Kucing Comel Pun Boleh Hidap Kencing Manis

Percaya tak? Si Kucing Comel juga boleh terkena penyakit kencing manis. Peratusan terkena penyakit ini lebih tinggi untuk si kucing comel yang telah tua dan obesiti. Manakala dari segi jantina pula, kucing jantan punya risiko sebanyak dua kali ganda berbanding kucing betina

Kucing Comel Pun Boleh Hidap Kencing Manis

Tanda-Tanda Kucing Comel Hidap Penyakit Kencing Manis

  • cepat letih
  • berat badan turun mendadak
  • makan secara berlebihan
  • sering kencing atau kencing dengan banyak
  • kuat minum air
  • kekurangan air dalam badan (dihirasi)
  • Bola mata kelihatan berkelabu (katarak mata)

 

Jika ada terjumpa tanda-tanda seperti diatas, terus bawa kucing comel berjumpa ke klinik veterinar dengan segera. Selalunya, doktor akan mengambil ujian air kencing dan darah untuk tujuan pemeriksaan / pengesahan berkaitan.

Cara Penjagaan Kucing Comel Yang Mengidap Penyakit Kencing Manis

Cara penjagaannya adalah lebih kurang sama dengan manusia iaitu melalui det ataupun suntikan insulin. Jika tahap biasa, doktor akan menasihati anda supaya berikan makanan yang tinggi serat dan mengandungi karbohirat kompleks yang senang berubah menjadi gula / glukosa. Tapi kalau teruk, kene cucuk insulin. Sedih

Macam Mana Nak Tahu Kucing Bunting?

Tempoh kehamilan bagi kucing adalah antara 63 hingga 65 hari. Antara tanda-tanda yang boleh kita lihat pada fizikal si comel adalah perubahan pada putingnya yang akan sedikit menonjol dan berwarna merah jambu.

Macam Mana Nak Tahu Kucing Bunting?

Jika pemilik rasa mahu lebih advance sedikit, jumpalah mana-mana doktor di Klinik Veterinar untuk pengesahan. Doktor Veterinar akan membuat pemeriksaan pada bahagian abdomen. Jika Klinik Veterinar tersebut mempunyai kemudahan yang lebih moden, pemeriksaan ultrasound juga boleh dilakukan.

Persediaan Untuk Kucing Yang Sedang Bunting

Ibu kucing yang sedang bunting akan mula mencari tempat yang sesuai, selamat, tersorok, selesa dan bersuhu bilik untuk melahirkan anaknya kelak. Selalunya,tempat-tempat yang digemarinya ialah dalam / bawah / belakang perabot. Sentiasa perhatikan tempat-tempat yang si comel usha-usha untuk beranak.

Adalah lebih elok pemilik menyediakan tempat yang khusus untuk si comel beranak nanti. Biasakan dia dengan tempat itu bermula pada minggu keenam hingga ketujuh. Ini bagi membiasakannya dengan tempat yang telah disediakan.

Dalam situasi sendiri pula, selalunya aku akan sediakan beberapa tempat yang bersesuaian untuk ibu kucing yang nak beranak. Dalam banyak-banyak tu, selalunya dia pasti akan pilih salah satu daripadanya. Di rumah pun memang ada bilik khas untuk kucing. Jadi, mudahlah untuk proses penjagaan ibu dan anak kucing. Diasingkan terus daripada kucing-kucing yang lain.

Pasir Kucing dan Royal Canin Murah

Menjadi kelaziman dan amalan sejak dahulu kala, aku memang suka simpan stok benda-benda yang memang akan sentiasa beli. Macam kes 7 ekor kucing parsi aku ini, diorang memang makan makanan jenama Royal Canin sahaja. Jenama lain diorang memang tak nak makan. Pernah sekali cuba jenama Equilibrio dan Orijen, diorang tak nak. Sanggup berlapar dan kurus keding.

Sekarang ini, aku tengok kat mana-mana aku ada promosi Royal Canin murah-murah. Macam aku, stok memang beli merata. Kejap kat Bangi dan kejap kat Melaka. Tengok mana lebih murah dan berkesempatan nak pergi. Memang diskaun kow kow lah. kalau tak silap, aku beli 50 kilogram pada harga diskaun. Anggaran 10 kilogram untuk 7 ekor kucing boleh tahan 1.5 hingga 2 bulan. Boleh lah pakai untuk 10 bulan kan. Bukannya selalu kedai jual harga promosi untuk Royal Canin nie. Kau grapppp banyak-banyak buat stok. Senang.

Sebelum ini aku beli Royal Canin jenis Persian 32 atau Persian Kitten atau Mother sahaja. Tapi dek kerana kosnya yang agak tinggi, aku cubalah beli pelbagai jenis Royal Canin. Alasan aku ialah, ramuannya je yang berbeza sukatannya. Rasa dan baunya macam lebih kurang sama je kot.

Emmm Ohhhh Ya. Alhamdulillah, syukur sebab diorang masih berselera makan Royal Canin walaupun jenis yang berbeza. Macam sekarang ini aku bagi makanan jenis Indoor. Tak tau (tak pernah baca label) plak rupanya kelebihan makanan jenis Indoor ini ialah dia boleh kurangkan kuantiti najis + baunya sekali. Memang senang hidup lah aku sebab tak banyak tahi yang diorang hasilkan tiap hari. Aku plak tak susahlah nak membersihkannya tiap hari.

