ANAK KUCING BUNTING LAGI

image

Anak-anak kucing aku bunting lagi – Mia dan Orange J ahaks. Seperti biasa, bab bunting je mesti diorang akan terlebih manja yang amat. Pastu lebih kerap menjilat bulu + bulu makin lebat dan lembut + kuat makan.

Siap sedia sahaja lah dalam 2 bulan lebih ini kan. Insyaallah awal bulan 12 nanti aku akan jadi mak bidan kucing lagi hahahaha.

Memang sesuai sangat dengan cuti panjang kan. Insyaallah awal bulan February 2015 nanti sudah boleh harvest.  Pengsan 10 kali. Kali ini nak kene jual cepat – cepat dan akan hantar grooming mak dan anak kucing itu di kedah Dr Nazihah di Bangi. Biar doktor yang uruskan. If let say sudah pindah ke Kajang, aku akan tukar sekali ke klinik dia jugak. Senang hidup aku nanti huhu.

CODOS PET DRYER

image

Alhamdulillah sangat, selepas beberapa siri drama dan propaganda yang hebat, akhirnya sampai juga Codos Pet Dryer ini. Harga pasaran katanya RM650.  Tapi anak-anak kucing aku dapat pada harga RM550 (penghantaran percuma).

image

Beli daripada NSS Petshop Enterprise @ Sungai Besar Selangor.  Meriah bukan? Rasanya inilah harga paling murah via online yang ditawarkan.

image

Sebenarnya ada beberapa pilihan untuk Pet Dryer ini. Tapi usha punya usha, akhirnya pilih yang ini juga. Alah membeli menang memakai. Nampak gaya macam produk gabungan Korea + Jepun + China. So, kita OK lah tu kan.

image

Agak besar jugak saiznya. Not sure lagi macam manalah rupanya time men dry bulu-bulu kucing.  Mesti kuat angin + panas hihi.

image

Plan nak guna esok pagi untuk mandikan anak Mia. Tapi soket yang Codos guna ini bukan jenis Malaysia punya. Ini mesti jenis soket dari negara pengeluar. Satu kerja lagi untuk mencari palam pencucuh yang berkenaan 😯😯.