Menginap di Muzaffar Hotel Melaka

Selama ini, kalau datang Melaka pastinya akan duduk di rumah pakcik atau makcik bibah. Tapi, la ni tak boleh lah nak elak. Kena duduk hotel sebab datang Melaka atas urusan kerja.

Dok pening juga pada asalnya nak pilih hotel mana yang sesuai. Tugasan lebih kepada Alor Gajah. Tapi, kat sana tak tahu apa tempat menarik. Tidak seperti Ayer Keroh / Banda Hilir. Usha punya usha, akhirnya duduklah di Muzaffar Hotel Melaka. Lokasinya di MITC Ayer Keroh. Dekat dengan Plaza Tol dan berkesimpangan pula dengan Alor Gajah. Easy access katanya. Onz terus

Muzaffar Hotel ini bertaraf 5 bintang katanya. Alhamdulillah milik orang Bumiputera Muslim. Katanya langsung tidak menyediakan arak. Nampak dari luar memang gah sebab seakan istana dizaman silam. Nama pun diambil bersempena dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Aku bab kemelayuan ini memang suka. Sebab minat bab sejarah.

Seni bina luaran sampai ke dalam bilik memang penuh dengan motif kemelayuan. Bak masuk istana gitew. Harga bilik pun tak lah mahal mana. Mampu milik dan berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Consider murah.

Masuk je dalam bilik, takjub terus sebab mewah (bagi aku). Corak permaidaninya cantik. Saiz bilik air pun besar. Boleh siap tidur dalam bilik air gamaknya nie.

Alhamdulillah, moga penginapan 3 hari 2 malam disini baik-baik sahaja. Insyaallah

I Love Melaka

Negeri luar pertama yang aku lawati sedari kecil ialah Melaka. Time tu rasanya lawatan sambil belajar koperasi sekolah menengah. Agak susah dulu nak keluar atau jejalan jauh sebab muntah. Pantang naik kenderaan beroda empat, mesti muntah punya. Apatah lagi kalau naik bus. Kannn? ahaks

Kat Melaka nie banyak tempat boleh pergi. Biasalah, aku kan suka bab-bab sejarah nie. Pergi banyak kali pun tak bosan apatah lagi jemu. 

Pergi je ke Banda Hilir tu. Macam macam ada. Ala-ala pusat kepada segala macam tarikan pelancong. Banyak pengisian dan aktiviti boleh buat. Ramai orang, jadinya boleh tengok 1001 gelagat manusia. 

MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA

image

Muzium Kesultanan Melayu Melaka – tempat yang memang teringin sangat aku nak pergi selama ini. Ini adalah kali kedua aku masuk ke dalam muzium ini. 1st time masuk tatkala aku darjah 6 🙂 Untunglah.

Bayaran masuk ke dalam Muzium ini ialah RM2 sahaja. Eemm, banyak info mengenai kesultanan Melaka di dalam muzium ini. Rugi sangat cz gambar yang aku ambil tidak berapa cantik. Kamera tidak boleh guna : Card tertinggal. Sentap.

image

Kalau pergi mana-mana, aku memang suka masuk muzium. Tapi, setakat ini aku hanya berkesempatan masuk ke Muzium sekitar Melaka sahaja. Harapnya, suatu hari nanti aku akan berkesempatan masuk ke dalam Muzium DiRaja ( Istana Negara Lama ) dan juga Muzium Negara.

Mengenal sejarah itu penting. Tanpa sejarah, agak susah kita mahu kenal jati diri + susur galur + salasilah keturunan.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

KOTA A’FAMOSA MELAKA

image

Melaka dan Kota A’Famosa memang sinonim. Kecil-kecil dahulu, punyalah seronok dapat join rombongan darjah 6 untuk melawat Melaka. Kota A’Famosa ini lah antara tempat yang paling aku suka pergi.

image

Lebih kurang je suasananya. Cuma dahulu time aku pergi kawasan ini penuh sesak dengan pelancongan dalam / luar negara. Cuma sekarang ini, aku hanya akan datang time bukan musim cuti / timing yang tak ramai orang.

image

image

Cantik juga kalau buat ambil gambar pra perkahwinan kat sini. Emm, sambil-sambil melawat tempat nie, dok sempat lagi berangan suasana zaman portugis dahulu. Macam mana lah kan suasananya?

image

image

image

image

TEMBOK BELANDA DAN TEMBOK PORTUGIS

image

Rupanya, Kota A’Famosa tidak berdiri dengan sendiri. Kalau tengok pada peta, memang ada tembok yang memagari kota A’Famosa ini. Tu yang diorang jumpa Santiago Middleburg dan Boston Middleburg yang dibina oleh Portugis dan Belanda.

image

Kekadang, sebenarnya aku keliru, kenapa tapak-tapak/tembok peninggalan sejarah ini semuanya tertimbus dalam tanah? Kat Melaka ini nampak sedikit je tertimbus dalam tanah. Kalau tak China, lagi dalam tembok itu tertimbus.

image

image

Apapun, aku memang suka sejarah. Pantang ada masa + mood baik, memang aku akan baca bahan sejarah di internet hihi. Sabar je lah.

image

image

image

image