BUBUR

Aiii… Lapar betul hari ini. Yelah, plan nak balik rumah utk makan tghari. Tapi, tetiba ada plak orang call + + Pengsan

Tapi tak apa, balik je keje terus melantak makan. Nyum nyum.. Best cz rumah bersih + kemas + ada orang masak. Hebat

Lepas maghrib nie, aku nak bawa family aku pergi Pasar Tani Putrajaya. Harapnya ada lah durian murah + apa apa makanan pelik yang berkenan dihati diorang. Sesuatu yang lain dan susah mahu jumpa di Johor

Posted from WordPress for BlackBerry.

RINDU PADA SHAH ALAM

Letih betul malam ini. Pagi pergi office, kemudian belah petangnya pula pergi hantar family shopping di Jalan TAR dan Sogo KL.

Terdetik sebentar dihati ini tatkala melihat telatah para pelajar lalu lalang disitu. Aku rindu pada zaman belajar. Now, time dah bekerja ini aku rasa sunyi yang amat. Bukan apa, bosan kot. Pergi kerja balik kerja. Hidup seakan tiada life. Maybe Putrajaya ini tiada apa apa daya tarikan yang menarik perhatian aku kot. Sesuatu yang sama sahaja. Kerja dan tinggal di tempat yang sama hihi.

Dahulu, time stay di KL or Shah Alam memang ligat pergi jalan sana sini. Ramai kawan come around dan banyak tempat yang boleh dikunjungi. Oh, rindunya nak pergi Shah Alam.

Nanti kalau bekesempatan, memang mahu jalan jalan di Seksyen 7, Plaza Alam Sentral, SACC Mall, Tasik Shah Alam, PKNS dan kalau OK boleh je pergi Fakulti lama aku haha. Mesti sedih je time tu. KLMJ – Kenangan Lalu Menusuk Jiwa. Pengsan

Zaman study memang paling seronok

Posted from WordPress for BlackBerry.

ISNIN PERTAMA

Isnin kembali menjelma 🙂 pejam celik pejam celik, rasa terlalu sekejap je masa berlalu ahaks. Aku sendiri tidak pasti apa akan terjadi pada minggu ini. Cuma mengharapkan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Seakan dirancang..ramai tiada di office hari ini. Ada je kekangan dan kesakitan yang dihadapi mereka haha. Pengsan. Monday sick agaknya

Oh, harapnya bos aku OK pagi ini. OK dari segi mood dan perasaan. Cuti seminggu, rasanya OK kot.

Plus, aku kene pastikan semua kerja aku yang berkaitan akan siap sebelum tengahari. Cz petang aku nak pergi hantar family aku ke Jalan TAR.ahaks

Posted from WordPress for BlackBerry.

BALIK KAMPUNG

Jam menunjukkan pukul 12.27pagi dan aku baru sahaja sampai ke rumah keluarga aku di Johor. Rasa yang pelbagai – letih, ngantok, cergas, cekal dan thankfull. Aku gagahi juga 2 hari ini semata mata untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin Izdihar. Pada masa yang sama, aku perlu membawa family aku ke Putrajaya untuk berjalan jalan – Jalan TAR dll. Aku ter-cakap sebenarnya. Perjalanan ini memang tidak dirancang.

Esok pagi, area jam 8.00pagi kami sekeluarga perlu bersiap siap untuk ke Putrajaya. Tapi sebelum itu, aku harap sempat untuk jumpa nenek aku. Bolehlah berpamitan dan hulur beberapa note untuk bekalan / duit poket.

Family aku akan berada di Putrajaya sampai Khamis atau jumaat ini. Semua ini bergantung kepada keadaan office. Kalau mood OK, jadi boleh pergi awal 🙂 Sebenarnya secara kebetulan pula ada majlis rasmi kerajaan di kawasan aku. Senanglah, sampai balik kampung, boleh buat kerja kerja yang berpatutan 🙂 bolehlah tambah mana mana yang kurang.

Plan kalau ada ongkos lebih, aku mahu beli beberapa bungkus kerepek.

Apapun, aku merasa amat kecewa dengan service yang diberikan di RnR Seremban. Tak kiralah fast foodnya mahupun gerai jualan makanannya. Tiap kali aku datang situ, mesti ada je menda alah yang aku tak puas hati. Kerusi meja tak cukuplah.. Q terlalu panjanglah.. Penjual yang nth apa apalah + +. Aku sendiri tak tahu apa masalahnya. Terlalu ramai pengunjung kot. Think positive

 

KOMIK ONLINE BAHASA MELAYU

Rasa 1001 kegembiraan dan tak sangka yang amat amat sangat. Bayangkan, setelah bertahun tahun aku mencari blog atau laman web yang related dengan manga hong kong / komik hong kong..dan baru beberapa hari lepas aku jumpa.

www.i-komik.com

Tak sangka pulak, ada juga komik online berbahasa melayu + komik hong kong. Dalam dua tiga hari ini aku memang fokus menghadap ipada atau PC sahaja. Baca mana mana komik lama yang aku gemari. So far dah habis baca Lagenda Tok Pedang dan Dewata Raya. Maybe akan datang aku nak baca komik yang lain pula. Hahaha..

Habis sesen keje pun aku tak buat. Confident je kan. Minat membaca komik katanya.. Haha

Nostalgia sangat