Tips Penjagaan Kucing Bengal

Tips Penjagaan Kucing Bengal

Tips Penjagaan Kucing Bengal

Tips Penjagaan Kucing Bengal

  • Bersihkan kucing setiap hari. Bengal memiliki bintik-bintik yang elegan dan ekor yang berwarna cerah. Kalau kotor, mesti nampak tidak cantik. Sikat bulu kucing seminggu sekali bagi menghindari kotoran yang melekat pada bulu.
  • Gunakan sikat untuk merapikan bulu kucing Bengal. Gunakan jenis sikat dengan lembut.
  • Kucing Bengal adalah kucing yang aktif. Bengal suka bermain dengan pemiliknya ataupun orang lain. Mereka menyambut baik kesempatan untuk menerkam dan memahami objek tertentu.
  • Sama seperti baka kucing yang lain, kucing bengal juga suka bermain – melompat, bermain dan berkejaran sana sini.
  • Sekali sekala, bawa kucing bengal keluar dan berjalan-jalan. Beberapa kucing Bengal dapat diajarkan untuk berjalan ke luar dengan pemiliknya menggunakan tali. Ajarkan kucing untuk menerima tali sedikit demi sedikit.
  • Berikan mereka jenis makanan yang berkaualiti dan digemari olehnya
  • Kucing bengal merupakan antara jenis kucing yang suka bermain air.

 

Ciri Ciri Fizikal Kucing Bengal

Ciri ciri Fizikal Kucing Bengal

Secara dasarnya, Kucing Bengal ini termasuk dalam kategori haiwan liar. Tapi, saya perhatikan, dari hari ke hari, semakin ramai orang berminat dan ingin memeliharanya di rumah sebagai haiwan kesayangan – termasuk saya sendiri.

Berdasarkan populasi kucing bengal yang masih sedikit, maka tidak hairanlah jika harga pasaran untuk satu ekor kucing bengal boleh menceceah ribuan ringgit ( bersijil ). Khabarnya seekor kucing bengal yang mempunyai sijil boleh, purata harganya ialah RM5,000. Betul ke?

Pada dasarnya kucing bengal jantan memiliki berat tubuh lebih besar berbanding kucing bengal betina. Ukuran berat badan kucing bengal betina dewasa boleh mencapai berat 4 sampai 5 kg Manakala berat kucing bengal jantan boleh mencapai mencapai 10kg.

baca : 14 Fakta Mengenai Kucing

Ciri ciri Fizikal Kucing Bengal

Kepala

  • Kucing bengal memiliki bentuk kepala yang cukup panjang dan besar, bahagian leher berotot dan besar sesuai dengan postur kepalanya yang besar.
  • Kucing bengal memiliki hidung berwarna kemerah-merahan dengan sediki garis hitam di bagian luarnya.
  • Kucing bengan memiliki bentuk telinga yang runcing mengarah ke atas.

Badan

  • Bentuk tubuh kucing bengal berbentuk panjang dan sangat berotot dan juga memiliki ekor yang panjang.

Corak Bulu

  •  Jika kita perhatikan, kucing bengan memiliki bulu yang sangat unik seperti warna bulunya yang berwarna coklat dan di hiasi bintik-bintik hitam di seluruh bagian tubuhnya.

Sejarah Kucing Bengal

https://www.youtube.com/watch?v=yc8yHE8d3zY

SEJARAH KUCING BENGAL

Di dalam sejarah, ada menunjukkan bahawa manusia tertarik dan minat dengan kucing liar yang menghuni hutan belantara untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Setakat yang ada tercatat dimana-mana jurnal atau apa-apa jua sumber dahulu ditemui seawal tahaun 1889 manusia sudah mula cuba mengkacukan ‘Domestic cat’ dengan spesis kucing-kucing liar bertujuan untuk mempercepatkan proses penjinakan dan dapat mengurangkan sifat,karektor dan naluri liar spesis ini. Namun begitu ada yang berjaya dan ada yang tidak. Malahan yang berjaya pun hanya dapat menghasilkan kucing-kucing yang mandul dan tidak dapat membiak dan berkembang. Ada juga yang subur untuk dibiakkan tetapi ciri-ciri liarnya terlalu tinggi(very wild) dan di bela dan disimpan di zoo untuk pengkajian. Sejarah Kucing Bengal

Pada tahun 1946 Jean S.Mill telah mula mengkacukkan ‘Domestic Cat’ + ‘Asian Leopard Cat’. Dari hasil kacukan ini pada tahun 1963, Mrs Mill telah mengkacukan ‘Domestic Cat+Asian Leopard Cat’ + ‘Asian Leopard Cat’. Pada tahun 1970 Dr. William Centerwell daripada Universiti California telah membuat kajian dan mendapati Asian Leopard Cat immunisasi terhadap penyakit Leukimia kucing. Didalam tahun 70-an ini juga ramai pembiak mula giat membiak beberapa spesis lain di kacukan dengan ‘Asian Leopard Cat’. Kucing-kucing yang dipilih ialah, Abyssinian,Ocicat, Egyptian Mau dan British shorthair. Diawal 1980 bengal yang diasaskan oleh Puan Mill bermula dibiakkan secara meluas. Kini ada juga spesis Bengal yang dikacukan hasil dari beberapa spesis lain seperti Abyssinian, Ocicat, Egyptian Mau dan British Shorthair. Nama Bengal diambil sempena nama saintifik kepada Asian leopard Cat iaitu ‘Prionailurus Bengalensis’. Hasil kacukan oleh Puan Mill didaftarkan sebagai foundation(F1,F2 dan F3). Ketika ini Bengal tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana pertunjukkan kucing. Hanya kucing betina yang diambilkira didalam proses membiaknya (hanya memilih yang terbaik dari betina). Bengal diterima sebagai satu Baka baru pada tahun 1983 dan 1986 oleh TICA (The International Cat Assosiation) dan mendapat gelaran juara pada 1991 oleh TICA.

