Boarding Kucing Terbaik Di Bangi

Tertanya tanya, di manakah boarding kucing atau Hotel kucing terbaik di Bangi? As of now, setakat yang aku tengok boarding kucing terbaik di Bangi adalah di DD Bangi Petshop. Terletak di belakang PKNS Bangi.

Kenapa aku kata macam tu? Sebab lain macam servis yang diberikan. Pertama sekali, korang tengok lah jenis sangkar yang digunakan. Memang hotel betul. Lain macam bentuknya.

Unik kan? Nampak cantik dan lain daripada yang lain. Sesuai lah dengan konsep hotel kucing.

Ini untuk sangkar seekor kucing. RM20 sehari semalam dengan percuma makan minum dan pasir.

Gambar di bawah pula adalah sangkar untuk kucing beranak pinak. Letak je satu keluarga kucing dalam satu sangkar. Harga RM25 kalau tak silap.

Diorang pun ada sediakan ruang permainan. Katanya untuk selang masa tertentu mereka akan bawa anak kucing bermain dan relax relax di dalam ruangan yang disediakan.

Info lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera.

Perangai Anak Kucing Berbulu Hitam

Aku punya anak kucing hitam. Nama dalam surat beranak adalah Cerry Pie Ryu Hiroki. Memang punya sijil dari CFA terus. Jadi, memang agak mahal juga lah aku beli.

Tapi sayang, beli sudah agak berusia pada ketika itu. Ohhh mungkin dalam lingkungan 6 bulan lebih ke setahun rasanya. Jadi, perangai pun terikut-ikut tatkala dibela oleh pemilik lama. Sampai la nie.

Dia suka menyendiri dan hidup secara ekslusif. Suka ikut kemana aku melepak di rumah tapi tak suka dipegang. 

Kalau nak pegang, kena berpakej – sikat bulu dia kononnya nak tolong bersihkan badan. Haaaa kalau buat macam tu dia suka. Pegang celah mana pun dia merelakan.

Selain daripada Hiroki ini, aku pun punya dua ekor lagi anak kucing berbulu hitam. Si Penakut dan Dayang Senandung. Perangai pun lebih kurang Hiroki.

Anak kucing berbula warna lain tak lah macam ini. Tapi diorang yang berbulu hitam gelap nie sepesen je. 

Memang macam ini ke kucing bulu hitam? Ke sebab aku bela banyak sangat kucing, tu yang jadi macam tu?

Mandulkan Kucing di Klinik Haiwan Prima Saujana

Alhamdulillah, segalanya selesai untuk anak kucing betina aku yang terakhir. Aku dok mandulkan dia. Sebelum ini pernah hantar ke klinik untuk dimandulkan. Tapi kondisi kesihatan dia tidak elok sangat. Ada bengkak kat gigi. 

Doktor kata, untuk kucing betina ini kondisi kesihatan kena tip top. Sebab proses mandul yang memerlukan sedikit pembedahan.

Tak merancang pun nak hantar mandulkan kat klinik. Tetiba terlintas. Tu yang terus hantar. Alhamdulillah lah kan.

Kesian sebab asyik on heat je. Ambil kesempatan cuti sempena raya ???.

Sekarang senang sebab Klinik Dr Zul tambah cawangan lagi. Kali ini buka lebih dekat dengan tempat tinggal – Kajang. Tak sampai 10 minit dah sampai. Syukur

Ciri-Ciri Kucing Comel Yang Sihat

Kali ini kita kongsikan apakah ciri-ciri kucing comel sihat yang boleh kita lihat melalui tubuhnya. Ciri-Ciri Kucing Comel Yang Sihat

  • Perut – Kucing comel yang sihat punya perut yang tidak keras apabila ditekan serta sedikit boroi. Perut yang membuncit pada saiz yang agak besar, itu mungkin petanda ada cacing dalam perut kucing comel anda
  • Hidung – Kucing comel yang sihat tidak akan mempunyai hingus yang meleleh-leleh.
  • Mulut – Air liur tidak seharusnya meleleh jika kucing anda sihat walafiat. Ia juga mesti tidak berbau + gigi putih + gusi berwarna merah jambu.
  • Telinga – berwarna merah jambu, tidak berbau, bersih, tiada parasit mahupun kotoran. Telinga perlu dibersihkan pada tempoh masa tertentu.
  • Berat badan – tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Sedap-sedap manja je untuk dipeluk.
  • Bulu – Lembut apabila dipegang. Bebas daripada kutu dan tidak gugur
  • Kulit – tidak merekah dan tidak terlalu kering.
  • Kaki – berdiri tegap dan tidak terhenjut-henjut tatala berjalan / berlari
  • Mata – kelihatan bersih, bersinar dan tiada sebarang tanda kemerahan. Tahi mata yang tidak berlebihan sangat.

Sifat & Ciri-Ciri Kucing Parsi

Negara Asal:

  • Dikatakan berasal dari Iran dan Turki
  • Mula popular di Eropah sekitar tahun 1800

Ciri-Ciri Fizikal

  • Berbulu tebal, lebat, panjang dan punya pelbagai warna serta corak. Ini menjadikannya antara baka kucing tertua dan paling popular didunia.
  • Kepala dan mata yang bulat dan besar serta berhidung penyek.
  • Pendek dan bertulang besar tapi pendek

Karekter

  • Suka kepada ketenangan, mudah mesra, lemah lembut dan tidak aktif.
  • Suka dibelai dan dimanja
  • Bersuara perlahan
  • Boleh hidup sehingga 15 hingga 20 tahun.
  • Pendiam tapi penyayang
  • Mahukan perhatian yang lebih daripada pemiliknya.

KLIK: Beli Makanan Kucing Jenama Royal Canin di Lazada

Perapian

  • Perlukan penjagaan perapian yang baik. Bulunya harus diberus setiap hari (untuk baka yang berbulu lebat)
  • Matanya mudah berair dan perlu dibersihkan setiap hari.

Kesihatan

  • Oleh kerana sifatnya yang bermuka pesek, baka ini punya masalah pada rahang, mata dan pernafasan.
  • Selalu mempunyai masalah gusi dan buah pinggang