Info Mengenai Kucing Hutan

Gambar Kucing Hutan

Kucing Hutan

Kucing hutan merupakan keluarga kucing liar kecil yang taburannya bertompok-tompok di Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Sejak 2008, ia telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN akibat kemusnahan tanah rawa (“wetland”) habitat mereka.

Ciri-Ciri Kucing Hutan

  • Kucing hutan memiliki panjang kepala dan badan sekitar 41-50 cm (16-20 inci), dan ekor yang pendek sepanjang 13-15 cm (5-6 inci).
  • Bulu tebalnya kebiasaannya perang kemerahan gelap dengan sedikit kelabu, dengan kepala lebih kemerahan dan bahagian bawah putih. Kecuali bagi garis muka agak pudar, ia tidak berpola.
  • Kakinya agak pendek, dan telinganya pendek dan bulat.
  • Selaput antara jari pada kakinya membantu kucing medapat lebih cengkaman di persekitaran berlumpur dan berair, dan lebih jelas pada kucing ini berbanding kaki (“Fishing Cat”).
  • Sebagaimana cheetah, kukunya hanya separa ditarik masuk.
  • Bentuk dan kepala adalah biasa bagi kucing; tengkorak agak panjang, sementara atas tengkorak, sebagaimana dicadangakan oleh nama saintifiknya, agak leper.
  • Matanya agak luar biasa ke hadapan dan dekat, berbanding kucing lain, memberikannya pandangan stereoskopik lebih baik. Tambahan lagi giginya disesuaikan bagi mencekam mangsa licin, dan rahangnya agak berkuasa.

Ciri-ciri ini membantu kucing hutan bagi menangkap dan mencekam mangsa airm, yang mana ia sebaik “Fishing Cat” yang berkait. Continue reading Info Mengenai Kucing Hutan

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Cara Membasmi Kutu dan Hama Kucing

Vakum

Vakum rumah kita terutamanya pada karpet dan sofa sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Ini dapat menyingkirkan kutu dewasa serta telur kutu. Bersihkan beg vakum dengann cermat sebab kutu boleh hidup di dalam mesin vakum tersebut.

Buah lemon

  • Belah atau hiris 6 biji buah lemon (bukan limau) dan masukkan ke dalam air.
  • Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4 jam supaya larutan menjadi pekat.
  • Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dalam botol spray.
  • Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam (tempat kutu kucing bersarang)
  • Gunakan larutan ini untuk mencuci dan mop lantai, kerusi, meja atau dimana-mana sahaja dimana kutu boleh kelihatan.
  • Semburkan juga pada kucing (berpada-pada)

Kalau kita rajin menyinggah pet shop, ada juga produk semburan yang berasaskan lemon yg boleh kita beli.

Baca : Marine Essence Termurah Di Pasaran

Garam

  • Taburkan garam dan biarkan selama 24jam. Tindakan ini membuatkan kutu mengalami dehidrasi atau pengeringan dan mati. Kemudian Vakum dan bersihkan terus beg vakum.
  • Garam dikatakan berupaya memutuskan ‘kitaran hidup kutu kucing’

Lilin/Lampu

  • Nyalakan lilin dan letakkan di dalam bekas berisi air pada dasarnya. Atau nyalakan lampu dan letak berhampiran dengan takungan air.
  • Letakkan di sudut bilik dalam keadaan bergelap. Seperti yg telah diterangkan di atas tadi, kutu amat tertarik pada warna dan cahaya putih.
  • Kutu akan segera terbang ke arah cahaya lilin lalu jatuh ke dalam takungan air dan lemas.

Info Mengenai Kucing

Info Mengenai kucing

Info Mengenai Kucing

Berikut adalah fakta-fakta yang menarik mengenai kucing yang semua mungkin belum tahu. Info Mengenai Kucing

  1. Rasa sayang pada kucing dipanggil ‘Ailurofobia’.
  2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.
  3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.
  4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan
  5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.
  6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.
  7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.
  8. Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.
  9. Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.
  10. Adalah dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.
  11. Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar 101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.
  12. Umur kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40 tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia yang berumur 70 tahun.
  13. Usia normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.
  14. Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke 36!
  15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.
  16. Kucing yang ‘bersosial’ dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.
  17. Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.
  18. Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.
  19. Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.
  20. Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.
  21. Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.
  22. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.
  23. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan ‘bercakap’ semula dengan kita.
  24. Kucing paling kaya di dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.
  25. Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib yang baik.
  26. Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang memang ada yang buta warna.
  27. Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu.
  28. Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya.
  29. Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.
  30. Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu bulat, almond dan senget.
  31. Mata kucing akan mula berubah bila usianya menjadi dewasa.
  32. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar.
  33. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.
  34. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.
  35. Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan mula berjalan.
  36. Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang terlalu panas mahupun terlalu sejuk.
  37. Mengikut pakar, kucing biasanya akan mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.
  38. Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
  39. Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.
  40. Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk tidur.
  41. Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.
  42. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.
  43. Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.
  44. Kucing memang sukakan tempat-tempat yang tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.
  45. Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran pinggangnya ialah 33 inci.
  46. Kucing paling kecil pernah direkodkan pula ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75 inci tinggi.
  47. Kucing yang tidak ‘dikasi’ adalah lebih agresif.
  48. Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.
  49. Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.
  50. Keupayaan kucing mengenal pasti tempat tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.
  51. Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.
  52. Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.
  53. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).
  54. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).
  55. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.
  56. Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.
  57. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.
  58. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.
  59. Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.
  60. Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.
  61. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).
  62. Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.
  63. Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.
  64. Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.
  65. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.
  66. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.
  67. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.
  68. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

Sumber : SentiasaPanas

Kucing Bengal

kucing bengal

Kucing Bengal

Kucing Bengal – Sejak kebelakangan ini, agak meminati Kucing Bengal. Kenapa? Sebab bulu mereka pendek macam kucing kampung. Nampak gaya, kucing kampung tetap terbaik berbanding kucing parsi hihi. Sebaik sahaja tamat tempoh pembiakan kucing parsi sedia ada, aku akan beralih kearah kucing bengal.

Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC). Generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik “Leopard cat” (Harimau Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis. Banyak cubaan mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah dilakukan.

Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang. Tapi berlainan dengan ‘Asian Leopard Cat’ (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar.

Kerinchi – Kedai Online Termurah Di Pasaran

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang. Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots.

Hari ini kucing Bengal dibiakkan hanya dari spesis yang sama juga iaitu Bengal+Bengal = Bengal tanpa memerlukan penjagaan yang tertentu(specialized care). Bermula pada tahun 1986 Bengal mula memukau para-para peminatnya dan semakin mendapat permintaan yang tinggi kebelakangan ini. Para-para pembiak(breeder) Bengal sentiasa memilih dengan berhati-hati dari segi perangai/karektor, kesihatan dan kecantikannya untuk dijadikan permaisuri untuk membiak spesis ini. Ini adalah untuk memastikan anak bengal yang baru lahir mencapai standard yang di tetapkan oleh mana-mana persatuan-persatuan kucing yang diiktiraf dunia.