Kini Bengal merupakan kucing “favorite” di dalam mana-mana pertunjukkan kucing yang dianjurkan oleh TICA. Walaupun kini bengal semakin diminati namun masih banyak persatuan dan organisasi kucing yang tidak mengiktiraf Bengal sebagai satu baka pedigree/purebreed. Contohnya persatuan dan organisasi kucing yang terbesar didunia ACFA (American Cat Francier Association) tidak mengiktiraf baka ini kerana CFA (Cat Francier Association) mengkategorikan Bengal sebagai liar.

sejarah kucing bengal

PERSONALITI DAN KAEREKTOR KUCING BENGAL

Bengal adalah spesis kucing yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka akan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing yang suka duduk dibawah melepak, Bengal bukanlah jenis yang sesuai. Bengal adalah spesis yang sibuk dengan alam semulajadi(busy by nature). Selain itu Bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan manusia. Bengal suka dibelai dan diriba oleh manusia. Ia juga digelar sebagai ‘LAP CAT’. kegemaran bengal ialah ialah bermain. Bermain yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat dikawasan persekitarannya. Mereka cukup pandai membahagikan masa tidur mereka dengan bermain. Kebanyakkan Bengal tidak mempunyai masalah dengan air dan suka akan air.

Secara umumnya bengal suka sentiasa bersama anda dimana sahaja anda berada dirumah. Anda masuk kebilik ke dapur mahupun ke bilik air, Bengal akan sentiasa bersama anda. Bengal juga dipanggil si aksi(the action). Jika anda memberi pilihan barang permainan yang statik berbanding barang permainan yang bergerak-gerak yang sukar diramal pergerakannya Bengal akan memilih yang bergerak-gerak kerana ini lebih menguji kemahirannya memburu. Ada juga Bengal mengeluarkan bunyi mengiau, tetapi kebanyakkan Bengal yang asli tidak mengiau, tetapi mereka mengeluarkan sejenis bunyi yang unik.

Sup Ayam Untuk Anak Kucing

CIRI-CIRI BENGAL

Bengal terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan corak bulu yang unik. Bengal terdiri daripada dua corak bulu, iaitu berbintik-bintik/bertompok-tompok (spotted) dan berbentuk seperti corak batu marmar (marbles).

 

Kucing Bengal (Spotted)
Kucing Bengal (Spotted)
kucing bengal marble
Kucing Bengal (Marble)

Kucing Takut Kepada Timun

Kucing Takut Kepada Timun – Sebelum ini viral video yang merakamkan aksi-aksi kucing terperanjat ketakutan sampai ada yang melompat apabila terlihat timun

Tapi apakah benar kucing takutkan timun? Adakah kucing mempunyai sejarah tersendirinya dengan timun sehinggakan mereka sanggup melompat sehingga sedemikian rupa?

Kucing Takut Kepada Timun

Pakar tingkah laku haiwan, Dr Roger Mugford ada jawapannya mengenai persoalan kucing takut kepada timun atau tidak. Menurut Mogford, bukan sahaja timun malah apa-apa sahaja; termasuk tembikai atau nenas; jika diletak di belakang kucing secara senyap-senyap akan menakutkan mereka.

Kucing Takut Kepada Timun

“Bagi saya, tindak balas sedemikian disebabkan oleh kucing-kucing itu tidak menyangka mereka akan terserempak dengan satu objek tidak dikenali yang diletakkan secara rahsia ketika kepala mereka sedang tunduk di tempat makan”

“Kucing mempunyai perasaan curiga terhadap benda yang tidak mereka kenali : Ia termasuklah seperti binatang berbahaya seperti ular atau pemangsa lain. Saya rasa tindak balas yang sama akan diberikan kepada patung labah-labah, ikan plastik ataupun topeng muka.” – kata Mugford.

Jadi, bolehlah anda mencuba sekali lagi kaedah ini kepada kucing anda. Bagi mereka makan makanan di dalam bekas, kemudian secara senyap-senyap, letakkan timun di belakang mereka.

Jana Pendapatan Melalui Bisnes Online

Aku sudah cuba sekali. Tapi masih tidak berjaya sampai sekarang sebab kucing banyak. Masing-masing alert antara satu sama lain.

Anak Kucing Kurang Kasih Sayang

Anak Kucing

Rasa kurang beri kasih sayang kepada anak-anak kucing. Yelah, aku pun pergi kerja awal dan balik kerja pun lewat. Nasib baik mereka tinggal bersama. Bolehlah bermain sesama sendiri.

Memasing punya ragam dan kenakalan sendiri. Rasanya makan, minum semua cukup. Cuma, kasih sayang tu aku rasa macam sedikit kurang. Kesian kat mereka.

Kucing parsi memang perlukan kasih sayang lebih – aku rasa lah. Muka pun ala-ala sedih je kan. Harap mereka bahagia dan enjoy.