PENGORBANAN MAK KUCING

image

Besar dan bagus sungguh pengorbanan Orange J dalam membesarkan 5 ekor anak anaknya. Usia anak anak dia dah menjangkau 2 bulan lebih. Tapi tengok gaya macam tak nampak hint untuk berhenti minum susu ibu.

Badan mak diorang dah kurus keding dah. Tapi still lagi bagi susu kat anak anak yang dah besar ganas. Pelik aku dengan Orange J ini.

Beza pulak dengan anak Mia. Kalau tak silap, dah berminggu dia tak minum susu ibu. Haaaaa, kes tu pulak cz Mia Hangguk tu tak suka bagi anaknya susu (kene paksa dulu baru bagi).

BELI EQUILIBRIO 25 KG

image

Untuk kali keduanya, kami beli 25kg lagi Equilibrio for adult.  Makanan kucing ini semakin popular dikalangan breeders kucing macam aku. Takkan nak guna Royal Canin untuk membela 11 ekor anak kucing hahaha.

Kalau tak silap aku, 25kg yang aku beli sebelum ini tahan sampai 6 bulan rasanya. So memang jimat habislah kan dengan harga RM325 – RM350.

SI COMOT BUBBLE

image

Yes…Bubble Rina Natasya semakin sihat cantik jelita dan gemuk. Berkesan juga lah supplement yang doktor bagi untuk dia. RM15 sebotol hahaha.

Cuma masalahnya aku je yang tak consistent bagi kat diorang. Bagi time ada masa dan terlebih rajin je. Pengsan.

TIDUR BERSAMA ANAK KUCING

image

Aku tak tidur dibilik sekarang ini. Lebih selesa dan sempoi dok tidur di ruang tamu bersama anak anak kucing yang sedang membesar ini. Sweet bukan?

Gigih tidur atas permaidani, semata-mata nak memanjakan anak kucing. Kesian kat diorang, aku jarang luangkan masa lapang dengan mereka. So, time tidur lah aku teman diorang.

image

Lagipun, aku senang nak bangun pagi kalau tidur atas lantai (permaidani) sahaja. Diorang plak dok tidur sekali dengan aku. Berselerak diorang tidur.

So, at least diorang tak terasa ditinggalkan sangat.

HANTAR ORANGE J KE KLINIK

image

Risau tengok keadaan fizikal orange j yang semakin susut. Berat badan terkini dia hanya 2.5kg sahaja. Cant imagine macam mana tabahnya dia membesarkan 5 ekor anak yang menyusu badan.

Makanan untuk dia memang sentiasa terhidang di mangkuk. Tapi tu lah, kekadang mesti dia pun bosan gak asyik makan benda yang sama je setiap hari. Aku selang selikan dengan makanan basah.

image

Doktor bagi injik ubat hama untuk dia. Pada masa yang sama, bagi dia ubat fungus dan multi vitamin. Bagi dia lebih berselera untuk makan dan makan dan makan lagi.

Next 2 minggu kene bawa dia ke klinik semula untuk rawatan susulan – injik ubat hama untuk kali kedua pula.

Aku dok risau kalau fungus pada badan anak anak diorang tak baik lagi. Yelah kan, effect daripada badan mak dia yang berfungus tu kan.

Anak Mia aku tak kisah sangat cz Mia memang malas bagi anaknya susu + dia bukan ibu yang baik. Hahahahaha….

Semoga baik-baik sahaja semuanya.