Salah Faham Masyarakat Terhadap Kucing

1. Kucing Ada Sembilan Nyawa

Kita percaya kucing mempunyai sembilan nyawa. Namun, sebenarnya apabila kucing jatuh dari tempat tinggi, sistem keseimbangan kucing membolehkannya mendapat dengan menggunakan kaki.

2.Kucing Yang Dibela Di Rumah Tidak Perlu Di Vaksin

Kebanyakan jangkitan penyakit bawaan bakteria, virus, fungus dan yang seangkatan dengannya adalah berpunca daripada persekitaran tempat tinggal. Kebarangkalian kucing yang tinggal di rumah untuk saling berjangkit juga tinggi jika terdapat lebih daripada seekor kucing yang tinggal bersama. Jadi, vaksin adalah cara selamat untuk mencegah sebarang kemungkinan mendatang

3.Wanita Mengandung Tidak Boleh Pegang Kucing

Boleh je, asalkan tidak bersentuhan dengan najis kucing yang mengandungi sejenis parasit bernama Toxoplasma Gondii. Ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Selagi berhati-hati dan menjaga kebersihan selepas mencuci pasir kucing akan mengurangkan risiko ini. Namun, untuk memudahkan urusan ada eloknya mengelak dari melakukan aktiviti berkaitan. Ataupun, hantar je kucing kita untuk dibela sementara oleh kenalan atau keluarga terdekat.

4.Kucing Perlu Minum Susu Setiap Hari

Kalau nak beri minum pun, beri je kepada anak kucing dan bukannya kucing dewasa. Sekiranya anak kucing tidak muntah atau cirit birit, bermakna susu itu sesuai untuknya. Kebanyakan kucing dewasa memberi tindak balas negatif terhadap laktosa yang terdapat pada susu. Namun, banyak je produk di pasaran sekarang ini yang tidak mengandungi laktosa. Kebanyakannya dihasilkan daripada susu kambing.

Kenapa Kucing Kerap Kencing?

Tindak tanduk yang mencurigakan oleh Xavier sekarang nie. Dia agak kerap kencing. Sampaikan satu peringkat, kelihatan tidak dapat menahan kencing. Akhirnya, kencing merata samaada di bakul raga dan tilam. Sentap. Walhal dia sudah dimandulkan.

Kenapa kucing kerap kencing? Ada 2 faktor yang menjadi punca masalah ini iaitu samaada kucing itu punya masalah kesihatan atau sikap kucing itu sendiri.

1. Jangkitan pada pundi kencing atau saluran kencing

Jangkitan pada saluran kencing merupakan petanda kepada masalah seperti penyakit batu karang. Cuba tengok ada darah atau tidak pada kencing kucing itu.

Jamgkitan pada pundi kencing pula selalunya berpunca daripada jangkitan bakteria dan pemakanan yang tidak seimbang. Kucing akan menjilat-jilat kemaluannya dengan lebih kerap.

2. Penanda

Adakalanya kucing kerap kencing adalah kerana sikap dia sendiri. Biasanya, kucing jantan akan kencing merata sebagai tanda kawasannya agar tidak dicerobohi oleh kucing lain.

3. Penyakit Buah Pinggang

Ia berpunca daripada kegagalan buah pinggang untuk berfungsi akibat faktor usia atau trauma yang mendadak. Antara tanda penyakit ini ialah kerap kencing, kemurungan, bau mulut yang busuk, muntah dan sawan.

4. Tidak Boleh Tahan Kencing

Kerap berlaku kepada kucing yang telah lanjut usia atau yang alami trauma.

5. Penyakit Kencing Manis

Ia berpunca daripada keturunan, usia yang lanjut atau berat badan. Antara tanda-tanda kucing alami penyakit ini ialah kerap minum, tidak bermaya, muntah-muntah dan berat badan menurun.

Kedai Kucing DD Bangi Petshop

Bagi penduduk sekitar Putrajaya, Bangi, Sepang dan yang seangkatan dengannya amatlah bertuah sebab tersangat banyak bilangan kedai menjual produk berkaitan haiwan peliharaan khususnya kucing. Lebih beruntung sebab banyak juga yang menyediakan perkhidmatan grooming dan boarding. Itu belum termasuk kawasan Lembah Klang yang lain. Memang banyak tak terkira.

