CICI DI HARI RAYA

Ini merupakan hari raya yang pertama bagi Cici Esmidar Gonzales bersama sama tuan barunya. Ahaks Cici tak ada baju raya untuk tahun ini. Cukuplah kot dengan bulu bulunya yang makin lebat dari hari ke hari. Pengsan

image

Aku tak bawak Cici balik kampung aku kat Johor. Aku lebih prefer dia dibawa balik ke kampung housemate aku kat Melaka. Alasannya mudah sahaja. Di rumah aku ada banyak kucing yang bertandang. Jadi satu hal plak nanti gaduh sana sini.

image

Seminggu tak jumpa, Cici makin membesar. Jumpa aku je terus rapat rapat. Rindu sangat kat aku kot…gitew. Apapun,kira OK lah jugak.. Cici boleh membiasakan diri walau dibawa kemana sahaja. Manja betul kucing jenis ini. Pengsan

CARA PENJAGAAN KUCING PARSI

Antara jenis kucing yang popular di Malaysia ialah kucing Parsi atau Persian. Bahagian mukanya yang ‘ke dalam’ atau ‘flat’ membuatkannya kelihatan sangat comel. Kucing jenis ini juga mempunyai bulu yang panjang ,  lembut dan beralun. Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah juga kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya. Pengsan
MENJAGA BULU KUCING PARSI

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulu-bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.

Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari. Hal ini adalah disebabkan oleh bulu-bulunya yang amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Dek kerana itulah jika anda ada membela kucing jenis ini, anda wajib dan perlu untuk menyikatnya setiap hari (Bergantung kepada kepanjangan bulu kucing itu). Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.

Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya. Risau tak? Continue reading CARA PENJAGAAN KUCING PARSI

KUCING YANG SIHAT

Setiap penjaga kucing semestinya mahukan kucing peliharaan mereka sihat segar bugar 🙂 Same goes to me. Daripada tidak tahu apa-apa..menjadi serba serbi tahu. Ciput ciput pun berguna jugak. Semua ini dek kerana masing masing mahu buat yang terbaik untuk kucing masing-masing. Berdosa kot kalau tidak pelihara dengan baik makhluk tuhan paling comel ini. Tak gitu (tiru ayat eyriqazz) haha. Apa ciri-ciri kucing yang sihat ?

  1. Mata yang bersih tanpa kotoran pada bahagian mata dan tidak bernanah serta berlendir. So far mata kucing aku taklah kotor sangat. Cuma ada tahi mata je. Cz dia kucing jenis persian semi flat, means memang kene tolong bersihkan tiap hari. Dia tak reti kot nak bersihkan sendiri. Bukan jenisnya dan memang FLAT.
  2. Bulu kucing bersih dan tidak botak. Anggaran 2 kali sehari atau sekali sehari memang bulu cici tu akan disikat. semua ini dek kerana bulunya yang memang panjang dan lebat. Harapnya tidak botak.
  3. Gigi putih tidak ada plak. Ini aku sendiri tidak pasti. Camne nak cuci gigi kucing? Nak berus gigi dia? Bertuahlah sangat
  4. Gusi berwarna pink atau merah.
  5. Kulit yang tidak luka atau berparasit.
  6. Dubur bersih dan tidak ada kotoran (tahi)
  7. Tidak mengalami cirit-birit. Kekadang itu, cici akan berak cair. Itu boleh diklasifikasikan sebagai cirit birit ke? Not sure
  8. Perut tidak kembung.
  9. Kuku yang tidak rosak atau patah.
  10. Nafas yang tidak terdengar batuk.
  11. Nafas juga tidak mengeluarkan bunyi yang aneh. How to define aneh dan batuk tu pun not sure. Herrrrrrr herrrrr
  12. Telinga mampu mendengar dengan baik.
  13. Telinga yang bersih. Memang ada pencuci khasnya + dibersihkan dalam kekerapan tertentu

Boleh jadi ciri ciri ini salah atau lebih lagi atau bla bla bla. Depend kepada pengetahuan masing masing.

