MENGAWAN SECARA BERGILIR GILIR

image

Aiiii, secara bergilir gilir, anak anak kucing betina kat rumah start nak mengawan dah nie. Cepat pulak tahun ini. Tak boleh nak control coz diorang nak mengawan dalam jarak masa selang beberapa hari sahaja. Hari ini Mia, esoknya Orange J dan lusanya Bubble.

Pada masa yang sama, Hiroki pula tak menahan nak mengawan. Nampak betina terjongket jongket bontotnya, dia apalagi…memang tak menyabarlah kan.

Kalau tak dibagi dekat, dia mengamuk nak nak nak jugak. Sentap dengan Jantan seekor nie.

TUKAR DOKTOR VETERINAR

image

Terpaksa berpindah klinik / doktor untuk anak anak kucing aku huhu. Nak buat macam mana abe, pindah rumah. Kene cari klinik yang berhampiran dengan rumah huhu.

image

Lagipun aku kenal dengan Dr Nazihah pemilik Jhan Pet Shop @ Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ini. Even kalau ada apa apa masalah pun aku akan rujuk dia.

Sedih coz selama ini pergi ke Klinik Dr Zul di Taman Equine. Service dia pun super hebat. Tapi nak buat macam mana kan. Aku pindah rumah. Jadi terpaksa cari yang terhampir dengan rumah.

So far OK. Memang aku suka klinik veterinar yang ada jual produk haiwan peliharaan sekali. Senang nak berurusan terus. Lagipun, soon aku pun nak jual produk produk haiwan peliharaan secara online juga huhu. Doakan rancangan aku berjaya.

SUP AYAM UNTUK KUCING

image

Huh, lama giler tak masakkan sup ayam untuk anak anak kucing aku. Maaflah, agak busy sokmo. Masih pening dan sibuk memikirkan rumah baru. Nak urus itu ini katanya. Bilik anak anak kucing pun tak perfect lagi. Sabar je lah.

Sup ayam ini kegemaran Cici. Ohh, rindunya aku kat dia. Entah apa khabar dia sekarang. Terpaksa hantar balik kampung. Dia tidak biasa dengan suasana berkumpulan.

RAHANG MIA TIDAK BOLEH TUTUP

image

Pada hari ahad lepas, anak kucing aku Si Mia dan Orange J bergaduh berebut anak. Hasilnya? Mulut aka rahang Mia tidak boleh tertutup. Menganga sepanjang masa. So dia tidak boleh makan / minum atau mengiau macam biasa.

Oleh kerana waktu kejadian adalah si malam hari, maknanya memang tidak ada satu pun klinik yang buka pada ketika itu. Pasrah je lah kan. Kene hantar ke Klinik Haiwan yang paling cepat buka. Google punya google, dapat info Hospital Veterinar Serdang @ UPM buka seawal pukul 8 pagi.

Gigih aku datang awal semata-mata nak dapatkan angka giliran paling awal.  Lagipun aku sudah pindah Kajang. Memang nak elak kesesakan lalu lintas. Pada masa yang sama, keadaan Mia pada ketika itu memang sangat menyeksakan. Dia lapar dan haus yang amat sangat. Pada masa sama, mata hidung dan mulut dia sudah mula berair. Kalau lambat, memang susah lah kan.

Angka giliran aku ialah 1003. Lebih kurang pukul 8.30 pagi macam itu aku dipanggil masuk untuk check Mia. Sentap dan risau yang amat coz orang yang check Mia itu tiada kepakaran untuk buat something yang boleh selamatkan Mia. Bukan doktor agaknya.

Katanya doktor yang boleh buat major surgery ini pun bercuti. Sudah tu? Doktor mana yang bekerja pada hari itu? Sentap tak? Ingat nak tunggu doktor tu masuk kerja esok je. Tapi dia sendiri tak pasti samaada boleh atau tidak. Macam mana tu?

Dia bagi solution dengan cara contact mana mana hospital atau klinik yang boleh buat surgery. Kalau buat di situ kosnya ialah RM1000 lebih. Dia suggest satu klinik di Taman Megah dengan kos lebih kurang RM1500 hingga RM2000. Itu pun hanya dapat bedah pada keesokan harinya.

Dia pun ada suggest hospital / klinik yang terletak di Jalan Tun Razak. Kosnya pula boleh jadi menghampiri RM3000 keatas. Meraung nak mencari duit untuk selamatkan Mia. Pembedahan yang kompleks dan susah katanya. Pengsan.