Sebagai seorang pembela 7 + 2 ekor kucing, semestinya aku akan menyinggah setiap kedai kucing yang ada di sekitar. Saja menyinggah sebab nak tengok harga, produk jualan dan servis yang ditawarkan. Kita raikan kepelbagaian sebab akhirnya ia menguntungkan pengguna.

Salah satu kedai haiwan peliharaan yang popular di Bangi ialah DD Bangi Petshop. Saiz kedainya besar meliputi 2 lot kedai bawah untuk jualan barangan keperluan / grooming dan 1 lot atas untuk servis boarding. Sangat selesa tatkala menjengah masuk ke dalam kedai kucing ini. Konsep butik hotel yang bersih, kemas dan teratur.

DD Bangi Petshop ini lebih kepada penawaran servis kucing. Walaubagaimanapun, mereka juga ada menjual makanan untuk arnab, ikan dan hamster. Servis grooming disini nampak hebat sebab kita boleh tengok sendiri proses meng grooming si comel kita.

Baca: Grooming Kucing Terbaik Bangi

 

Diorang buka setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 7.30 malam. Boleh hubungi nombor tertera dibawah untuk sebarang pertanyaan.

 

Masalah Sembelit Pada Kucing

Bukan manusia je yang boleh terkena penyakit sembelit. Si comel kucing kita pun boleh kena. Sembelit ini kiranya adalah satu perkara biasa bagi si comel khususnya yang telah berusia lingkungan 8 tahun dan ke atas.

Antara tanda-tanda sembelit pada kucing ialah dia akan meneran lama tatkala membuang air besar. Namun, pada masa yang sama, kuantiti najis yang keluar hanya sedikit, berketul dan kering.

Sumber: Wikipedia

Si comel kucing yang mengalami masalah sembelit akan menunjukkan tanda-tanda seperti:-

  • Najis berdarah
  • Muntah
  • Kurang selera makan
  • Kelihatan letih dan tidak bermaya

Kemudian, apakah antara punca sembelit pada kucing?

  • Diet pemakanan yang tidak seimbang (kurang serat)
  • Stress
  • Kekurangan air dalam badan
  • Banyak gumpalan bulu dalam badan (furballs).
  • Tempat buang najis kotor. Kucing tidak suka buang air pada tempat yang kotor. Jadinya, dia akan mencari tempat lain untuk buang air atau menunggu kita membersihkan tempat itu dahulu. Lama kelamaan, tabiat ini akhirnya akan mengakibatkan najis menjadi lebih kering dan seterusnya masalah sembelit pun berlaku.

Kucing yang sihat walafiat perlu membuang najis sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari.

Pastikan kucing kita diberikan air minuman bersih secukupnya. Kebersihan tempat makan, minum dan sangkar pun perlu diambil kira juga.

Kalau ada apa-apa masalah berkaitan, rujuk doktor veterinar di klinik berhampiran.

Grooming Kucing Terbaik di Bangi

Sekali sekala, sebagai pemilik kucing kita mesti akan hantar si comel kita pergi grooming. Betul tak?

Nie, aku nak perkenalkan salah satu kedai kucing yang buat servis grooming untuk si comel kucing – DD Bangi Petshop Emmm, kalau tak silap, diorang pun terima untuk servis grooming arnab.

Konsep servis grooming kat sini ialah transparent. Jadi, kita yang duduk kat luar ini boleh nampak proses grooming yang mereka lakukan. Itu pun kalau nak tengoklah hihi. Kalau tak nak, boleh je tinggal kat kedai. Nanti dah siap, boleh suruh diorang call dan pemilik pun boleh bawa pulang si comel yang dah wangi gebu tu huhu.

Harga yang dikenakan untuk servis grooming kat sini sangat berpatutan. Hanya sekitar RM30 hingga RM75. Harga pula ditentukan oleh saiz kucing dan lebat bulu kucing itu sendiri.

Sangat kemas dan nampak mewah. Macam tak percaya je harga yang dikenakan. Murah dan ekonomi sangat. Insyaallah servis tiptop la juga tu.

Boleh Like Facebook rasmi DD Bangi Petshop ini. Ajukan je pertanyaan kepada diorang untuk buat temujanji.

Macam mana nak pergi? Google Maps atau Waze je. Buat carian ‘DD BANGI PETSHOP’. Insyaallah sampai huhu.