ALERGI

Aku alergik? Rasa macam tak percaya ajer kan? Aku sendiri tidak pasti kenapa aku boleh alergik. Sejak aku tinggal di Putrajaya ini, aku seakan terkena panggilan ‘alergik’ – tak boleh berpeluh dan makan ayam goreng segera.

Hairan.. Semasa aku duduk di KL dulu aku tak pula kene menda menda pelik cmnie. Pada awalnya aku ingat, aku terkene buatan orang atau didampingi oleh makhluk halus etc. Tapi aku tak ada bukti atau petunjuk yang mengiyakan telahan aku ini. Jadi, apa boleh buat.. Biar masa yang bagi aku jawapannya.

Continue reading ALERGI

PELABURAN ILMU

Agak beberapa hari juga aku tidak update blog aku ini. sesuai lah kot dengan fungsinya sebagai blog peribadi dan hobi masa lapang bukan? Hihi.. Lagipun aku agak sibuk dengan urusan rasmi dan tidak rasmi. Banyak perkara yang perlu difikir dan diselesaikan. Tak lekang juga dengan 1001 jenis perkara dan masalah. Walaubagaimanapun, syukur akhirnya aku dapat mengatasi kesemua perkara ini dengan hati yang aman dan tenteram. Alhamdulillah

Continue reading PELABURAN ILMU

POT PET JUMAAT MALAM SABTU

Pejam jelik pejam celik, hari jumaat kembali lagi. Esok sabtu, lusa ahad…dan begitu juga seterusnya. Aku rasa seakan masa berlalu begitu pantas. Rasa seperti baru semalam aku monday sick. Rasa baru semalam aku berjalan-jalan keliling Shah Alam semasa study week exam untuk degree. Rasa seperti baru semalam aku konvo. Sekejap betul masa berlalu

Pejam celik pejam celik, aku sudah duduk disini hampir 10 bulan. Seakan baru semalam aku ulang alik Shah Alam – Dungun – Sentul – KL -Dato’ Keramat – Damansara – Bukit Bintang – Putrajaya – SeMalaysia. Siapa tahu selepas ini akan menjadi SeAsean atau mungkin SeDunia. Berjalan sana sini mencari pengalaman. Aku tidak suka berjalan sebenarnya. Sedikit kedekut 🙂 Mungkin semua ini takdir tuhan. Aku ada tanda lahir di tapak kaki kanan, kaki kiri dan dada. Mungkin tanda lahir ini salah satu faktor yang mendorong … siapa aku dulu, kini dan selepas ini.

Continue reading POT PET JUMAAT MALAM SABTU

BAHAYA KACANG SOYA

Dulu, semasa aku study memang setiap minggu atau setiap hari memang aku akan minum air soya. Panas kot 🙂 Katanya soya baik untuk kulit dan segala macam kebaikan bagai. Tapi aku silap. Rupanya soya ini kurang baik rupanya.. Pengsan. So, aku buat lah research sikit-sikit. Berikut merupakan maklumat yang aku dapat..

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll.  Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Continue reading BAHAYA KACANG SOYA

POT PET SUNDAY

Ahad. Seperti biasa, aku akan rasa tension dan tak syok – esok kerja. Eeeeeee…bosannya. agak agak esok mahu buat apa ek hahaha. Kerja rutin, biasalah. Apapun, hari ini aku dengan cici sahaja dirumah. So, apa lagi aku join dia tidur sahajalah hari ini (Selain daripada surf internet + +).

Hari ini aku masak nasi guna beras siam jenama jasmine yang aku rasa baunya wangi dan amat mengenyangkan. Beli beras ini pun pasal senang kalau tetiba mengidam / demam nak makan bubur. Selalunya aku memang masak nasi guna Beras Faiza Taj Mahal. Sah sah beras ini tak boleh buat bubur. Itu yang aku beli 1kg beras siam. Sedap dan menyelerakan.   Continue reading POT PET SUNDAY