14 FAKTA MENGENAI KUCING

14 FAKTA MENGENAI KUCING

14 FAKTA MENGENAI KUCING

  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  3. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  4. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  5. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  6. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  7. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  8. Pada 1800?s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini
  9. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  10. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak? Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  11. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  12. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut
  13. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  14. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari
Sumber : Myberita

SIKAT KUCING

image

Baru je belikan sikat untuk si cici nie. Harapnya lepas nie ok sikit lah masalah bulu gugurnya hihi. Nampak cam lembut je bulu dia lepas disikat haha

Posted from WordPress for Android

BULU BULU KUCING

Satu masalah besar yang aku sedang hadapi daripada cici ini ialah masalah bulu dia yang banyak gugur.

Masyaallah, memang banyak betul bulunya yang gugur. Pantang kene peluk atau pegang cikit,pasti akan ada sahaja bulunya yang melekat di tanggan / baju / gugur / jatuh ke lantai.

Apa mau buat?

Hari tu ada jugak refer kepada doktor time di Hospital Veterinar Universiti UPM. Tapi doktor tu kata menda ini normal cz bulu cici memang banyak dan tebal. Ala2 karpet katanya.. Pengsan. Betul ke ? Takkan xda solution? Aku ingatkan bulu cici nie gugur dek kerana cuaca panas / sakit..tapi xsangka pulak, macam tu jawapannya. Alamak…

Solution yang disarankan ialah perlu selalu sikat bulu2 cici tu 🙂 hihi Alasannya, bulu2 tu tak gugur secara setempat. Jadi itu normal..pengsan

Persian Semi Flat Face tu memang camtu ke?

Apa lagi r yang tak betul jaga cici nie. Kene kaji lagi nie. Nie nak try bagi suppliment untuk kurangkan bulu gugur + belu sikat yang bersesuaian. Harapnya adalah sedikit perubahan.

Bukan apa, tak tahan OK dengan bulu2 yang banyak berterbangan + bertebaran di atas lantai. Bulu2 tu dah r warna putih, tak tahu lah dah berapa banyak bulu yang aku dah tertelan + termasuk hidung. Kadang2 time sujud pun macam ada menda alah je yang masuk hidung. Haaaa kan dah xkusyuk namanya tu. Even tiap minggu dok vakum, tetap sama je. Aiyooo….

Sampaikan mak aku bising dah time dia datang aritu. Let’s study

Posted from WordPress for BlackBerry.

TANDAS KUCING

Biasalah, duduk di rumah apartment tapi berangan nak bela kucing..mahu tak mahu kene r sediakan tempat untuk dia melepas aka berak aka kencing.

Diawal ‘pembelaan’ cici dahulu, kami prefer untuk menggunakan pasir sebagai medium ‘pembuangan’ najis cici. OMG.. Memang banyak karenah betul pasir nie. Pengsan

Biasalah, baru mula mahu membela kucing..mesti r tak tahu apa2. Lagi2 aku yang memang wat dek je nie. Emm, pasir cici tu kami letak di tepi 2nd Toilet. So, senang nak buang najis tu via lubang tandas / salur air. Tapi susah jugak cz cici nie suka kais2 pasir. Habis bersepah kiri kanan toilet. Nak nak pasir tu memang tak boleh kene air. Kalau kene je mesti mengeras dan melekat. Mau jenuh nak mengemas tiap hari. Hati panas membara berbaur sabar yang memuncak OK! Ditambah lagi kalau bau najis tu harum semerbak..memang cobaan sangat.

Syukur..now semua ini sudah berakhir. Kami telah diperkenalkan dengan sejenis silika aka plastik yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada pasir kucing. Harganya pun lebih murah..

Dulu, harga pasir yang kami beli untuk 10L ialah dalam lingkungan RM18 – RM22 (depend on jenis). Tapi untuk jenis silika / plastik ini hanya lingkungan RM16 untuk X Liter 🙂 aku lupa. Kualiti silika memang lebih baik berbanding pasir :-

1. Tidak berbau – lega
2. Menyerap air – tahi akan mengeras
3. Tidak melekat – hebat
4. Pengurusannya mudah – senang nak buang najis

Selain itu, sekampit silika boleh digunakan almost 3minggu lebih ( untuk cici). Memang berbeza dengan penggunaan pasir dahulu. Ada satu minggu tu aku siap tukar 2 kampit pasir. Semata2 cz pasir yang dibeli tak menyerap bau najis + air. Memang seksa betul. Pasir yang dibeli tak berkualiti… Pengsan

Alhamdulillah, kini masalah telah berakhir. Wish xkan berulang kembali. Hoho

Posted from WordPress for BlackBerry.