HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Sekali lagi, Sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan telah diadakan di Putrajaya. Pada tahun ini, sambutan ini dipanggil Himpunan Jutaan Belia 2012. Pengsan

Aku sendiri tidak pasti apa objektif penganjuran sambutan hari belia ini + kenapa diadakan di Pusat Bandar Putajaya. Kenapa tak mahu diadakan di mana mana stadium atau kawasan lapang yang berhampiran. Kenapa mesti diadakan di sekitar bangunan bangunan pejabat pentadbiran. Sampai sekarang aku tak boleh catch-up.

Bukan apa, sesak nafas dengan 1001 perangai manusia + kenderaan lalu lalang + kenderaan yang dok parking sesuka hati. Adoiii.. Jem semata mata dek kerana perkara perkara remeh. Aku sendiri kurang pasti samaada pihak penganjur mengambil kira akan aspek ini atau tidak.

Apapun, belia zaman dulu lain. Belia zaman sekarang lain. Cara, tingkah laku dan agresifnya lain.

SUP URAT KETING BANGI

Aku bukanlah seorang penggemar makananan ekotik yang tegar. Dan aku pun tidak pasti samaada urat ketin ini boleh dikatogerikan sebagai makanan eksotik atau tidak 🙂

Lokasi : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Google Maps sahaja 🙂

Takdir tuhan..aku diketemukan dengan tempat makan ini tatkala aku join jalan jalan cari makan dengan geng geng debat Su. Aku pulak, bukanlah seorang yang memilih sangat dalam bab makan ini. Main bedal sahaja. Lagipun makan ramai ramai..kira meriahlah jugak suasananya. Ahhh cerita lama tahun lepas. Sweet memory

Continue reading SUP URAT KETING BANGI

ASAM PEDAS MAK BUSU CYBERJAYA

Asam pedas merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Cz pada asalnya aku memang biasa biasa sahaja dgn menu ini. Lagipun mak aku kat kampung pun selalu juga buat menu asam pedas ini. Tapi sejak kebelakangan ini, since berkawan dgn orang melaka.. Selera aku makin lekat pula dgn menu ini. Pelik pun pelik juga.

Nak dijadikan cerita, kami terjumpa sebuah kedai yang kononnya turut menghidangkan asam pedas. Pengsan. Kedai Asam Pedas Mak Busu ini terletak di Cyberjaya iaitu berhadapan dengan Restauran Mat Ayam Kampung. Itu pun secara kebetulan kami pergi tapi Restauran Mat Ayam Kampung ini tutup. Jadi kami pun mencuba kedai ini pula.

Untuk percubaa kali pertama, kami order daging, ikan kembung dan ikan jenahak. PEDAS OK! Apapun aku yang memang suka makan pedas dan tahan pedas ini pun rasa tercungap cungap nak habiskan menda alah ini. Pengsan…tak terkata dan buat aku garu kepala sana sini. Pengsan lagi

Apa yang pasti masakan asam pedas di kedai ini memang pedas. Tapi pada masa yang sama aku prefer asam pedas yang berisi ikan. Aku rasa daging yang di order tu macam kenyal dan liat sedikit. Tak sesuai kot.

Bau belacannya pun kuat. Harus cuci bersih2 selepas makan. Baunya kuat.

Dari aspek yang lainnya pula.. Aku rasa kedai ini perlu buat beberapa pembaharuan mengenai kepelbagaian menu yang ada. OK tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.

Contohnya, aku suka akan konsep asam pedas kampung pandan. Pelanggan boleh memilih jenis ikan yang mahu dimakan secara fresh. Kemudian, boleh menambah jenis ulam ulaman atau sambal belacan atau telur dadar atau sayur kailan atau kangkung. Masak secara terbuka. Bagi aku, itu menimbulkan kepuasan yang berlainan kepada pelanggan.

Berbeza dgn konsep ayam kampung yang bagi aku menu menu yang ada sangat menggamit selera pelanggan…termasuk aku.

Tiada kepelbagaian. Jadi, secara puratanya, aku hanya akan singgah makan di kedai ini lagi mungkin selepas tiada lagi pilihan lain. Last choice

PAMERAN IKAN DISCUS ANTARABANGSA KE 6

Tadi aku berkesempatan untuk pergi ke majlis Pembukaan / Perasmian Pameran Ikan Discuss Antarabangsa kali ke 6 di Kenangan Wholesales, Kuala Lumpur oleh YB Menteri berkaitan.

Walaupun hari baru lepas hujan, lucky semasa aku pergi tadi.. Jalan tak lah jem sangat. Kira OK je. Sedikit teruja juga nak pergi sini cz khabarnya Kenanga Wholesales ini popular dikalangan makcik2 untuk memborong segala macam pakaian. Apapun, ada aku kisah?

Continue reading PAMERAN IKAN DISCUS ANTARABANGSA KE 6

AUSTIN STEAKHOUSE BANGI

Dalam suasana tegang, pilu dan lara (konon), semalam secara tiba tiba hati aku tergerak untuk makan di luar. Oh, makan steak di Bangi pun Ok gak. Pada masa yang sama, aku try search D’One Steakhouse Bandar Baru Bangi yang pernah masuk JJCM. Hairan, aku tengok banyak review negative mengenai restauran ini. Sedangkan dalam JJCM tempat ini nampak mcm best je. Mungkin management sedikit lemah kot… Sedih

Continue reading AUSTIN STEAKHOUSE BANGI