PETA ZOO NEGARA

Benda paling penting sekali sebelum jalan-jalan keliling Zoo Negara ialah PETA. Boleh dibeli di kaunter pintu masuk @ RM1 sahaja. Membeli sambil menderma katanya u ollz huhu.

Emmm, Kekadang aku rasa macam kedudukan / susun atur haiwan yang ada kat sini macam agak ‘kureng’ sedikit. Masih banyak yang boleh diperbaiki lagi kot. Kenapa diorang tidak buat secara berkelompok / by section? Plus, mungkin diorang boleh letak sudut pembelajaran mengenai haiwan yang ada. Seakan terlalu sedikit penerangan yang disediakan. Too simple.

Sekadar cadangan daripada orang luar seperti aku. Kata nak world class zoo.

Aiiii, ini yang buat aku lebih bersemangat untuk kumpul duit pergi jalan-jalan di Singapura hihi. Mahu pergi masuk ke dalam Zoo Singapura pula. Katanya very the World Class Zoo

BAYARAN MASUK KE ZOO NEGARA

Salah satu tempat yang rasanya, orang tidak boleh persoalkan jumlah bayaran kemasukan ialah ZOO. Ini tempat bela haiwan liar / terancam. So, apa salahnya bayar lebih. At the end, wang yang dibayar itu pun akan ‘kembali’ kepada haiwan yang dipelihara di dalamnya. Gitew katanya.

Kadar bayaran masuk ke dalam Zoo Negara ialah RM30 (dewasa), RM10 (Kanak-kanak) dan RM15 (orang tua yang berusia 65 tahun keatas). Kadar ini berbeza kepada warga asing. So, kalau nak datang sini + beli tiket, jangan lupa bawa myKad. Karang tak pasal-pasal terpaksa bayar lebih pula hahaha.

Im just wonder untuk bayaran ‘Video Kamera’ yang tercatat disitu. Apa maksud Video Camera bagi mereka? Walhal, zaman sekarang smartphone / camera biasa pun dah boleh buat video. Emmmm, video kamera yang besar gedabak itu kot.

BERAPA BAYARAN PARKING DI ZOO NEGARA?

Sewaktu pertama kali aku datang ke Zoo Negara ini, aku park kereta di tepi zoo negara (tepi lorong berhampiran pintu masuk no 2 ). Kali kedua ini, termasuk ke jalan menuju ke kawasan parking berbayar la pula hahaha. Tak sengaja diikkk.

Bayaran yang dikenakan ialah RM5.50 bagi 3 jam pertama dan RM1.00 bagi jam berikutnya. Bagi aku, agak murah bayaran yang dikenakan. Lagipun kita masuk zoo yang sememangnya memerlukan banyak dana untuk memelihara tempat / haiwan yang ada di dalamnya. So, tak payah berkira sangat diikkk.

Bayaran parking yang dikenakan keatas aku ialah RM5.50 je hahaha. Imprezzz dan teruja cz aku berjaya menghabiskan kurang dari 3 jam untuk meronda-ronda di Zoo Negara pada hari itu ahaks. Pandai diorang kira purata masa :)))

Kiranya, purata masa orang melawat zoo negara ialah 3 jam.

MELAWAT ZOO NEGARA UNTUK KALI KEDUA

Aku menggunakan peluang cuti umum yang lepas dengan melawat Zoo Negara :)) Niat pada bulan lepas, akhirnya dapat aku tunaikan pada minngu lepas ahaks. Syukur dan teruja yang amat. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kali pertama ialah pada 2 tahun yang lepas.

Secara keseluruhannya tidak banyak perbezaan ketara yang aku perasan sepanjang lawatan aku ini. Emmm, aku melawat ini pun sekadar suka-suka dan mahu melihat alam semulajadi. Lagipun, aku memang suka melihat flora dan fauna. Insyaallah, jika diberi peluang, masa dan rezeki aku memang mahu bercuti di Taman Negara / Tasik Kenyir huhu.

Sambil melawat, sempat lagi baca sejarah awal penubuhan Zoo Negara ini. Saja nak tambah pengetahuan am. Gitew katanya.

Aku akan buat entry berasingan mengenai pengalaman melawat Zoo Negara ini disini. Buat entry secara berasingan adalah kegemaran aku. Senang nak mengarang + masa mencemburui katanya huhu.