BEZA BERAS BASMATI DENGAN BERAS HERBA PONI

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet dengan apa yang aku makan. Tapi nak buat macam mana, umur dah meningkat.. Jadi perlu concern dengan kesihatan diri juga. Pengsan. Di rumah, aku makan nasi daripada beras Herba Poni Taj Mahal. Itu dulu lah. Now aku makan nasi daripada beras basmati monghul.

Rasa bosan jugak, asyik makan beras herba ponni je. Sekali sekala memang nak tukar selera. Tu yang semalam aku beli beras basmati mongul tu. Mahal tu harganya. Aku sendiri tak tahu apa bezanya dengan beras basmati yang lain. Bayangkan beras herba poni harganya RM33 lebih. Manakala beras basmati mongul harganya RM41 lebih. Tapi nak buat camne, dah housemate aku nak juga beli basmati jenama ini..tu yang beli je

Hairan dan tertanya tanya juga. Apa bezanya 2 jenis beras ini? Lebih baik daripada beras tempatan/beras wangi thai ke? Aku terfikir perkara ini sejak beberapa hari lalu. So, aku buatlah sedikit research via internet.

Beras Basmati ini rupanya lebih kurang sama sahaja dengan beras beras biasa samaada dari segi kandungan kanji, kalsium, protein, serat, karbohirat mahupun lemak. Bezanya cuma beras basmati ini boleh memanjang 2 kali ganda apabila dimasak, tirus dan berbau wangi.

Penggunaan air untuk memasak beras ini pun kurang ( I cawan beras vs 1.4 cawan air). Nak masak pun memang sekejap je..ala2 masak mee segera haha. Teruja OK dengan kepanjangannya. Baunya pun memang wangi. Semerbak ala2 beras wangi Thai pun ada jugak. Cuma aku tak betah nak merendam dulu beras ini 30minit sebelum memasaknya. Tak tau pula basmati ini kene rendam dulu sebelum boleh dimasak. Terpana sebentar…

Berlainan pula dengan beras herba ponni yang dikatakan memang sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan – menstabilkan darah dan tekanan darah. Aku memang dah guna beras ini since setengah tahun lalu. Kira macam biasa sihat walafiat je. Tak tahu lah pula macam mana kalau makan nasi biasa 🙂

So far aku memang puas hati dengan beras ini. Cuma kurang puas je lah makan cz kurang kanji dan xkenyang sangat 🙂 tapi kira OK lah tu. Makan banyak pun rasa biasa biasa je. Harus diteruskan…

Insyaallah

MEE SEGERA

Aku berani kata hampir kesemua orang di dunia zaman sekarang ini mesti pernah makan makanan segera. Walau sekali atau secara langsung dan tidak langsung.. Atau secara sedar atau tidak.

Aku? Hurmmm.. Selalu sgt kot. Hahaha..lebih lebih lagi semasa belajar lagi. Aku rasa, kebanyakan student kat malaysia ini ( IPTA atau IPTS) mesti akan menjadikan makanan segera khasnya mee segera sebagai makanan ruji. Boleh? Haha

Mana cukup duit bro nak makan sedap2 selalu time study dulu. Mesti dalam seminggu tu akan makan mee segera dalam 3 atau 4 kali. Sedap jugak aku masak mee segera. Especiall perisa kari. Siap campur-campur dengan pelbagai jenis sayuran/daging/telur/seefood. Hebat bukan. Rasa ketagih pun ada juga..

Tapi aku hairan jugak, since aku duduk kat Putrajaya ini rasa macam jemu / muak pun ada juga. Rasa macam ada je kekurangannya. Hairan. Mungkin semua jenis barangan dan bahan mentah complete. So, nak makan mee segera pun rasa lain macam je 🙂 sweet bukan.

But, its better. Lagi baik kalau aku feel macam ini since study lagi. Rasanya memang makanan segera ini tak elok untuk kesihatan. Walau apapun mereka mereka ini katakan, yang pasti makanan ini memang tak elok. Seboleh bolehnya lawanlah nafsu untuk memakannya.. Boleh? Hahaha… Tapi sedap. Oh tidak

ALERGI

Alergi sepi sangat. Hurmm, aku kembali resah sekarang. Semua ini gara gara dek kerana kulit aku seperti alegik – ruam dan gatal gatal. Aku sendiri tidak pasti semua ini datang daripada mana. Kalau nak diikutkan tempat tinggal aku sekarang jauh lebih bersih daripada sebelumnya. Plus, pemakanan sihat pun memang teratur dan jauh lebih baik.

