Sejarah Bendera Thailand

Dalam catatan rasmi, bendera Thai digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1855 oleh Raja Mongkut (Rama IV). Ia memaparkan seekor gajah putih (lambang kerajaan) berlatar belakangkan warna merah.

Pada tahun 1916, bendera Thai diubah sama seperti bentuk yang digunakan sekarang. Namun pada mulanya, jalur yang di tengah berwarna merah seperti jalur yang berada di lingkungan bendera. Pada tahun 1917, warna merah tersebut digantikan dengan warna biru, yang merupkan warna hari Jumaat bagi orang Thai dan juga hari kelahiran Raja Mongkut.

Bendera Thailand, dalam bahasa Thai disebut sebagai Thong Trairong yang bermakna, “bendera tiga warna”. Bendera ini menunjukkan lima jalur yang mendatar dengan warna merah, putih, biru, putih dan merah, dengan ukuran jalur biru yang ada di tengah dua kali lebih besar dari jalur-jalur yang lain. Warna merah-putih-biru secara berurutan melambangkan “negara-agama-raja”. Bendera ini digunakan secara rasmi pada 28 September 1917. Continue reading Sejarah Bendera Thailand

Chatuchak Market, Bangkok

Chatuchak Market merupakan pasar terbesar di Thailand yang hanya dinuka pada hujung minggu sahaja. Dengan keluasan tapak seluas 35 ekar, ia memiliki lebih dari 8,000 gerai jualan yang terbagi di 27 kawasan.

Secara purata, pasar ini akan dikunjungi lebih dari 200,000 orang pengunjung sehari. Kebanyakan mereka yang mengunjungi pasar minggu ini ialah para peniaga, pemborong dan pelancong (30 peratus).

1001 jenis barangan dijual disini. Antaranya ialah makanan, minuman, makanan kering, ceramik, buku, pakaian, barangan antik, dekorasi rumah, tanaman, dan haiwan peliharaan.

Continue reading Chatuchak Market, Bangkok

Gajah Putih

Gajah putih (atau gajah albino) ialah gajah biasa dan tidak bezanya dengan spesis gajah biasa yang lain.

Ia sering digambarkan sebagai berwarna putih salji, walhal kulit ia sebenarnya berwarna coklat lembut kemerahan yang berubah menjadi warna merah muda apabila basah. Ia memiliki bulu mata dan kuku yang lentik. Di Thailand, gajah putih (Bahasa Thai: chang phueak) dianggap suci dan sebagai simbol kekuasaan kerajaan. Semua gajah putih yang dijumpai harus diberikan kepada Raja.

Semakin banyak gajah putih yang dimiliki oleh raja, dipercayai akan semakin besarlah kekuasaannya dan semakin baik nasib kerajaannya. Kerana tradisi-tradisi inilah Negeri Siam juga mendapat jolokan sebagai Negeri Gajah Putih. Raja Thailand – Bhumibol Adulyadej atau “Rama IX” memiliki sepuluh ekor gajah putih.

Di Thailand, meskipun memiliki kulit pucat, seekor gajah putih tidak semestinya albino. Calon haiwan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria fizikal dan perilaku (termasuk warna mata, bentuk ekor dan telinga, dan kecerdasan). Gajah yang lulus ujian kemudian dimasukkan ke dalam salah satu dari empat kategori dan ditawarkan kepada raja.

Continue reading Gajah Putih

Ringgit kepada Bath Thailand

Siap sedia untuk terbang ke Bangkok dalam beberapa hari ini. Persiapan yang paling penting ialah tukar duit Ringgit kepada Bath Thailand.

Pusing punya pusing, rupanya kadar tukaran tidak banyak bezanya dengan kadar 2 tahun lepas. 0.119 dengan 0.12 pengsan. Sebelum ini aku tukar di Presint 15. Tapi kali ini aku tukar di Warta Bangi.

Katanya kadar tukaran wang yang paling murah ialah di Midvalley atau Ampang Park. Tapi, pusing sana sini sama je. Sebab jarak yang jauh serta kekangan masa. Ambil je mana yang paling dekat. Continue reading Ringgit kepada Bath Thailand

Sungai Chao Phyra, Thailand

Sungai Chao Phraya atau “Menam Chao Phraya” adalah sungai terpanjang di Thailand.

‘Me’ bermaksud emak. ‘Nam’ bermaksud air. Istilah ‘Chao Phraya’ pula bermaksud Sungai Raja atau sungai milik Tuhan.

Panjang sungai ini ialah 372 kilometer. Ia mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan.

Continue reading Sungai Chao Phyra, Thailand