PEMANDULAN KUCING JANTAN

Pembuangan buah zakar (Castration)

Kebaikannya :-

  • Mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing merata-rata.
  • Kurang risiko untuk merayau, bergaduh dan dilanggar kereta.
  • Mengelakkan risiko barah buah zakar dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia Kucing)

Umur Sesuai : 6 bulan / 1 Kg keatas

Apa yang perlu dibuat sebelum itu?

  • Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
  • Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
  • Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.

PEMANDULAN HAIWAN KESAYANGAN – TAHUKAH ANDA

  • Sepasang kucing berupaya melahirkan 4-8 ekor anak dua kali dalam setahun. Daripada sepasang tersebut, 63, 437 ekor anak kucing dilahirkan dalam tempoh 6 tahun sahaja sekiranya anak anak pasangan tersebut juga membiak.
  • Kos untuk memandulkan kucing adalah lebih rendah berbanding kos penjagaan anak kucing yang dilahirkan selama setahun.
  • 5 daripada 10 ekor anjing dan 7 daripada 10 ekor kucing yang ditinggalkan di rumah perlindungan haiwan terpaksa dimatikan secara perikemanusiaan berikutan populasi yang kian bertambah setiap minggu