SELEPAS DITINGGALKAN

image

Alahai. . . Kesian pulak aku tengok si Cici nie. Yelah kan. . . Dah ditinggalkan sowang2 untuk 2 hari yang lalu. Mesti sunyi je kan ko. Balik balik je dok mengiau nak makan. Walhal aku ada letak makanan lebih kat bekas fav dia. Tapi si Cici nie demand. Tak suka makanan yang dah lama + lemau. Pengsan. .

image

Kuat makan betul Cici nie. Cant imagine macam mana kalau dia dah ada anak nanti hihi. Pokai mak. . .

image

Now dia dok ikut kemana sahaja aku pergi. Dok mengiau ngiau. Nak manja manja lah tu gamaknya. Pastu macam takut kene tinggal lagi. Hahahahaha. . Pengsan

TERBAU AYAM

image

Aku tengah nak masak ayam nie. Dok potong2. . .tak sangka pulak si Cici nie boleh bau ayam. Kuat jugak bau ayam + deria bau dia.

image

Aku masakkan sedikit je. Harap kenyang. . Aku siap potong kecik2 bagi dia makan. Pengsan. . . . . Nak kene suap satu persatu

CINTAKU TERTINGGAL DIRUMAH

image

Insyaallah esok aku akan pergi ke Lenggong Perak – Jalan jalan tengok Tapak Warisan Dunia di sana. Nak tengok Perak Man dan juga Perak Woman. Sampai sekarang aku hairan. . . Gomen.nie tak.ada nama.lain ke nak bagi? Perlu ke letak nama macam tu? Xda ciri ciri kemelayuan betul. Kalau sempat + line OK + bateri banyak. . . Aku akan buat live blogging. Lepas pergi Lenggong, aku akan pergi Melaka pula. Jumpa Pakcik. . .Insyallah. Semoga selamat sampai. . Semuanya selamat sahaja Kesian Cici. Kene dok rumah sorang2

KOTAK

image

Dijangkakan hujung bulan ini atau awal bulan depan, Cici akan bersalin aka melahirkan anak. Ohhhhh. . . Aku akan dapat cucu tak lama lagi. Risau nie. . .

image

Cici dok sibuk test kotak je sejak kebelakangan ini. Dia pun dah dok stay kat satu tempat je. Macam tak mahi berganjak. Dok tidur dan lepak kat bilik tempat aku simpan barang + seterika baju. Pengsan. Lagipun bilik tu sejuk. . Maybe that why dia pilih bilik tu untuk anak anak yang bakal dia lahirkan. Ohhhhhh semoga semuanya selamat je. Ibu dan anak anak hihi

image

Aku dah start belajar macam mana nak sambut kelahiran anak anak kucing. Yelah kan. . . Cici nie jenis kucing parsi. Aku tak yakin sangat dia boleh lahirkan seorang diri. Pengsan banyak kali

Pada masa yang sama juga, nak kene tahu macam mana nak jaga anak anak kucing tu. Ini kelahiran sulong untuk cici. Mesti susah nak handle. . .ibu muda memang camnie hahaha

Harap tiada anak anak yang mati. Insyaallah

BUANG AIR

Kucing aku makin pandai sekarang. Buang air besar kat dalam bekas, buang air kecil pula kat dalam tandas. Pengsan

 Kucing jenis parsi ini memang pembersih sedikit berbanding kucing jenis lain – orang kata. So, betul la tu kot. Apapun, semakin besar perut …..cici makin banyak makan dan of cz tahi pun makin besar + berbau hahaha