Makan Lewat Malam di Parit Buntar

Alhamdulillah, sampai dengan selamat dan tepat pada masanya di Parit Buntar via KTM ETS. Agak banyak juga station yang dilalui sepanjang perjalanan antara Kuala Lumpur dan Parit Buntar ini. Destinasi akhir adalah Butterworth Pulau Pinang.

Ingatkan adalah tempat makan di sekitar Parit Buntar ini. Tutup belaka haha. Duduk Kuala Lumpur, tetiba datang ke bandar lain. Agak culture shock sedikit untuk aku. Suasananya lain. Namun terasa aman damai sebab kawasan pusat pengajian. Aku pula memang nak ke USM Kampus Kejuruteraan.

Asalnya nak makan KFC je. Tapi, tetiba ada nampak kedai makan berhampiran dengan Station Bus Parit Buntar. Aku apalahi, memang tak fikir panjang lah ek. Nasi tetap dihati. Terus order Set 1 – Ikan siakap tiga rasa, tomyam merah, kailan belacan. Harganya adalah RM30. Bagi aku Okay je. Tapi kawan aku kata, kecil sangat kuantiti hidangannya haha.

Alhamdulillah kenyang. Sebab lapar yang amat. Aku bedal sampai licin. Tengok loghat, gaya macam pemiliknya adalah daripada Kelantan.

Aku tak tahu, tapi teh o limau suam ini sangat sedap. Hurmmm, seakan sudah ketagih minuman berasaskan limau je sekarang ini. Sabar je lah.

Naik KTM ETS dari Kuala Lumpur ke Parit Buntar

Alhamdulillah, tuhan permudahkan hajat aku untuk jalan-jalan ke Pulau Pinang. Tak sangka, masih ada kenalan lagi yang duduk di Pulau Pinang. Sekampung, kawan sekolah dan rakan baik pulak tu hahaha. Subhannallah…. tak sangka.

Ini adalah pengalaman menaiki KTM ETS kali kedua untuk aku. Kali pertama adalah beberapa tahun lepas untuk ke Butterworth. Kali ini menuju Parit Buntar je. Insyaallah waktu perjalanan yang diambil adalah sekitar 3 jam 51 minit sahaja katanya.

Secara tak sengaja, aku punya seat adalah menghadap kaunter menjual makanan. Harap nafsu aku terkawal sebab sampai je di Pulau Pinang nanti, aku nak makan nasi kandar / nasi briyani ahaks. Moga sedap rasanya.

Harga tiket aku adalah RM55 untuk gold. Kalau Platinum, harganya sekitar RM70 lebih. Tak ingat berapa. Aku ingatkan, tak ramai orang naik. Lambat beli sedikit je lagi, memang sah aku tak dapat beli. Kalau dapat pun, kedudukqn seat tak cantik. Perjalanan adalah ke utara. Jadi, kalau boleh nak seat yang menghadap ke utara juga. Alhamdulillah dapat.

Ramai penumpang dikkk. Ingatkan, perjalanan waktu malam tak ramai sangat orang. Tetap ramai yerrr haha.

Senarai Tempat Menarik di Penang

tempat menarik di penang
Tempat Bersejarah di Penang

  • Padang Kota Lama (Forst Cornwallis) – Tempat bersejarah di Pulau Pinang yang terletak di Padang Kota Lama dan sangat terkenal kerana ianya merupakan tempat pendaratan Sir Francis Light pada 1876. Masih ada beberapa peninggalan sejarah di sini seperti van tentera, bilik simpanan serbuk senjata api dan rumah api. tempat menarik di penang
  • Rumah P Ramlee – Rumah kelahiran P Ramlee menempatkan pelbagai informasi bersejarah tentang seniman agong negara sejak dari kecil sehinggalah ketika era penglibatan di dalam dunia seni.
  • Muzium Pinang Peranakan – Sebuah rumah agam yang dimuziumkan menjadi tempat simpanan koleksi barangan, perabut, barang kemas, hiasan dalaman dan pelbagai bahan informasi tentang budaya Peranakan Penang.
  • Muzium Perang – Pada tahun 1930 ianya merupakan sebuah kem tentera British untuk menyimpan tentera dan pelbagai senjata. Di sini juga terdapat penjara untuk musuh serta dengan bilik penyeksaan.
  • Muzium Kamera – Muzium yang menempatkan koleksi kamera dan perkakasan photografi dari dulu sampailah sekarang. Terletak di Jalan Muntri dan sesuai untuk dilawati untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah perubahan zaman dunia kamera serta photografi.
  • Penang Time Tunnel – Secara umumnya muzium ini terbahagi kepada 2 zon. Zon pertama menempatkan tentang sejarah perjalanan negeri Pulau Pinang khasnya dari zaman sebelum penjajahan sehinggalah ke zaman penjajahan dan sekarang. Zon kedua lebih kepada tarikan hiburan yang menempatkan beberapa lukisan mural 3D yang menarik untuk diambil gambar.
  • Rumah Agam Cheong Fatt Tze – Rumah agam berwarna biru yang berwarna biru indigo dan mempunyai kesenian senibina budaya cina lama yang cukup mengagumkan. Rumah agam berseni ini mempunyai 38 buah bilik, 5 laman berlantai granit, 7 buah tangga dan 220 tingkap.

Continue reading Senarai Tempat Menarik di Penang

RESTORAN PAN MUTIARA

20150501_152027

Setiapa kali datang ke Pulau Pinang, memang wajib datang makan kari kepala ikan di Restoran Pan Mutiara @ Batu Maung Pulau Pinang. Makan semeja 10 orang dan makan satu set kari kepala ini. Average harga kari kepala ikan ini ialah RM150.

20150501_152406

 

Aku boleh dikatakan seorang pencinta kari. Tapi oleh kerana kari ini boleh buat ‘panas’, jadi aku sedikit demi sedikit kurangkan pengambilannya huhu. Engkau buat apa sahaja, makan dengan kari memang sedap.

Aku harap, satu hari nanti aku akan berjaya tanam pokok kari dibelakang rumah aku huhu.

Oh ya, atas Restoran Pan Mutiara ini nanti diorang akan buat hotel. Nampak moden dan menarik je rekabentuk hotel ini. Siapa tahu satu hari nanti boleh merasa duduk di hotel baru. Wow… memang syok kalau pergi Pulau Pinang sebab 1001 makanan ada disini huhu.