GALERI WARISAN KOTA MELAKA

image

Secara tidak sengaja masuk ke dalam Galeri Warisan Kota Melaka yang dibuat di dalam Bangunan Jabatan Warisan Negara Zon Selatan. Pejabat diorang di tingkat atas, manakala pameran ini pula terletak di tingkat bawah. Kali kedua aku masuk ke dalam bangunan ini. 1st time dahulu time pameran daripada pelajar Korea. Sabar je lah.

image

image

Bahan pameran yang ada disini simple je. Tapi rasa macam penuh informasi je. Contohnya, maklumat mengenai Bastion Middleburg. Aku nak terangkan kat sini pun takut salah info, so lebih baik sapa yang mahu info berkaitan itu terjah je ke laman web Jabatan Warisan etc.

image

image

image

image

image

MELAKA OH MELAKA

image

Bangunan Stadhuys / bangunan merah – tempat yang aku suka pergi tengok juga nie. Antara peninggalan Belanda yang aku suka. Tapi sayang, dari dahulu sampai sekarang masih tak selesai lagi renovation nya hihi.

image

Kat kawasan ini ada gerai-gerai menjual cenderahati. Tak terlintas dihati pulak nak beli ole-ole. Tak tahu kenapa. Maybe cz dah selalu sangat jalan-jalan kesana sini kot. So, nothing special yang mahu aku beli.

image

image

image

KUPON UNTUK SEHARI

image

Jangan risau bab bayar parking di kawasan pelancongan di Melaka. Ada kupon yang khusus untuk sehari – RM5 sahaja. Normally, untuk 1 jam bayarannya ialah RM0.60 ( kalau tak silap ).

Jadi, memang tak risau sangat bawa kereta sendiri untuk jalan jalan di sekitar kawasan pelancongan Banda Hilir, Melaka. Yang penting, datang awal untuk dapatkan petak parking yang terbaik hahaha.

CENDOL JAM BESAR, MELAKA

image

Bertentangan dengan Balai Seni Lukis Negara & Jam Besar Melaka, ada kiosk yang menjual cendol/ABC/etc. Aku tahu ini pun cz tengok kepada beberapa entry pada blog orang yang pernah berkunjung ke Melaka. Katanya Cendol kat sini sedap. Tu yang nak cuba rasa kesedapannya. Sambil-sambil tu boleh relax tengok pemandangan / orang yang lalu lalang / feeling pelancong yang datang dari jauh hihi.

image

Cendol Jam Besar ini betul-betul terletak di tepi Sungai Melaka. So, sambil-sambil makan / hirup cendol tu memang syok tengok bot penumpang lalu lalang (Scan orang) hihi. Sabar je lah.

image

image

image

Harga Cendol / ABC kat sini pun lebih kurang je —> Average RM3.00 lebih macam tu. Kitorang order cendol campur dan cendol ais krim. Tak feeling sangat makan cendol cz cuaca gerimis hahahaha.

image

image

MUZIUM SAMUDERA, MELAKA

image

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Melaka ialah Muzium Samudera. Saja nak feeling naik kapal laut besar kan. Baru aku tahu, nama kapal samudera ini ialah Flor De La Mar huhu. Kapal Portugis kot.

image

image

Harga tiket untuk masuk ke dalam kompleks muzium samudera ini ialah RM6.00 ( Dewasa ) & RM2.00 ( Kanak-kanak). Tiket boleh digunakan untuk memasuki : Replika Kapal Flor De La Mar, Muzium Samudera Fasa 2 & Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia. Aku masuk ke Replika Kapal Flor De La Mar sahaja. Emmm, rasa kurang berminat nak masuk ke baki 2 muzium yang ada disitu. Rasa macam sudah masuk je sebelum ini ( I think so ).

image

image

Syukurlah nak, dapat jugak aku menunaikan hajat menaiki kapal ini hihi. Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat masuk je ke dalam ini. Agak gelap sedikit suasananya. Emmm, sedih cz kamera SLR aku tak boleh pakai ( tertinggal card ). So, kualiti gambar yang diambil agak kureng sedikit. Sentap.

image

image

image

image

image

 

Nama pun muzium tentera laut. Jadi, pengisian dalam kapal ini lebih kepada tadbir urus laut semasa zaman kegemilangan melayu melaka. Lebih kurang belajar sejarah di sekolah menengah hihi.

image

image