DI PANGKUAN AKU

image

Tiap malam Cici akan lepak / landing kat pangkuan aku. Pengsan. . .macam dah jadi satu amalan pula kat dia. Tiap kali habis je solat, dia akan duduk tepi aku sambil memandang tepat kat mata aku. Ala ala buat muka kesian la tu. Nak suh pangku dan dukung terus hahaha.

image

Kekadang tu, kalau akau angkat je dia. Memang akan digigitnya aku. Marah cz xcukup kene belai kot. Selalunya aku akan membersihkan muka dia + belai belai bulu dia sampai aku rasa OK (depend). Aiiiiii pengsan

DIGIGIT SERANGGA

image

Selalunya, waktu antara maghrib dan isyak aku akan lepak depan TV sambil melayan internet. Sorry, aku tak ON TV pun. Totally aku meragui mutu dan kualiti serta kebenaran berita yang disampaikan. Tu yang aku banyak habiskan masa di internet. Yang penting, walau dimana sahaja aku berada. . .cici akan menemani aku. Dia pun dok lepak sekali la gamaknya.

Suatu ketika tu, cici yang dok relex lepak2 tu. . . .tetiba je dia terlompat. Aku pelik gak. Usha punya usha. . . Rupanya dia melompat terkejut dek kerana ada seekor serangga kecil tu (rujuk gambar). Berlari masuk dalam bilik. . . Pastu dtg balik tapi melompat kat atas kerusi.

Aiiiiiii Cici, takkan binatang kecik camtu pun ko takut kot? Hahahahaha. . Pengsan. Takpe, jaga kandungan ko tu k hihi

SILICA UNTUK @#$%^*

Aku sangat berpuas hati dengan silica cat litter ini. Sebelum ini guna pasir rasa macam tak berbaloi sangat – kurang praktikal. Alang-alang diorang tengah buat promosi 20% berbanding harga asal RM20 camtu kan… baik beli banyak2 time nie. RM16 camtu je. Boleh pakai berminggu minggu OK. Bergantung dengan amount tahi / kencing kucing tu jugak.

MAKANAN DALAM TIN UNTUK KUCING

Dok asyik bagi makan makanan kering + ayam rebus + stick sokmo. Sekali sekala bagi makan makanan dalam tin pun syok gak. Cari je yang herganya sederhana + pastikan kandungannya tidak mengandungi bahan bahan ‘terlarang’ 🙂

See….tengok isinya pun nampak cantik je. Dah macam ala-ala nak buat roti sandwich pun ada gak. Bau pun sedap

Continue reading MAKANAN DALAM TIN UNTUK KUCING

BALKONI CICI

image

Cici macam suka lepak kat balkoni. Suka tengok pemandangan kot luar kot. Lagipun udaranya lebih segar kat sini. Pagi2 tu pantang aku keluar pergi ruang tamu / dapur. . .mesti dia pun akan berlari ikut dan tunggu kat depan pintu balkoni. Nak suruh pintu dibuka cepat2 hahahaha.

image

Kekadang tu aku memang tak akan buka pun. Depend on cuaca. . . . Kalau dia dok mendesak meow meow sangat, aku bagi dia rasa kejap je. Pastu bawak masuk balik – hari bekerja. Tapi kalau time hari aku cuti / ada kat rumah, memang aku bagi 100% kebebasan keluar masuk ke mana sahaja dia suka. Pengsan. . .