BUFFET RAMADHAN DI HOTEL DOUBLETREE HILTON KUALA LUMPUR 2012

eyriqazz vs denaihatiAku rasa semua orang tahu di mana letaknya Hotel Doubletree by Hilton Kuala Lumpur ini 😛

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Kali ini aku nak suggest kan buffet ramadhan di Hotel Doubletree by Hilton ini.

Aku sendiri sebenarnya tak pernah makan ramadhan buffet di hotel ini. Tapi aku pernah makan buffet sebanyak 2 kali di hotel ini iaitu pada sekitar bulan 12 tahun lepas. Aku datang sini pun atas ticket sponsored / secara langsung dan tidak langsung as my birthday celebration. Nak nak time tu ada gerhana bulan. Sweet sangat OK hihi. Comel je

Kenapa aku memilih tempat ini?

  • Juadah yang disediakan memang memenuhi selera aku yang memang kuat makan nie 🙂
  • Pemandangan berlatar belakangkan KL. Mesti comel je dapat makan sambil tengok view KL di waktu malam
  • Ada banyak section dengan pelbagai jenis juadah. Nyum nyum
  • Layanan dan perkhidmatan yang diberikan memang terbaik.
  • Suasana hotel/restoran yang selesa
  • Ada sijil halal daripada JAKIM
That why aku harap ada lah rezeki lebih (terlebih) untuk aku pergi berbuka puasa di sini semasa bulan ramadhan nanti. Pengsan….
Berikut merupakan keterangan untuk Bazaar Ramadhan di Makan Kitchen Doubletree by Hilton KL untuk tahun 2012.
Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Harga Buffet di Bazaar Ramadhan

  • RM98++ per adult (first week and last three days)
  • RM108++ per adult (the rest of the days)
  • Half price for children 12 years and below

Appetizer Highlights

  • Aneka Kerabu – Kerabu Pucuk Paku, kerabu nangka muda bersama udang kering, kerabu tempe goreng dengan daun selom and many more.
  • Ulam Segar – Kacang botol, ulam raja, pucuk ubi, jantung pisang, terung bulat and more.

Live Bazaar Action Station Highlights

  • Roasted whole lamb served with tamarind dipping and spicy sweet soya sauce
  • Bubur Lambuk ayam dan daging
  • Sup kawah anika – thick broth with herbs and spices with a choice of beef ribs, oxtail, mutton or chicken.
  • Satay bakar
  • Ikan bakar daun pisang
  • Gerai mee ‘Apa Celup’

Malay Kitchen Highlights

  • Ayam percik panggang
  • Gulai daging kodiang
  • Kari udang mamak
  • Ikan patin masak tempoyak
  • Ketam masak lemak bernenas
  • Kuzi kambing
  • Gulai Ayam Kampung and many more

Indian specialities

  • Mamak style Kari Kepala Ikan
  • Murtabak Ayam
  • Roti Boom and Roti Canai
  • Butter Chicken
  • Chicken Briyani and many more

Chinese & Peranakan specialities

  • Chinese Dim Sum
  • Roast chicken, roast duck and BBQ char siew chicken
  • Tom Yam fried rice with BBQ chicken
  • Wok fried tiget prawns with butter and oat

Desserts

  • Kuih apam gula hangus, kuih badak berendam, kuih akok manis, kuih lopez, kuih cara manis and many more.

Untuk tempahan , please call 03-2172 7680 / 7272.

Sumber

CENDOL LEMAN DAWI

image

Aku baru sahaja pulang daripada Tiara Beach Resort atas urusan rasmi aku. Dalam perjalanan pergi tu, tetiba teringat akan kawan aku yang kata ada cendol sedap kat area Senawang / Seremban. Tu yang terus google dan finally, aku jumpalah Kedai Cendol Leman Dawi. Sebaik sahaja selesai tugasan, aku and the krew terus ke sini. Nak gak merasa apa yang sedap dan istimewanya cendol nie.

LOCATION : Jalan Sungai Gadot Seremban ( along the Seremban – Tamoin old trunk road just after Senawang )

image

image

image

Time kami datang tu, orang tak ramai sangat. Maybe cz waktu bekerja kot huhu. Lucky r cz aku dengar, tempat ni memang popular.

Aku disapa oleh pemilik kedai tatkala menanti giliran untuk membeli cendol.Pengsan….. Pak Leman rasanya kot tu. Cz beliau Tersangat ramah. Siap explain itu asal usul jata negara yang ada pada baju turun padang aku. Terkesima dan tak tahu nak cakap apa. Beliau cakap macam dalam nada sekali nafas sahaja. Pengsan…

Tersangat berpengetahuan.

