CICI DIPAKSA MANDI

Sejak dihantar mating + bermadu kasih dengan Si Budak minggu lepas……cici memang tak mandi. Busuk

Apa nak buat, cuaca tak berapa panas…means tak boleh mandikan sangat. Lagipun waktu weekday. Pergi kerja pagi dan balik kerja lewat petang. Macam mana tu? Tunggu jelah weekend

Sebelum ini memang azab nak mandikan cici cz syampoo yang digunakan berbau semacam je. Aku tak berapa berkenan…. Tapi la nie cici dah ada syampoo mandi yang tak berbau. Ala- ala herba dan memang khas untuk kutu kucing. Kira lebih baiklah dari syampoo sebelum ini yang macam tak ada fungsi yang nyata sangat.

Ini pun dek kerana lama sangat tak mandi, agak susah nak ajak dia mandi. Macam tahu tahu je kan……..

Cici kene jaga kebersihan demi anak yang dibuntingkan – #wish haha

BEKAS AIR KUCING

TERbeli satu set bekas air minuman khas untuk kucing Si Cici Esmidar Gonzales. Idea pembelian ini datang daripada ‘terlebih’ membaca blog blog dan forum forum yang bercerita akan hal hal penjagaan kucing. Salah satu aspek ‘hangat’ yang diperkatakan ialah ‘bekas air minuman kucing’.

Even manusia pun kene pastikan kita dapat minum air yang benar benar bersih tanpa ada sebarang kotoran, bakteria, klorin yang berlebihan etc. Same goes to kucing OK

As penjaga, kene pastikan juga kucing yang kita bela itu dapat makan / minum daripada sumber yang bersih. Biasalah, nak pastikan kucing tu sihat walafiaat dan berbahagia sokmo. Kan ke naya kalau dia sakit…. amanah tu.

Kene pastikan minum air bersih. Macam manusia juga, kalau minum air yang kotor kita berhadapan dengan risiko penyakit buah pinggang. Simply like that.

Continue reading BEKAS AIR KUCING

PETS LOVER CENTRE VIP CARD

Syahidah suruh buat member card. Selama ini aku buat dek je sebab rasa macam tak penting dan tak banyak kelebihan yang boleh diperolehi.

Tak tahu plak kalau jadi ahli, kita boleh dapat discount 5% untuk setiap pembelian atas RM50. Ahli juga akan dapat discount 10% pada bulan kelahirannya. huhu… jurujual sebelum ini tak ada plak terangkan faedah ini. Pengsan…

Percuma je pun kalau nak jadi ahli. Peace