KAD MAYBANK DI THAILAND

image

Sebagai salah satu langkah penjimatan, aku dok tukar matawang Thai Bath sedikit je. Alasannya? Aku tak nampak lagi nak beli apa disana.

Jika ada pun aku nak beli something yang ada di Malaysia tapi pada harga yang rendah. Especially gadgets atau T-Shirt Hard Rock Cafe ke kan.

Dok telefon Maybank contact Centre semalam. Layanan pun OK dan semua urusan berjalan dengan lancar. Katanya di Thailand tiada Maybank. Jika nak keluarkan duit dengan menggunakan Kad Maybank, diorang akan charge sebanyak RM12 bagi setiap pengeluaran.

Lagi? Aku boleh menggunakan kad maybank ini untuk urusan pembelian via debit card. Maksimum penggunaan ialah RM2,000 per day.

Maybank akan buat penyelenggaraan pada setiap hari pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi. Pada waktu itu katanya tidak boleh buat transaksi.

Kemudian, katanya boleh guna semua pada pukul 1 pagi. Tapi katanya jumlah had pengeluaran pada pukul 1 pagi hingga 6 pagi ialah RM1,000 sahaja.

Semua waktu yang dinyatakan adalah waktu Malaysia. OK lah tu kan. Aku pun memang ada pengalaman guna kad debit Maybank di luar negara. Semasa di Itali haritu aku beli kasut Prada aku dengan menggunakan Kad Debit Maybank. Jadi memang boleh lah hahaha.

TUKAR BATH THAILAND

image

Aiyooo, kadar tukawang matawang Ringgit jatuh sejak kebelakangan ini. Jadi mood untuk berbelanja itu agak kurang. Aku tukar RM714 untuk THB 6,000 sahaja.

image

Tukar di Presint 15, kedai depan Mydin tu je. En Hadi dok tukar di Midvalley KL. Katanya aku punya lebih untung 8sen.

Dengan kata lain, tukar je dimana mana yang berhampiran, keputusan akhirnya tetap sama.

Ish, risau gak ni coz semua kawan kawan dok tukar RM1,000. Aku pulak hanya sedikit. Makan pulak kene sendiri-sendiri. Sabar je lah.

PASAR CHATUCHAK DI BANGKOK

Khabarnya Chatuchak market di Bangkok / Bangkok Weekend Market merupakan satu-satunya pasar yang cukup popular dikalangan peniaga dan pemborong. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tu yang kene buat sedikit research. Kalau berbaloi, memang wajib pergi ke sini.

Nama pun popular dikalangan peniaga dan pemborong. Jadi aku rasa memang disinilah tempat yang sesuai untuk aku usha-usha barangan yang boleh aku jual balik di Malaysia nanti. Test market dahulu.

Info menarik yang aku dapat di laman web Bangkok ialah keluasan Chatuchak  Market ini ialah 35 ekar dan mempunyai lebih kurang 8,000 buah gera/kedai jualan.

Katanya pernah dikunjungi hampir 200,000 orang pengunjung dalam satu masa. Tapi sayang, hanya dibuka pasa hujung minggu sahaja.

Waktu Operasi Chatuchak Market Bangkok ialah ianya hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad – pukul 9 pagi hingga 6 petang. Hari jumaat pula buka dari pukul 6 petang hingga 11 malam.

Seksyen tanaman dibuka pada hari rabu dan khamis bermula pada pukul 7 pagi hingga 6 petang.

MENGENAI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DON MUEANG

image

Tidak banyak info boleh kita perolehi di laman web rasmi Don Mueang Airport Thailand. Nak buat macam mana coz diorang guna bahasa Thailand. Nampak macam tiada versi bahasa inggeris.

Uhhhhh, kekadang aku rasa bagusnya duduk di negara yang lebih membudayakan bahasa sendiri.

image

Usha-usha juga di internet. Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Thailand ini digunakan untuk kegunaan awam dan juga ketenteraan. Lebih kurang macam Lapangan Terbang Subang juga nie.

Nampak gaya macam berkonsepkan lapangan terbang kos rendah macam LCCT dulu.

image

Katanya, lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang antarabangsa tertua didunia dan juga lapanganterbang tertua di Asia yang masih beroperasi sehingga kini.

Beroperasi sejak tahun 1914 tu dikk. Memang lama dan merentas zaman sesungguh.

TEMPOH MASA PERJALANAN KUALA LUMPUR KE BANGKOK

image

Ikut jadual, akan gerak pada pukul 9.55 pagi dari KLIA dan dijangka akan sampai pada pukul 11.05 pagi waktu tempatan.

Dengan kata lain, jarak masa perjalanan antara Kuala Lumpur (KUL) ke Bangkok Don Muang (DMK) ialah lebih kurang 2 jam (naik kapal terbang). Sebab? Waktu Bangkok lambat sejam berbanding Kuala Lumpur.

Aduh, nak buat apa lama-lama kat dalam kapal terbang itu agaknya? Kene bawa bahan bacaan gamaknya.