SUP AYAM UNTUK ANAK KUCING

image

Alhamdulillah, sejak sekian lama selama berbulan, akhirnya aku dapat bagi makan anak-anak kucing aku sup ayam juga. Sangat menyentuh perasaan tatkala melihat mereka makan hasil air tangan aku ahaks. 4 Ekor anak kucing dewasa dan 7 ekor anak kucing (kittens).

image

Diorang sangat suka makan / hirup sup ayam kosong ini. Lepas kenyang, terus lupa daratan tak nak dekat + berlari sana sini + lepak tidur + lepak menjilat bulu. Agak-agak ada yang pelahap tu, sejam makan tanpa henti. Memang seronok betul diorang menikmati sup ayam.

Sangat beza ekspresi mereka terharap sup ayam berbanding makanan dalam tin. Nampak gaya mereka lebih gemar fresh food macam tuannya juga.

image

KEDAI JUAL KEPERLUAN KUCING KEGEMARAN

image

Dewi Pet Shop – Satu-satunya kedai yang menjual brangan keperluan kucing kegemaran aku. Sebab apa? Sudah semestinya murah huhu. Aku tak ingat sangat berapa harga items yang aku beli, tapi memang dapat jimat banyak ringgit lah kalau berbelanja disini. Aku pulak kalau berbelanja memang tak ingat dunia. Sokmo mencecah RM400 keatas. Paling sedikit pun RM300 macam itu.

Kami merupakan antara pelanggan awal Dewi Pet Shop ini. Dahulunya cuma buka kedai secara kecil kecilan sahaja. Tapi siapa tahu, rezeki jual murah kan, dapat buka cawangan ketiga sekarang ini. Untung kot.

Aku memang kenal ramai owner kedai menjual barangan keperluan haiwan peliharaan. Tapi aku terpaksa setia pada yang satu ini sahaja sebab murah. Lagipun aku pelihara banyak ekor dikk. Jadi, kedai yang paling murah itulah yang akan tetap aku pergi.

Cawangan ketiga ini diorang buka di Bangi-Kajang, Jalan Reko Bangi. Haiyoooo sangat gembira sebab sudah dekat sangat dengan rumah ahaks. Waktu operasi untuk cawangan Bangi-Kajang pula pukul 11 pagi hingga 11 malam. Memang sesuai sangat dengan masa kerja aku. Alhamdulillah, rezeki Hiroki ahaks.