Aku memang tidak puas hati dengan perkhidmatan di Hospital Veterinar Serdang ini. Lambat yang amat. Semuanya serba serbi lambat. Urusannya cepat tapi nak menunggunya lambat. Sabar je lah.

Pada masa yang sama aku hubungi bos bos Jabatan Veterinar Malaysia yang aku kenali. Ada yang bagi solution buat pembedahan di Klinik Veterinar Cheras. Tapi doktor yang di cadangkan tidak angkat telefon.

Doktor veterinar yang memang merawat anak anak kucing aku pun bercuti di luar negara sekarang ini. Dia bagi cadangan untuk hantar ke Hospital Veterinar Gasing di Petaling Jaya. OK aku follow. Google punya google nampak macam super mahal juga. Pengsan.

Ada juga kenalan contact rakan doktor dia yang lain. Dia suggest Klinik di Sungai Buloh. Nampak macam jauh. Tapi 30 minit je jarak masa perjalanan. OK aku pergi cuba disini. Ikut kata hati.

image

Sepanjang perjalanan uruskan Mia ini, banyak kali aku hampir kemalangan. Menggagau jugaklah mencari tempat. Nasib baik naik Viva. Kalau naik Vios memang susah nak handle.

Aku ikut je apa google maps bawa aku. Time tak dapat signal tu aku pasrah je lah. Biar tuhan uruskan. Aku memang berserah je time tu. Nothing i can do selain daripada berserah pada Allah je pada ketika itu. Sudah usaha bersungguh sungguh dah. Niat aku memang hanya untuk Mia sahaja.

Syukur akhirnya aku dapat sampai ke Klinik tanpa sesat walau seinci sekalipun. Memang dibawah lindungan tuhan. Sujud syukur.

Check punya check, doktor bagi pengesahan Mia akan dibedah. Nasib baik hospital veterinar serdang itu sudah buat xray pada Mia. Jadi prosesnya pun berjalan lancar.

Dia bagitahu, anggaran kos untuk pembedahan Mia lebih kurang RM300 macam itu termasuk boarding. Bapak murah jika dibandingkan dengan tempat lain yang diorang cadangkan. Syukur lagi. Aku terus bagi deposit RM500 kpd klinik itu. Kalau lebih, diorang akan kembalikan bakinya.

Isnin hantar kemudian Rabu ambil. Itu janji kami.

Pada hari selasanya Doktor yang merawat Mia contact aku. Katanya diorang tak buat apa apa pembedahan pun pada Mia. Katanya mulut dia kembali pulih sendiri. Tak tahu macam mana terjadi. Alhamdulillah sangat lah kan. Selamat duit aku hihi.

Satu perjalanan untuk menyelamatkan Mia yang penuh dengan tragedi betul.

KUCING BERANAK UNTUK KALI KEDUA

image

Setiap kali pulang ke rumah, anak anak kucing aku akan menyambut aku depan pintu – 4 ekor kesemuanya. Tapi semalam aku hanya disambut oleh 3 ekor je. Anak kucing yang paling cerewet, manja dan hangguk tak menyambut aku (Mia namanya). Hairan.

Buka je lampu rumah (aku selalu pulang malam), dia dok berdengkur menyusukan anak dalam kotak! Hahahahaha. Kelakar lah Mia nie.

Yes, i knew dia bunting untuk kali kedua. Tapi aku tidak mengharap sangat dengan dia ini cz ikut pengalaman dahulu, dia tidak pandai jaga anak. Ermmm, tidak pandai atau tidak tahan sakit atau tidak ada pengalaman lagi.

image

Beranak untuk kali kedua ini dia terus pandai menyusukan anak dan alhamdulillah, nampak semua anaknya hidup – 3 ekor kesemuanya.

Nampak gaya, kene gigih siapkan kerja awal + balik awal + beli susu kucing. Ermm, makanan basah ada lagi dalam simpanan. Syukurlah anak-anak semua. Kucing beranak ini tandanya rezeki murah. Gitewww.

image

Aku menjangkakan Mia akan banyak mengubah tempat untuk anak-anaknya melepak. Ohhhhh Mia ini anak kucing yang degil yang amat. Tak dengar cakap langsung. Entah kat tempat pelik-pelik dipilihnya. Sabar je lah.