Same goes to pasir kucing Cat’s Best OkoPlus. Pasir kucing ini adalah organik. Rasanya dah banyak post aku bercerita pasal pasir kucing jenis ini. Bertahun sudah aku menggunakannya. Tiap kali beli memang kekadang cecah ratus kilogram jugalah membelinya huhu. Sangat sesuai untuk mereka yang tinggi di apartment / kondo atau yang seangkatan dengannya. Senang jirus, kurang berbau berbanding pasir biasa dan penggunaan yang ompimum dan menjimatkan. Harganya pun berbaloi dan jika dikira…memang lebih jimat

Beli Makanan Kucing Murah

Aku ni bela 7 ekor kucing. Nak kata duit ada dan tak ada tu susah nak kata. Yelah kan, bajet untuk pelihara kucing memang tak dikhususkan sebab aku sudah tidak jual anak kucing sekarang ni. Jadi, segala kos makan minum dan perubatan memang sendirian berhad hihi.

Jadi, sudah semestinyalah aku akan memikir dan mencari mana mana produk yang dijual pada harga kasih sayang. Dulu dan kini aku masih setia menjadi pelanggan tetap Dewi Petshop. Bermula dari kedainya di Kerinchi KL sehinggalah dia buka cawangan di Jalan Reko Kajang Bangi. Syukurlah naqqq.

Anak anak kucing aku hanya nak makan makanan kucing jenama Royal Canin sahaja. Pernah mencuba tukar kepada jenama lain, tak nak plak mereka makan. Sentap. Dah lah mahal makanan jenama nie. Pengsan. 

Sekarang aku main tukar tukar jenis makanan. Kekadang Persian, kekadang Kitten, kekadang Hair & Skin… dan kini aku tukar kepada Sensible dan Indoor pula. Beli sebab stok jualan di kedai dan juga bajet. Boleh je sebab masih lagi guna jenama yang sama. 

Pasir pula memang guna jenama OkoPlus je sebab aku duduk apartment. Tak boleh guna pasir biasa. Memang kene guna pasir yang boleh flush dalam toilet. Harga yang ditawarkan pun masih boleh diterima. Semakin banyak beli, semakin murah. 

Kita ni bela kucing modalnya cuma 2 je iaitu makanan dan pasir. Lain-lain tu jarang-jarang nak beli.

Senarai Klinik Haiwan Kerajaan

jabatan perkhidmatan veterinar, veterinar, klinik haiwan, klinik kesihatan cheras, klinik haiwan kerajaan cheras, jabatan haiwan selangor, klinik veterinar upm, hospital veterinar upm

HOSPITAL VETERINAR UPM SERDANG

Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8609 3889

Waktu Operasi: Senarai Klinik Haiwan Kerajaan

9.00 pagi – 5.00 ptg (Isnin hingga Jumaat)

HOSPITAL VETERINAR CHERAS

Taman Pertama, 55300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-9284 9716

Waktu Operasi:

8.30 pagi – 4.30ptg (Isnin hingga Khamis)

8.30 pagi – 11.00 pagi (Jumaat)

KLINIK HAIWAN KESAYANGAN PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR  DAERAH HULU LANGAT

Jalan TKS 2, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Tel: 03-87402469

Waktu Operasi:

8.30 pagi – 12.00 tghari (Isnin, Selasa dan Khamis)

Rabu – Khas untuk temujanji dan Pet Passport Sahaja

Jumaat – 8.30 pagi – 11.00 pagi

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KLANG

Jalan Haiwan 42670 Pelabuhan Klang, Selangor.

No Tel : 03-31686077

No Faks : 03-31651167

Waktu Operasi:

Isnin Selasa Khamis : 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat : 8.30 Pagi – 1130 Tghari

Rabu Temujanji/Pembedahan 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH PETALING

No.1 , Jalan PJU 10/1E Damansara Damai, Sungai Buloh 47830 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-61402979

Tel : 03-61403217

Waktu Operasi:

Isnin Hingga Khamis : 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat : Dibuka Untuk Temujanji Kes Permandulan

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KUALA SELANGOR

Jalan Tanjung Keramat, 45000 Kuala Selangor,

No Tel : 03-32891537 / 03-32811184

No Faks : 03-32896404

Waktu Operasi:

Isnin Selasa Khamis : 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat : 8.30 Pagi – 1130 Tghari

Rabu : Temujanji/Pembedahan (8.30 Pagi – 12.00 Tghari)

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH SABAK BERNAM

No 12 & 14 Jalan PPSL 2,

Pusat Perniagaan Sungai Lias

45300 Sungai Besar,

No. Tel : 03-32245509

No. Faks : 32243215

Waktu Operasi:

Isnin Selasa Khamis :8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat :8.30 Pagi – 1130 Tghari

Rabu : Temujanji/Pembedahan 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH GOMBAK

Lot 4831, Green Park,

48000 Rawang

No Tel : 03-60919962 / 03-60924148

No. Faks : 03-60923950

Waktu Operasi:

Isnin Selasa Khamis :8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat :8.30 Pagi – 1130 Tghari

Rabu : Temujanji/Pembedahan 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KUALA LANGAT

Jalan Sungai Buaya

42600 Sungai Jarom

No. Tel : 03-31917193

No. Faks : 31917195

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH SEPANG

Jalan Kelab, 43900 Sepang

No Tel : 03-31421362

No Faks : 03-31421659

Waktu Operasi:

Isnin Selasa Khamis :8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat :8.30 Pagi – 1130 Tghari

Rabu : Temujanji/Pembedahan 8.30 Pagi – 12.00 Tghari

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH HULU SELANGOR

44000 Kuala Kubu Bharu

No Tel : 03-60641041

No Faks : 03-60641761

Waktu Operasi:

Isnin Selasa Khamis :8.30 Pagi – 12.00 Tghari

Jumaat :8.30 Pagi – 1130 Tghari

Rabu : Temujanji/Pembedahan 8.30 Pagi – 12.00 Tghari