ANAK KUCING YANG SEMAKIN MEMBESAR

Syukur alhamdulillah, Cici Esmidar Gonzales De Albukek membesar dengan sihat. Almost a year jugak lah umur kucing nie. Susah dan janggal. Di awal pembelaannya, anak kucing ini memang pemalu dan suka dok lepak di pojok’an dan bawah almari. Malu lah kononnya.

Bulunya mak aiiii, tak terurus. Mungkin anak kucing memang camtu kot. Serabut tengok.

image
Anak Kucing

Ooooooiiiiiii pemalas kot kucing ini. Tak reti nak menghias diri. Tak reti nak jilat2 bulu dan bersihkan taik mata dan taik hidung. Beza benor dengan kucing kampung aku dulu. Pantang kotor. .   Rajin benor dia menjilat jilat bulu dan membersihkan badannya. Sesuailah mak aku bagi nama dia ‘ cantik ‘. Memang jenis kucing yang sentiasa jaga imej vogue. Yang penting si cantik ini pandai menggoda kucing jantan. Ko ada?

Semakin lama, aku tengok cici makin tahu yang namanya ialah ‘cici’. Senang nak panggil. Teriak je cici cici cici. . . Adalah tu kejap lagi dia datang.

Kekadang itu, kesian aku tengok kucing nie. Nampak.sangat dia rasa sunyi. Tiap kali nak pergi keje, dia mesti akan ikut sampai pintu depan. Touching jap. Pastu, time balik rumah tu nampak gembira bukan kepalang. Berlari ikut kesana kemari. Nak ajak main r tu cz ekor goyang goyang. Sweet bukan?

Tahi cici ini makin lama makin besar. Tanda dia semakin banyak makan dan membesar kot. Apa yg tak syoknya. . Dia buang air pada belah malam. Aku takut dia dpt obesiti je. Suka sangat makan malam. Huhu

Semoga kau sihat sihat + gembira selalu lah ek Cik Cici

54 FAKTA MENARIK MENGENAI KUCING

Berikut merupakan 54 fakta menarik mengenai kucing. Aku sendiri tidak tahu. Google dan dapat daripada Oh Syok. New info. Sharing is caring. Walaubagaimanapun, ada ada buat beberapa pembetulan sesuai dengan mood dan citarasa

  1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam. Tapi kucing aku dok tidur siang malam je. Apa kes?
  2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
  3. Kucing bersifat karnivor – iaitu memakan daging sebagai sumber makanan utama.
  4. Kucing punya bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka.
  5. Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia).
  6. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine). Kene alert ni
  7. Aspirin mematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin).
  8. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).
  9. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).
  10. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.
  11. Birman, kucing bermata biru ini dipercaya sebagai keturunan dari kucing kuil di Burma.
  12. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.
  13. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach).
  14. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas.
  15. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).
  16. Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu).
  17. Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi sesiapa yang membunuh kucing adalah hukuman mati.
  18. Di zaman Mesir kuno, jika ada kucing piliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berkabung.
  19. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orangutan.
  20. Kucing punya lebih dari seratus macam suara.
  21. Ada juga kucing yang kidal.
  22. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.
  23. Kucing boleh lari sampai hampir 50 km/jam
  24. Penglihatan kucing adalah sekitar enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.
  25. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali waktu waktu khusus.
  26. Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.
  27. Kucing tidak berpeluh.
  28. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz.
  29. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan per minit).
  30. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.
  31. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.
  32. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (takut terhadap kucing).
  33. Semua kucing lahir dengan mata biru.
  34. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua.
  35. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing.
  36. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan. Eh betul ke?
  37. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina.
  38. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap.
  39. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam.
  40. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan.
  41. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain.
  42. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB.
  43. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (Bahasa Inggeris).
  44. Kucing punya lapisan bulu sejati di bawah bulunya.
  45. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.
  46. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade.
  47. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing sepanjang hidupnya.
  48. Pada tahun 1888, 300,000 mummy kucing dijumpai di Beni Hasan, Mesir, dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja.
  49. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding dengan setiap mamalia yang lain.
  50. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing harus enam puluh gantang jagung.
  51. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang.
  52. Seekor kucing mempunyai empat baris kumis.
  53. Seekor kucing boleh terburu-buru lari di sekitar tiga puluh satu batu per jam.
  54. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.