JU DELICIOUS CAKE AND CAFE

Ada kedai makan best kat area Bandar Estek. Tercari cari gak apa nama kedai nie. Tapi tak jumpa plak. Yang aku nampak cuma nama Ju Delicious Cake and Cafe – Satu kedai kot. Kedai makan nie warna pink. . . Hihi woman sangat

image

Officemate aku kata kedai nie popular. Yup, memang popular pun nie. 1st time aku pergi, memang ramai orang pun yang datang sini. Sedap / murah kot.

image

Kitorang order mee soup, mee kari, asam pedas ikan kembong, ayam masak pedas, sambal ikan keli, 4 pinggan nasi, donut sebijik, air asam boi, air suam, air kosong, 2 air jus = RM41++. Murah kot cz makan 5 orang + orang belanja hahaha

Continue reading JU DELICIOUS CAKE AND CAFE

MAKAN MALAM DI PADI HOUSE GALERIA PjH

Budak budak office dok bercerita je pasal Galeria PjH ini. Aku plak still tiada kesempatan untuk datang ke sini time hari bekerja. Jadi? Datanglah pada waktu malam. huhu

Dimana Galeria PjH ini? Bersebelahan dengan Menara KBS dan bertentangan dengan Wisma Tani. Simply like that

Emm, asalnya nak makan di Restoran Al-Dente. Tapi rupanya restoran ini dibuka pada waktu siang je rupanya huhu. Concept Fine Dinning + 5 Star Restoran – kawan aku kata. Ini tempat orang2 kaya. Baik aku main jauh2 je

Kami makan malam di Padi House. Got no idea sebenarnya dengan restoran ini. 1st time pergi

Continue reading MAKAN MALAM DI PADI HOUSE GALERIA PjH

MAKAN NASI LEMAK DI SENIBONG, JOHOR BHARU

Makan nasi lemak di tepi laut. Syok bukan? hihi.. jarang jarang dengar ada tempat yang specialize menyediakan nasi lemak di tepi laut. Selalunya kalau kat tepi laut mesti makan seafood je huhu. Tapi kat Senibong ada what? huhu

Dah nama pun orang Johor. Jadi apa apa hal aku mesti akan katakan Johor semuanya ada untuk memenuhi selera dan kehendak aku 🙂 Tak gitew

Nasi lemak kat sini guna santai pure rasanya. Oh, lepas makan mesti akan rasa mengantuk dan terus tertidur. Sampai sekarang aku still belajar bagaimana nak masak nasi lemak yang sedap. hahaha Sedap means lepas makan mesti akan rasa sleepy yang amat ahaks

Continue reading MAKAN NASI LEMAK DI SENIBONG, JOHOR BHARU

ANJUNG WARISAN RESTAURANT JB

Makan atas pokok? Bunyinya macam menarik bukan? hihi… Kalau nak merasa makan atas pokok tu, boleh datang JB di Restoran Anjung Warisan huhu. Not sure kat tempat lain ada disediakan ‘persekitaran’ seperti ini atau tidak 🙂

Aku pergi malam, for sure tak nampak sangat pemandangan sekeliling kat atas pokok tu huhu. Tapi mula2 memang agak susah jugak sebenarnya time nak mencari tempat ini 🙂

Personally, i dont think so makanan disini sedap sangat. Just boleh lah. Cuma apa yang pasti, daya tarikan disini memang menarik. Makan atas pokok beb haha Best tu

Continue reading ANJUNG WARISAN RESTAURANT JB

RESTORAN AYUB

Makan roti canai mana yang paling sedap? Personally, so far bagi aku Roti Canai kat Restoran Ayub ( 21, Jalan Kebudayaan  1, Taman Universiti ,81300 Skudai,Johor ) paling sedap.

Buat masa inilah kan

Not sure, entah macam mana dia boleh buat roti tu lembut xtau lah

Lama tak pergi sini. I wish so…. emm, but semua itu bergantung kepada tukang masaknya jugak. If let say tukang masaknya bertukar, means besar kemungkinan roti canai yang dibuat kat restoran ini bertukar ‘rasa’. Pengsan

Oppppsttt… aku memang suka posing 🙂