POWER PLUG ADAPTER DI THAILAND

image

Salah satu perkara utama sebelum pergi ke sesebuah negara ialah kita kene tahu jenis power plug sockets di negara berkenaan.

Semak je di Laman Web ini. Di Thailand, voltage yang digunakan ialah 220V / Frekuensi 50Hz. Jenis power sockets pula ialah A / B / C.

Malaysia guna power socket jenis G. Jadi memang kene bawa extension plug / international plug. Fokus utama aku di Bangkok nanti ialah buat live update. Jadi memang akan guna smartphone 24 hrs diluar. Silap silap aku akan beli bateri Samsung Note 3 lagi satu. Nampak gaya bateri ini macam makin lemah je. Just in case.

Harap di hotel penginapan kami nanti pun ada pelbagai jenis plug sockets. Tak silap aku, sewaktu bercuti di Phuket Thailand 2 tahun lepas, hotel tempat kami menginap tu memang ada sediakan pelbagai jenis plug sockets. Harapnya begitu lah dik.

MELANCONG KE BANGKOK THAILAND

image

Insyaallah,  minggu depan aku dan rakan rakan akan melancong ke Bangkok Thailand. Cuti di awal tahun katanya. Biasalah, nak cuti di akhir tahun pun macam susah je kan. Nasib baik ada masa lapang di awal tahun. Jadi, kita ambil je lah peluang yang ada ini hihi.

Alhamdulillah, aku punya sedikit kelapangan untuk buat study sedikit mengenai Bangkok ini. Boleh masuk Bangkok sebagai destinasi baru Travelog aku.

Keluasan bandaraya Bangkok ini ialah 1,569 KM persegi. Populasi penduduknya pula dianggarkan seramai 7 juta orang.

Apa yang sedang merungsingkan aku sekarang ini ialah keadaan cuaca disana. Iklim tropika katanya u ollz. Suhunya agak panas – sekitar 33 darjah celsius dikkk.

Nak pakai seluar pendek / baju senteng macam tak sesuai sebab keluar jejalan dengan kawan perempuan kan. Nanti apa kata diorang hahaha.

Waktu? Disana lambat 1 jam berbanding waktu Malaysia. Senang kira lah kalau macam ini nak kira huhu.