aku kene bayar balik r! Motif

Pening dan tak faham + mungkin salah aku juga kot. Tak alert dan aware dengan semua ini. Huh

Semoga semuanya baik baik sahaja

Posted from WordPress for BlackBerry.