Pak leman tak henti henti melayan para pengunjung yang datang ke kedainya. Sampai aku sendiri rasa malu sebenarnya hihi…. siap explain akan asal usul tempat kelahiran aku, my krew dan pengunjung yang lain. Terkesima lagi.Apapun mungkin inilah daya tarikan Cendol di kedai beliau. Sambil makan, sambil mendengar Pak Cik Google berbicara. Its good and unique

Selain daripada Pak Cik Leman sendiri, istimewanya tempat ini ialah banyak yang PERCUMA. Nak tambah cendol percuma, order air percuma, ais percuma ++++. Harga yang ditawarkan pun tersangatlah berpatutan.

image

image

image

Apa yang menariknya, Pak Cik Leman turut menunjukkan kepada kami bjku catatan yang aku rasa sebagai sumber rujukan utama beliau. Nampak gayanya, beliau memang suka membaca dan explore ilmu pengetahuan serta isu semasa. Satu contoh yang baik. Yang lucunya, beliau sempat lagi mengukur panjang batang rokok dengan menggunakan pembaris kululi. Terbukti memang betul …

image

RESORT WORLD GENTING

First World Hotel Genting

Resort World Genting merupakan taman tema / tempat berhibur pertama yang aku pergi. Setakat hari ini, aku dah pergi Resort World Genting sebanyak 3 kali sahaja iaitu pada tahun 2004,2010 dan 2009.

Gondola

Walaubagaimanapun, hanya sekali sahaja aku berkesempatan untuk bermalam di Resort World Genting ini iaitu di First World Hotel – tahun 2004. Itu pun selepas di push oleh kawan aku untuk merasa stay ala-ala oversea. Berangan sangat kan haha

Kenangan lalu

Berkira juga sebenarnya untuk menginap semalam disini cz harga bilik yang paling murah pada ketika itu ialah RM145 untuk semalam. Pengsan… Biasalah, student mana ada duit sangat. Kami pergi pun tak bagi tahu parents haha. Tapi, apakan daya, waktu itu kami memang pergi without booking room pun. Penggunaan internet pun taklah meluas sangat tatkala itu. But, its OK cz at least mahu juga merasa untuk tidur semalam disitu.

Teringin juga sebenarnya mahu merasai semula pengalaman bermalam di sana lagi. Secara kebetulan, pada bulan Julai dan Ogos 2012 ini, iHoliday Happy Deals sedang membuat promosi tempahan bilik di Resorts World Genting pada kadar dari hanya RM108 semalam. Manakala bagi bulan September 2012 pula, kadar bilik bermula dari hanya RM68 semalam untuk 2 orang. For more info, KLIK SINI

Indoor

Hebat bukan. So, daripada promosi ini aku rasa macam nak booking bilik pada bulan September – selepas raya. I wish orang taklah ramai sangat time tu. Cz malas nak beratur panjang sangat. Haha Tapi before tu, aku kene wait kawan aku balik outstation dulu. Pergi kene berteman. Lagi ramai lagi bagus

Nyum nyum…

 

 

PERTANDINGAN BOLING

image

Malam tadi, bertempat di Mines Bowling The Mines Seri Kembangan telah berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara Corporate Comm MOA dan juga Corporate Comm MOF. Perlawanan persahabatan ini dianjurkan oleh Agrobank dan disokong oleh Corporate Comm masing masing.

image

Perlawanan / pertandingan persahabatan ini disertai oleh staff corporate comm dibawah kementerian dan jabatan agensi yang berkaitan. Ramai juga r penyertaan dan lane yang ditempah. Kiranya, memang bagus r kalau aktiviti seperti ini dijalankan. Boleh saling mengenali each other dan bertukar pandangan. Katanya….

Continue reading PERTANDINGAN BOLING

FRIDAY NITE LIFE

image
Muka kesian

Aku bosan sebenarnya. Keje memang melambak, tapi tak da mood and soul nak buat hihi. Nak jalan jalan tapi rasa macam kesian lak aku tgk cici nie. Dok termenung je sorang sorang kat rumah. Mesti sunyi cz xda teman. Pengsan

Aku tak plan p mana mana pun weekend nie. Cz pada asalnya memang kene outstation, tapi oleh sebab ada urusan lain…nama aku dicicirkan. Gitew.. haha

Rasa macam nak pekena nasi kandar Pelita KLCC je malam ni. Tapi tak ada teman lah pulak. Nak gak makan durian huhu. Kondisi perut aku pun ala2 senak now. Tak tahu napa. Kenyang semacam je. Walhal semalam tak mkn nasi dan tadi pun juz makan nasi yang dikongsi bersama n laksa yg ciput tu. Adooiiiiiii, makan apa ek yang sedap?

image