MANDIKAN KUCING PARSI

Baru sahaja mandikan cici semalam petang. Lama kot tak mandikan dia. . .almost 1 bulan lebih rasanya. Aiyooo. Tapi doktor di Hospital Veterinar Universiti pernah bagitahu kalau kucing tu jarang keluar n duduk rumah je. . . Tak perlu mandi kerap sangat. Bukannya kotor pun.Logik jugak tu huhu

Kenapa perlu mandikan kucing parsi?

image
kenapa perlu mandikan kucing

Pertamanya, sudah tentu mahu pastikan kucing peliharaan kita itu bersih dan wangi. Pengsan. Kucing aku si cici ini memang akan dimandikan sekurang kurangnya 2minggu hingga 1bulan sekali. Apa yang menariknya, kucing aku kat kampung tu memang tak pernah dimandikan. Hahaha. . Penjagaan baka kampung tidak serumit baka parsi.

Continue reading MANDIKAN KUCING PARSI

BARANG PERMAINAN KUCING TERBAIK

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai Senarai Barang Permainan Kucing mengikut pandangan dan rujukan aku sendiri. Dan secara kebetulan aku sempat singgah ke kedai Petshop di The Mines. Yang penting harga Cat Stick Mini disini hanya RM5 sahaja yeeerr. Sentap.

image
barang permainan kucing

Sempat juga lah membeli Silika untuk tandas si kucing ini dengan satu alat permainan baru untuk cici. Mat salleh panggil benda alah ini Cat Dancer tapi aku panggil je tali kucing. Kaedahnya macam tali pancing ikan. Hihi. . . Cz dulu kecik2 pun kalau nak main dengan kucing aku akan buat tali yang diikat pada lidi. Ala2 pancing. . . So, kucing akan dok kejar dan berlari kesana kemari mengikut gerakkan tali tu. Sweet bukan. . . . Kaedah lama / simple tapi memang berkesan.

Continue reading BARANG PERMAINAN KUCING TERBAIK

BARANG PERMAINAN KUCING

Apa barang permainan kucing yang terbaik ? Soalan biasa yang sering aku fikirkan, kesiannya biarkan kucing keseorangan di rumah sewaktu masing masing pergi keluar bekerja sepanjang hari, 5 kali seminggu. Apa yang boleh dilakukan untuk ‘menghiburkan’ kucing ini? Kesian betul dok tinggalkan kucing sorang sorang di rumah. Its OK kalau tinggal dirumah kampung…ruang halaman seluas mata memandang. Tidak OK untuk mereka yang tinggal di rumah apartment atau yang sewaktu dengannya.

Jadi, apakah barang mainan yang boleh membantu ‘menghiburkan’ kucing kesayangan kita? Kau gatal nak bela…so, kene pandai pandailah bela. Makluk Tuhan paling comel tuuuuuuu.

Berikut aku senaraikan 7 jenis barang mainan kucing yang popular dan aku fikirkan kucing memang suka 🙂

1. Mewvie Birdland Bonanza
Ini idea mat salleh. Kononnya kucing boleh tertarik dengan paparan movie pergerakan haiwan haiwan kecil via TV. Eg : burung, tupai etc. Pengsan

Boleh rujuk video : Cats Watching Mewvie Continue reading BARANG PERMAINAN KUCING

BULU KUCING NAJIS

Bulu Kucing Najis ? Betul ke bulu kucing adalah najis? Hari ini baru pertama kali aku dapat info mengenainya. Itupun selepas ada kawan yang komen di Entry Bulu bulu Kucing. Hihi nampak sangat aku baru terperasan komen dia. Lagipun, bukan ke kucing itu binatang peliharaan kesayangan Nabi? Pengsan

Betul ke bulu kucing adalah najis? Aku ada rujuk beberapa laman blog yang berkaitan seperti mohdisa, affanruslan, hanifiyah, soalsolatumum dan beberapa lagi laman termasuk keterangan video mengenai persoalan ini di Youtube by Ustaz Azhar Idrus.

Ada pihak yang kata Najis dan ada pihak yang kata tidak najis. Tapi, dalam banyak banyak jawapan yang diberikan aku lebih tertarik dengan jawapan hanifiyah dimana antara lain jawapan yang diberikan ialah :-

Continue reading BULU KUCING NAJIS

MAKANAN KUCING ROYAL CANIN

Makanan Kucing Royal Canin – Aku agak kekok sebenarnya dengan diet pemakanan kucing jenis parsi / persia / persian ini. Mengada-ngada nak makan makanan yang mahal. Betul tak? hihi gurau je. Di awal penjagaan cici, pernah juga bagi dia makan jenama Science Plan. Tapi budak ini tak mahu makan…pengsan. Tetap mahu makan makanan dari jenama Royal Canin dek kerana sejak lahir lagi khabarnya pemilik asalnya memang bagi makan dari jenama ini. Pengsan lagi

SciencePlan

Mula-mula itu memang janggal jugaklah dengan longgokan jenis-jenis makanan kucing dari jenama Royal Canin ini. Banyak kot jenis jenisnya. Kekadang itu, nak beli makanan di kedai pun keliru.

Google sana sini + jalan jalan cari pasal di kedai Pet Shop.

Di Malaysia ini seakan kurang penerangan di Internet mengenai makanan kucing jenama Royal Canin ini. Lagi lagi yang berbahasa Melayu. Ohhhh sedih.

Daripada pemahaman, pemerhatian, google dan pengalaman sendiri – Berikut merupakan 7 jenis makanan kucing daripada jenama Royal Canin yang aku tahu.

Continue reading MAKANAN KUCING ROYAL CANIN