Jenuh aku memikirkannya..sampai sekarang memang tak terfikir lagi apa jawapannya. Apa yang aku terfikir pada masa ini ialah, aku rasa aku alergik pada susu jenama XX. Susunya sedap dan memang ini ialah menu wajib aku. Aku perasan, sejak beberapa bulan lalu aku memang jarang jarang minum susu. Daripada situ, gejala gatal gatal aku kurang dan hampir tiada.

N now, lepas makan tadi aku terus minum susu jenama XX. OMG, tak lama selepas itu badan aku jadi gatal gatal..ruam dan kemerahan. Aiyaaaa… Bosannya.

Kalau sebelum ini aku fikir adakah aku tak boleh makan ayam segera, now aku juga berfikir adakah aku tidak boleh minum susu? Atau adakah aku memang alergik kepada susu jenama XX ini? Mungkin ya..mungkin tidak.

POT PET AHAD MALAM ISNIN

Bosan + Kosong. Aku tak tahu mahu buat apa. Rasa kusut je fikiran aku sejak akhir akhir ini. Aku sendiri tidak pasti apa yang mengganggu akal fikiran aku sekarang ini. Rasa macam tak bersemangat untuk bekerja atau nak buat apa apa sekalipun. Pengsan

Rasa macam terlepas sesuatu perkara sahaja. Oh.. Maybe aku sentiasa mengenang kembali akan perkara silam. Pengsan KLMJ. Apapun, hidup mesti diteruskan dan aku perlu menghargai apa yang aku ada kini + mensyukurinya

Ada beberapa perkara yang aku perlu lakukan dalam jangka masa terdekat ini :-

STAR RATING : Aku dah buat checklist untuk apa yang aku perlu buat. Harapnya mood aku akan baik dan aku boleh fokus kepada apa yang aku perlu siapkan. Aku bagi tempoh 1minggu untuk diri aku siapkan menda alah ini 🙂 volley

PORTAL + MEDIA SOSIAL : Aku kene double check kesemua status terkini. Perlu update status + photo + entry post

BLAST SMS : Perlu uruskan SMS Blast pada 25 Mei ini : Jutaan Belia katanya

BANDUNG : Aku perlu tahu akan selok belok kawasan dan keadaan di Bandung. Daripada situ aku akan tahu di mana tempat yang paling sesuai untuk membeli belah + hotel terbaik + termurah + selamat. Mungkin akan take time. Lagipun lama lagi aku nak fly 🙂

KAIN : Aku perlu tahu akan trend terkini dan selok belok pasaran. Mungkin aku juga perlu buat sedikit research mengenai design dan juga jenis kain yang bersesuaian. Kalau boleh, apa yang aku borong nanti murah untuk dijual ( kurang persaingan). Business kecil kecilan, mana mungkin dapat compete dengan mereka yang punya modal besar 🙂 Jadi, apa yang perlu aku buat ialah be creative dan mengoptimumkan semua kemahiran dan knowledge yang ada. Take time

KERJA : Aku mahu cari kerja lain..pengalaman baru dan semuanya baru. Mahu sesuatu yang lebih bagus

KURSUS PENGURUSAN PELANGGAN HARI 3

Hari ke tiga berkursus di INTAN.. Aku diajar cara berkomunikasi dengan bekesan, mystery shopping dan juga cara mengawal emosi. 1001 pengajaran dan pembelajaran baru telah aku perolehi daripada sesi ini.

Apa yang penting, aku dapat mengetahui cara dan bagaimana pengendalian mystery shopping. Itu yang paling penting. Yelah kot.. Di organisasi aku memang blur mengenai perkara ini. Selalu last minute mahu buat. Hairan aku 🙂

Apapun, walau sudah 3 hari tidak masuk office.. Perkhabaran cerita makcik2 kantin tetap sayur sayur kedengaran 😉 haruslah selalu update kan haha. Tapi apapun, aku malas nak masuk campur. Hanya dengar lihat dan senyum sahaja. What else? Sebenarnya aku rasa kecewa dengan susur galur dan pergaulan di office. Ada sahaja isu kecil yang mahu diperbesarkan. Isu terpencil lagi lah. Nak nak kalau itu kesalahan orang yang bukan kaum 🙂 kuch kuch ho ta hei

Sedih..

Pada sesi petang hari ke-3 juga aku berpeluang untuk membuat mystery shopping di KTM Komuter Bank Negara dan Ibu Pejabat MARA. Pengalaman yan begitu berharga… Sistemnya mudah sahaja.