Kiosk Starbucks LRT Bandar Tasik Selatan

Yeah, Starbucks dah buka cawangan / franchise di LRT Bandar Tasik Selatan. Walaupun berkonsepkan ala-ala kiosk, kira okay lah. Bolehlah pekena kopi / teh hijau disini. Sekurang-kurangnya adalah alternatif selain daripada KopieSatu / CoolBlog / Kopi warung ahaks.

Aku perasan, Starbucks ni sokmo buat promosi harga diskaun / beli satu percuma satu pada waktu-waktu tertentu. Pengumuman pula dibuat via Facebook rasmi diorang. Jadinya, kita kena alert (kalau berminat).

Hari tu Makcik Buyong mengidam nak minum kopi mahal kat sini. Alang-alang promosi beli satu percuma satu (kalau bayar guna kad debit). Aku follow je ler.

Sejak Starbucks LRT Bandar Tasik Selatan ini dibuka, inilah pertama kami aku membeli disini. Mana taknya. Diorang mula beroperasi pada bulan Ramadhan lalu hahaha.

Senarai Tempat Menarik di Kuala Lumpur

tempat menarik di kuala lumpur

Tempat Bersejarah dan Muzium di Kuala Lumpur

  • Dataran Merdeka – Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang cukup simbolik kepada hari kemerdekaan. Di sinilah berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan di KL setiap tahun. Terdapat sebuah tiang bendera yang tertinggi di Malaysia.
  • Bangunan Sultam Abd Samad – Bangunan bersejarah yang berusia lebih seratus tahun ini mempunyai banyak kesan sejarah dalam negara kita. Selain bentuk binaannya yang cantik dan klasik, di sinilah juag berdekatan dengan dataran Merdeka bendera Union Jack diturunkan dan dinaikkan Bendera Jalur Gemilang buat pertama kali secara rasminya pada tahun 1957.
  • Islamic Art Museum Malaysia– Dibuka secara rasmi pada Disember 1998 dan merupakan Muzium Kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Kompleks bangunan muzium ini menempatkan lebih 7000 bahan artifak dan sejarah termasuk sebuah perpustakaan yang mempunyai buku-buku kesenian Islam.
  • Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery – Sebuah muzium matawang yang mempamerkan informasi bersejarah berkenaan dengan pengunaan matawang/ duit di Malaysia dari dahulu sehinggalah lahirnya matawang Ringgit dan Sen.
  • National Museum Negara – Muzium utama negara Malaysia yang mempunyai banyak kisah sejarah sejak dari zaman penjajahan sehinggalah ke era kemerdekaan.
  • National Textiles Museum – Bagi yang ingin lebih mendalami ilmu sejarah tekstil dan kain di Malaysia, bolehlah datang ke sini yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad. Banyak pameran berkaitan tekstil seperti alat membuat tekstil dan juga proses tradisional membuat kain.
  • The Museum of Asian Art – Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dimiliki oleh universiti iaitu Universiti Malaya. Telah beroperasi sejak lebih 50 tahun lepas dan menempatkan pelbagai koleksi artifak berharga dari Malaysia dan juga di negara ASEAN yang lain.
  • Muzium Telekom – Sebuah muzium yang menarik untuk mempelajari ilmu dan komunikasi sejak era Paleolitik lagi. Galeri-galeri di sini menempatkan pelbagai jenis replika, telefon lama dan alat telekomunikasi lain yang jarang kita jumpa dan menarik untuk diterokai. Satu tempat yang menarik di Kuala Lumpur untuk dilawati oleh rombongan sekolah-sekolah dan koleh.
  • Muzium Seni Kraf Orang Asli (Orang Asli Craft Museum) – Terletak berdekatan dengan Muzium Negara dan merupakan sebuah muzium kecil yang menempatkan pelbagai hasil kraft dan pameran berinformasi tentang kebuadayaan dan cara hidup orang asli di Malaysia.
  • Muzium Diraja Negara – Merupakan sebuah bangunan Istana Negara lama dan tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong dan juga Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957-2011 sebelum beralih ke Istana Negara Baru di Jalan Duta. Selepas pada peralihan itu, Istana Negara ini diadaptasikan menjadi sebuah Muzium Diraja dan mula dibuka untuk lawatan umum pada Februari 2013.
  • Muzium Polis Diraja Malaysia – Sebuah muzium yang menempatkan pelbagai tarikan koleksi seperti motosikal, kereta perisai, kenderaan peronda, senjata lama, uniform lama polis dan pelbagai barangan bersejarah berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Continue reading Senarai Tempat Menarik di Kuala Lumpur