VIDEO ANAK KUCING PARSI – USIA 2 MINGGU

Yeah…pejam celik pejam celik anak anak kucing parsi ini sudah berusia 2 minggu 🙂 Syukurlah huhu

Daripada bilik, Cici dok berangkut anak anak dia pergi bilik lain. Last2 dia letak anak anak dia di ruang tamu…bersebelahan dengan TV (Tepi tingkap). Pengsan. Lebih nyaman kot. Ini memang tempat lepak dia selalu sebelum ini. Continue reading VIDEO ANAK KUCING PARSI – USIA 2 MINGGU

BERSIHKAN MATA ANAK KUCING PARSI

Salah satu aspek penting dalam penjagaan anak kucing parsi ialah ‘tahi mata’. Memang kene selalu tengok / check mata anak kucing parsi itu samaada bersih atau tidak + ada tahi mata atau tidak. Biasalah, kucing flat face macam kucing parsi ini memang sensitif dengan keadaan matanya. Kene pastikan BERSIH. Takut+ nanti kene jangkitan sakit mata. Baik cegah awal-awal

Continue reading BERSIHKAN MATA ANAK KUCING PARSI

KENAPA IBU KUCING SUKA ANGKAT ANAK UNTUK BERPINDAH TEMPAT?

Siapa yang ada bela kucing di rumah mesti akan melihat perilaku ibu kucing yang baru melahirkan anak, ibu kucing tu rasa macam tak tenang je, angkat anak ke sana ke mari. Same goes to me 🙂 Ibu Cici Esmidar Gonzales suka sangat dok memindahkan anak anak dia kehulu hilir. Sekejap ke bilik situ…sekejap ke bilik sini..sekejap ke ruang tamu. Pengsan

Kadang-kadang tempat yang menjadi pilihan ibu kucing tu ialah almari baju kita. Kita sedaya upaya halang kucing tu untuk membawa anaknya ke sana ke mari. Yelah kan, tempat untuk dia anak beranak memang sudah tersedia rapi. Macam aku ini, memang bagi bersih / nampak molek benar ruang untuk dia dan anak anak bermain, tidur dll. Everything memang perfect.  Continue reading KENAPA IBU KUCING SUKA ANGKAT ANAK UNTUK BERPINDAH TEMPAT?

MITOS PEMANDULAN HAIWAN KESAYANGAN

KUCING SAYA AKAN MENJADI GEMUK DAN PEMALAS…

  • Kucing anda akan mempunyai metabolisma badan yang rendah sedikit sahaja kerana tidak membazirkan tenaga untuk merayau mencari pasangan.
  • Kucing anda akan gemuk sekiranya pemakanannya tidak dipantau dengan betul

PEMANDULAN ADALAH BUKAN SEMULAJADI…..atau KASIHAN SEBAB TIDAK DAPAT MEMUASKAN NAFSU / NALURI

  • Kucing anda akan lebih merana akibat kecederaan disebabkan bergaduh atau dilanggar kerana terikut nafsu untuk mencari pasangan
  • Selain itu, risiko mendapat barah mamari % ovari meningkat selepas kucing bermula naik miang (on heat) dan tidak boleh dielakkan selepas itu.
  • Pemandulan adalah diharuskan mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada Julai 2002
    “Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah” 

 

PEMANDULAN KUCING BETINA

Pembuangan rahim & ovari (Spay)

Kebaikannya :-

  • Mengurangkan sifat untuk merayau mencari kucing jantan dan mengawan
  • Mengelakkan risiko tumor dan barah mamari (kelenjar susu), jangkitan rahim bernanah (pyometra) dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia kucing)

Umur sesuai : 4 – 5 bulan / 1 Kg ke atas

Apa yang perlu dibuat sebelum itu?

  • Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
  • Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
  • Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.