MASALAH RAHANG PADA KUCING

image

Anak kucing aku yang bernama Mia ini kelihatannya memang mempunyai masalah rahang. Sokmo terkehel dan tak boleh nak katup mulutnya. Ini kes kali kedua. Kali ini terjadi tanpa sebab yang dapat dipastikan. Tapi kali ini punya kes tak berapa nak teruk macam sebelum ini.

Melayang jugaklah RM300 lebih aku untuk kos klinik. Tak tahu doktor buat apa pada rahang dia. Ala-ala tulang terkehel lah kot kan. Katanya teruk jugak tangan Doktor kene cakar oleh Mia.

Sabar je lah.

Emm, sebelum ini aku cemas juga. Tapi kali ini aku relax je sebab sudah ada pengalaman. Lagipun Mia yang nakal dan banyak cekadak sangat. Kasi ajar untuk hidup lebih harmoni bersama anak anak kucing lain. Ratu sangat….

BELI CAT TREE BARU

wpid-wp-1433303420600.jpeg

Imprezz sebab harga cat tree ini hanya RM100 sahaja. beli di Dewi PetShop Kajang-Bangi @ Jalan Reko. Kesian anak-anak kucing sebab tiada pencakar khusus untuk mereka. Pencakar saiz mini dipakai oleh anak-anak kucing di bilik. Jadi, kucing yang sudah dewasa tiada pencakar. Diorang cakar je sofa yang murah nak mampus itew hihi.

Agak susah nak cati pencakar / cat tree yang simple tanpa baldu. Hairan kau, kenapa pembuat cat tree tetap nak letak kain baldu? Habis bulu melekat sana sini. Sangat hairan.

BELANJA SAKAN DI DEWI PETSHOP JALAN REKO

image

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga aku untuk berbelanja / membeli barangan keperluan kucing di Dewi Petshop Cawangan Kajang Bangi @ Jalan Reko. Antara pembeli pertama gamaknya huhu. Habis borong 20 kg Royal Canin + 20 L pasir kucing + 10 kotak susu 250ml + 10 tin makanan dalam tin. Total perbelanjaan adalah lebih kurang RM700

image

Nampak mahal tapi sangat berbaloi dan jauh lebih murah berbanding tempat lain. Disinilah kedai menjual barangan keperluan kucing termurah dipasaran. Jimat dan sangat win-win situation.

Sangat sesuai untuk dikunjungi oleh mana-mana breeder seangkatan ahaks.

image
image
image