Makan Laksa Sedap di Perlis

Dimana nak makan laksa yang sedap di Perlis? Aku cubalah google, hasilnya aku dapat Restoran Kak Su Laksa Beras Asli & Segar, Kuala Perlis, Perlis.

https://www.instagram.com/p/BSS6YDnDbou/

Terus ikut direction pada Google Maps. Dekat je jaraknya sekitar 9KM dari Hotel Seri Malaysia Kangar. Naik kereta sekitar 11 minit je. 

Orang pun tak ramai sangat time aku datang. Parking pun senang. Jadi ON je lah kan.

Bagi aku, makan kat mana-mana area Kedah dan Perlis ni sedap. Next time boleh lah menyinggah makan kat mana-mana.

Dapat juga merasa pulut panggang. Ya Tuhan, memang lembut dan sedap rasanya. Kita tengok je sedap kan. Apatah lagi time masuk mulut. Isinya banyak. Penuh berlemak.

Tidak pasti pula harga makanan kat sini. Sebab aku main bayar je. Tapi kalau nak ikutkan info daripada blog lain, harga laksa ialah RM3.20 (saiz biasa) dan RM4 (saiz besar). Manakala harga untuk pulut panggang pula ialah RM0.40 setiap satu. 

Alamat: Kak Su Laksa Beras Asli & Segar, 97 Jalan Siakap 1, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

Waktu Operasi: 10 pagi – 7 ptg (dibuka setiap hari. Tutup hari selasa).

Pertama Kali Di Hotel Seri Malaysia Kangar

Inilah pengalaman pertama kali aku menginap di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis. Datang sini pun sebab urusan rasmi. Singgah sehari je pun. Kedah dan Perlis memang dekat dihati aku sebab makanannya sedap-sedap belaka.

Bulan lepas, ada juga datang sini sebab urusan rasmi. Tapi time tu aku menginap di Hotel Putra Regency, Kangar Perlis. Kali ini sebab hotel kat situ dah penuh, jadi kami menginap je disini.

Not bad juga Hotel Seri Malaysia Kangar nie. Kelihatannya seakan hotel baru. Jadi serba serbi selesa. Perkhidmatan pun nampak okay je. Tenang sebab tak crowded dengan manusia sangat. Parking pun senang. 

Bilik hotel pun okay dan selesa. Sangat berpuas hati. Masuk je bilik, penghawa dingin dah dipasang. Kemas dan tersusun rapi. Paling penting, ada streka baju hihi.

Toilet pun bagi aku okay sangat. Air mengalir dengan laju. Sedap mandi kalau pili airnya deras mengalir. Selesa.

Terasa tenang je outstation seperti ini. Sederhana tapi jiwa tenang