KURSUS PENGURUSAN PELANGGAN HARI 3

Hari ke tiga berkursus di INTAN.. Aku diajar cara berkomunikasi dengan bekesan, mystery shopping dan juga cara mengawal emosi. 1001 pengajaran dan pembelajaran baru telah aku perolehi daripada sesi ini.

Apa yang penting, aku dapat mengetahui cara dan bagaimana pengendalian mystery shopping. Itu yang paling penting. Yelah kot.. Di organisasi aku memang blur mengenai perkara ini. Selalu last minute mahu buat. Hairan aku 🙂

Apapun, walau sudah 3 hari tidak masuk office.. Perkhabaran cerita makcik2 kantin tetap sayur sayur kedengaran 😉 haruslah selalu update kan haha. Tapi apapun, aku malas nak masuk campur. Hanya dengar lihat dan senyum sahaja. What else? Sebenarnya aku rasa kecewa dengan susur galur dan pergaulan di office. Ada sahaja isu kecil yang mahu diperbesarkan. Isu terpencil lagi lah. Nak nak kalau itu kesalahan orang yang bukan kaum 🙂 kuch kuch ho ta hei

Sedih..

Pada sesi petang hari ke-3 juga aku berpeluang untuk membuat mystery shopping di KTM Komuter Bank Negara dan Ibu Pejabat MARA. Pengalaman yan begitu berharga… Sistemnya mudah sahaja.

MEMILIH BUKU

Tak sabar rasanya nak merendek di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC esok. Harapnya tahun ini akan dapat lebih ong dan memperoleh buku buku yang berkualiti dan baik. Ceeehhh… Walhal duit tinggal ciput je. Hahaha

Aku sebenarnya agak kecewa dengan mutu buku yang aku baca nie. Sekali imbas buku ini nampak menarik. Yelah kan, tajuknya pun nampak dasyat dan kulit bukunya pun menarik. Tapi selepas aku baca dan belek belek, rasa kecewa. Cara penyampaiannya memeningkan kepala aku. Ayat yang digunakan sukar difahami. Memang tak puas membaca + mengantuk.

Aiiii first time aku dapat buku yang macam ini. Belek belek, publisher nya pun tak famous lah pulak. Mungkin selepas ini aku perlu lihat dan lebih berhati hati dengan apa jua buku yang mahu dibeli. Apapun, so far aku amat berpuas hati dengan kuliti buku terbitan PTS dan Telaga Biru.

BELAJAR RESIPI

Ada beberapa resipi masakan yang aku teringin nak cuba buat.

AYAM PANGGANG
Biasalah, rumah aku ada aven. Aku beli pun cz aku dapat boucer jaya jusco. Tu yang aku sambar je oven nie. Kononnya sebagai pelengkap akhir barangan elektrik di rumah aku haha. Jadi, apa guna ada oven kalau tak digunakan ? Aku pun memang suka makan sesuatu yang pelik pelik. Sesuai lah dengan citarasa panggang memanggang

Continue reading BELAJAR RESIPI

LOREAL UNTUK AKU

Orang lelaki zaman sekarang sedikit beruntung. Tidak sama seperti pada zaman remaja aka study aku dulu. Pada masa itu, agak jarang jarang jumpa mana mana produk penjagaan badan yang dikhaskan untuk lelaki sahaja. Tak silap aku, rasanya cuma produk Nivea For Men sahaja.

Biasalah, time remaja aka study dulu muka aku penuh dengan jerawat bagai. Mungkin silap aku jugak kot cz kurang tidur dan mencuba terlalu banyak produk pelik pelik. Hasilnya muka yang putih mulus, jadi menggerutu macam bulan. Pengsan…

Continue reading LOREAL UNTUK AKU