MUARA IKAN BAKAR PELABUHAN KLANG

image

Muara Ikan Bakar kat Tanjung Harapan Pelabuhan Klang. Bagi aku tiada bezanya kot dengan mana mana kedai makan yang terletak di tepi laut. Kelebihannya hanyalah kedudukannya yang terletak ditepi laut. Popular dek kerana kedudukannya yang paling dekat dengan orang orang area Lembah Klang.

image

Apapun, aku suka makan sotong goreng tepungnya. Nyum nyum haha

Syok wat makan sambil menghirup udara segar tepi laut. . .angin pun sepoi sepoi bahasa je. Sambil makan. . . Kedengaran ombak membadai benteng pantai. Pengsan

image

image

Kalau dah makan kat tempat tempat macam ini, apa lagilah kan. . . Mesti r semua menunya berasaskan makanan laut. Yang penting semuanya segar dan u ollz boleh pilih sendiri ikan yang u ollz nak makan. Pastu pilih r nak masak camne. Mula2 tu aku agak janggal gak. Tapi, lama2 tu dah biasa ahaks. Alah, aku pernah pergi tempat ini baru 2 kali je kot. Tapi konsepnya lebih kurang sama dengan Senibong JB dan Umbai Melaka.

image

image

image

Tapi, apa boleh buat. Sekarang nie dapur kat rumah aku dah lengkap dengan barang barang memasak. Agak agak mengidam sesuatu tu selalunya aku akan beli bahan mentahnya dan tetus masak kat rumah. Kalau tak reti tu, pandai pandailah tengok buku resipi pr via online je. Jimat kos + mememuhi citarasa. Biar nampak kedekut tapi berbaloi. Sekali sekala tu boleh r nak merasa makan luar. Tapi biarlah berpada pada.

Apa yang penting, kalau makan kat luar tu. . . Pilih menu masakan yang susah nak masak sendiri kat rumah. Pengsan banyak kali

image

image

image

TONY ROMA’S RIBS SEAFOOD STEAKS

image

Nyum nyum. . . .Aku mengenali Tony Roma’s nie drpd rancangan Jalan Jalan Cari Makan kat TV3. Time tu rancangan ini dikendalikan oleh Maria Tunku Sabri. Dalam banyak2 western restaurant, Tony Roma’s nie kot yang aku tengok ada kat mana mana je. Sedap r rasanya. Nampak cam sedap je kan burgernya huhu. Beso

image

Aku makan kat Tony Roma’s The Curve rasanya. Biasalah, kat Mutiara Damansara tu kan ada banyak.shopping mall-Ikea, The Curve, e curve dan entah aku tak ingat.

image

Continue reading TONY ROMA’S RIBS SEAFOOD STEAKS

THE LOAF

Sekarang ini macam jadi satu trend kot orang bukak kedai roti. Tak kisahlah apa jenis roti / konsepnya pun. Yang penting bahan asasnya memang tepung huhu.

Aku suka makan roti dari The Loaf. Rasanya lain dari yang lain kot. Coklatnya pun rasa ‘ringan’ dan syok je time dimakan ahaks. Aku suka yang bercoklat. . . .yang lain2 tu aku not sure.

image

image

Paling suka makan Oyaki. Entah apa maknanya pun aku tak tahu. Konsepnya lebih kurang kuih tat. Ada inti yang pelbagai. For sure aku paling suka inti coklat hihi.

Continue reading THE LOAF

MEE UDANG KUALA SEPETANG

Alang alang pergi Taiping, boleh r singgah sebentar ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang. Seriously, aku memang tak pernah tahu macam mana rupanya mee udang tu! Rasanya pun lagilah aku tak tahu! Semuanya 1st time 🙂

Aku ingat mee udang tu char kuew tiaw yang diletak udang. Pengdan

image

Mee udang mana paling popular dan paling sedap kat Kuala Sepetang? Ada orang kata Mee Udang Mak Jah. Ada jugak yang kata Mak Teh Mee Udang Banjir dan bla bla bla. Korang boleh tengok sendiri ada banyak kedai kedai makan mee udang disepanjang jalan Taiping Kuala Sepetang. Jenuh gak nak pilih mana satu. Kami terbabas sampai Pekan Kuala Sepetang. Tu yang terus ternampak Salleh Stall Mee Udang Port Weld. Pengsan. . . .

image

Kedai nie nampak cam ramai orang. Tapi. . . . . .

image

Continue reading MEE UDANG KUALA SEPETANG

SATE SAHLAN SRI MEDAN

Selalunya kalau balik kampung, aku memang akan pekena sate dan soto kat Warong Sate Sahlan Sri Medan. Yang paling aku suka kat sini ialah rasa soto nya yang sangat jawa haha. Pengsan

image

Kekadang tu rasanya pun xberapa kow kow gak. Human error. Tapi its bettet dari makan kat tempat lain yang kekadang tak tahu nak bezakan apa itu soto dan apa itu sup. Rempah dia lain dek non

image

?Cuma sedih gak cz hari raya yang lalu aku xdapat nak.merasa makan kat sini. Tutup je sepanjang aku balik kampung. Kawan aku yang dok berjiran dengan dia kata, En Sahlan sakit. Not sure. . . .harapnya beliau cepat sembuh.

Istimewanya warong ini ialah, tiap kali Sultan Johor datang tempat aku. . . Baginda pasti akan singgah makan kat warong Sate Sahlan Sri Medan ini. Ini aku perasan dari kecil lagi. Siap ada gambar lagi tu. Huhu. . Nyum nyum. . .

Jauh aku berjalan, tempat aku lahir jugak yang sesuai dgn selera aku B-) Sweet bukan?

image